|
Sunday, 23 December 2007 11:52 |
|
Oleh mindamerdeka "Saat ini kedudukan Umno begitu lemah sekali. Ahli-ahli Umno sudah kehilangan tokoh yang boleh dihormati seperti zaman sebelumnya.
Kepimpinan Umno yang ada saat ini begitu lemah dan tidak berwibawa sama sekali. Amat sukar untuk mencari seorang pemimpin yang disegani oleh semua ahli Umno. Jika Presiden sendiri dikecam dalam salah satu laman web ahli Umno, apatah lagi dengan pemimpin lain. Kedudukan ini memberi keuntungan kepada Barisan Alternatif (BA) dalam pilihan raya kali ini. Pemimpin BA perlu berhati-hati kali ini. BN sedar mereka akan kalah banyak kerusi jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat. Oleh itu Umno akan melakukan apa saja demi meneruskan kuasa 2/3 majoriti yang sedia ada. Penarikan dakwaan terhadap Hindraf adalah strategi untuk menjaga sokongan dalam kalangan orang India terhadap BN. Kegopohan BA dalam tindakan memberi peluang kepada BN untuk menenggelamkan isu-isu yang sangat berat unuk dipikul seperti isu video tape, isu wanita Mongolia, isu laporan audit, isu Hindraf dan sebagainya. Berbincanglah sebelum bertindak. Kelebihan sekarang berada di pihak BA. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa strategi seterusnya...."
|
Dolah Badawi @ UMNO bercakap seolah-olah Malaysia baru semalam merdeka dan baru nak mula rancang pembangunan negara. Apa yang UMNO sudah buat selama 50 tahun ini? Semalam di dalam TV saya amat sedih sekali melihat petani kita mempunyai masalah memasarkan ubi kayu dan Malaysia menuju kearah negara maju pada tahun 2020.
Dolah, hang memang katun. Aku kata hampa haramjadah, hangpa marah!
Selepas 50 tahun merdeka masalah pemasaran hasil tani (ubi kayu) menjadi tajuk berita di Malaysia? Kita ada 27 juta penduduk, takkan kita boleh berhadapan dengan masaalah pemasaran hasil tani lagi?
Ini adalah masalah biasa yang dihadapi oleh petani kita 50 tahun dahulu dan masalah yang sama masih ujud sekarang! UMNO buat apa? Kementeria Pertanian buat apa? Fama buat apa? Kalau tak boleh dipasar kenapa ditanam? Tanamlah hasil yang ada pasaran.
Masuk akal tak, untuk mengatasi problem macam ini, UMNO dan Kerajaan perlu tunjuk ajar dari Blog Malaysia Today? Ini menunjukkan betapa lemahnya UMNO dalam mengtadbir kepentingan kaum tani Melayu.
Setelah anak-anak muda sudah tidak ada dikampung-kampng lagi, barulah UMNO menyebok nak majukan kampung-kampung seolah-olah Malaysia baru semalam Merdeka. Dolah, dengar sini.....Hidup Melayu!