A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan!

Royalti Minyak: Umno-BN tipu rakyat Kelantan! PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 28 June 2009 13:48

(Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.

"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

"Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.

"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

"Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak.

"Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya.

Comments (14)Add Comment
...
written by Wudan, June 28, 2009 14:25:31
"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.
--------------------------------------------------------------

Mari lah kita mengenali pelantar minyak (http://eddyra.net/oil-gas/site...a-platform) di perairan Kelantan.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by raven1958, June 28, 2009 14:36:36
Another sorry attempt by the BN to tipu the country bumpkins in Kelantan......berapa lama lagi mau hidup menipu dan merompak.....

Kelantanese should take some serious advice from their compatriots at Narathiwat....
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by future, June 28, 2009 14:52:08
UMNO kalau pasal petih halal belaka......tak ada yang haram sapu selalu.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by MAMR, June 28, 2009 15:05:31
Berpandukan pada kenyataan di atas semua pengundi di Manik Urai kenyataan UMNO/BN bahawa Rakyat didahulukan. Saya sekeluarga adalah pengundi di Perak. Kebanyakan pengundi di Perak sedih wakil kami di tindas Menteri Besar yang kami pilih di pinggirkan dan menteri besar mahkamah di lantik. Jangan sekali kali percaya ini UMNO/BN yang umpama perompak pada Rakyat dengan skandal skandal yang menelan wang Rakyat berbillion Ringgit Malaysia. Hanya satu satu cara tendang keluar UMNO/BN.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by sydput, June 28, 2009 16:52:33
Petronas owe only RM2 billion to kelantan? commission from submarine alone is one quarter of that, going to one person who now lives in UK. Where is the trickling down effect? It went to property purchases in London.
The area with oil is in a disputed border zone, in which we share any oil revenue with thailand on 50/50 basis. therefore, as it is disputed territory, Umno federal govenrment can still nullify kelantanese claim unless the border is resolved by a clear boundary. Or maybe mahathir decided to give thais the 50% share rather than PAS's kelantan, thereby denying them the cash flow they needed. I think there is similar agreement with vietnam on this disputed kelantanese territory.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by mypanida, June 28, 2009 19:45:38
Kerajaan BN ini mesti di gulingkan dengan segala daya upaya Rakyat Malaysia.
Kekejaman mereka terhadap rakyat sudah jauh melampau tanpa tandingan.
Kita mesti tekun berusaha untuk memaling tadahkan rakyat yang masih menyokong mereka.

Hidup Malaysia !!!

KUBURKAN BARISAN NASIONAL !!!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by storm62, June 28, 2009 20:50:08
i thought they say umno was more Islam than PAS.....but umno sure have more qualities for robbing, lying, corruptions, killings, kidnapings, raping, abuse of power, ISA and all which is AGAINST the teaching of Islam.

come on people...let's get rid of them and let Malaysia shine again.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by onnetline, June 28, 2009 22:09:21
Barisan Nasional ........ barisan najis ! ! !
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by shissun, June 28, 2009 22:28:04
Kelantan no hope to get the oil royalty lah as long as
1) BN still the Federal Gov
2) Kelantan is still under PR gov.

Believe it, BN will use as General Election propaganda.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by inoi, June 28, 2009 22:35:39
Dalam Petronas banyak melayu yang lupa diri kerana kerana kemewahan yang tak pernah dikecapi sebelum dan menjadi bongkak dan sombong,sehingga lupa bila mati lupa lubang kubur.terutama golongan eksekutif.
report abuse
disagree 4
agree 4
...
written by Commonsenses, June 28, 2009 23:56:10
Ini lah ucapan Muyudin mengenai calonan BN Tuan Aziz di Dun Manik Urai.

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng," katanya."

Pesoalannya kalau ikut Muyudin orang tak bersekolah tu banyaklah seleweng, tapi kalu tengok kes2 rasuah UMNO ramai pemimpin yang buat kerja tipu duit kerajaan tu adalah bersekolah tinggi sampai master dan doctorate. Bagi aku rela undi orang jual ikan dari orang UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by penangboi, June 29, 2009 00:42:27
I thought by now, we should all know that UMNO/BN are masters in the art of lying and deceit.

No surprises, at least, for me.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by SECJDM3P044, June 29, 2009 01:09:31
Penipu betul kerajaan BN ni..

Siapa kat tiada minyak diKelantan?? sila baca disini..

http://darisungaiderhaka.********.com/2009/06/siapa-kata-tiada-minyak-di-kelantan.html
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by karpi77, June 29, 2009 09:13:16
BN ini ingat orang malaysia(melayu cina india)bodoh macam orang UMNO,Pooooorah
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM