A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tiada persamaan antara agama

Tiada persamaan antara agama PDF Print
Posted by admin   
Friday, 26 June 2009 10:14

Dr Saodah Abd Rahman (Utusan Malaysia)

Setiap agama mempunyai kepercayaan dan akidah masing-masing. Persoalan utama yang dibahaskan oleh ahli-ahli agama ialah “siapakah Tuhan yang perlu disembah?”

Perkara ini dihuraikan oleh ahli-ahli agama berdasarkan kepada konsep ketuhanan yang diwarisi atau diriwayatkan daripada nenek moyang masing-masing atau kitab-kitab suci yang diturunkan kepada manusia.

Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada para Rasul dan Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad SAW.

Perbezaan antara agama dengan agama yang lain adalah berdasarkan kepada perbezaan akidah. Akidah agama Islam ialah mempercayai Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada sebarang makhluk yang bersekutu atau menyerupai-Nya.

Berdasarkan kepada akidah ini maka perkataan Allah dirujuk sebagai nama Tuhan Yang Maha Esa mengikut kefahaman umat Islam.

Islam tidak menerima sebarang huraian mengenai Allah yang mempunyai sebarang unsur menyerupai makhluk.

Oleh itu jika nama Allah digunakan dalam agama tertentu tetapi huraian mengenai Allah lebih menjurus kepada konsep yang berunsurkan pantheism

(kepercayaan agama bahawa Tuhan berada dalam diri setiap makhluk dalam alam) serta incarnation (penjelmaan seseorang dalam bentuk manusia yang dianggap sebagai mewakili seseorang yang paling tinggi darjatnya) maka pemahaman begini ditolak oleh Islam.

Dalam era globalisasi, kemungkinan terdapat agama yang berusaha untuk meyakinkan umat Islam bahawa agama ini mempunyai persamaan dengan agama mereka apabila perkataan Allah disebut sebagai Tuhan mereka juga.

Usaha begini tidak mungkin menjadi kenyataan kerana dalam akidah Islam, perbicaraan mengenai ‘ketuhanan’ bukan hanya sekadar menyebut nama Allah sebagai Tuhan semesta alam tetapi ia merangkumi setiap aspek berkaitan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman.

Agama Yahudi mempercayai Allah Yang Maha Esa yang dikenali sebagai Yehweh dalam bahasa Hebrew. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan Islam berkaitan dengan hukum-hakam tetapi penafian mereka terhadap kerasulan Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad SAW (yang merupakan salah satu Rukun Iman) menyebabkan agama itu tidak mempunyai persamaan dengan agama Islam.

Orang Kristian mempercayai Allah SWT sebagai Tuhan Pencipta Alam. Namun apabila mereka menghuraikan isu Ketuhanan dalam konsep Trinity di mana Isa itu juga dianggap Allah maka huraian tersebut bertentangan dengan konsep Tauhid (Tuhan Yang Maha Esa) seperti dijelaskan oleh Islam.

Oleh itu konsep Allah yang dijelaskan oleh ahli-ahli teologi Kristian tidak dapat diterima oleh Islam. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara Islam dan Kristian dalam hal ehwal berkaitan konsep tawaduk dan nilai-nilai murni berkaitan dengan kasih sayang sesama manusia yang menjadi amalan kepada umat kedua-dua agama ini.

Sifat tawaduk dan tingkah laku yang baik di kalangan ahli-ahli kitab Kristian dipuji oleh Allah di dalam al-Quran. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak menafikan kebaikan dan tingkah laku terpuji ahli-ahli kitab agama Yahudi dan Kristian tetapi konsep akidah mereka terkeluar daripada Rukun Islam dan Rukun Iman maka secara tegas Islam menyatakan bahawa agama Kristian dan Yahudi tidak sama dengan Islam. Agama-agama itu tidak mewakili umat Islam dan umat Islam tidak mewakili mereka.

Apa yang dibahaskan oleh Islam berkaitan dengan Kristian di dalam al-Quran ialah berdialog dengan mereka supaya memperbetulkan konsep kepercayaan mereka mengenai Allah dan menyeru mereka kembali kepada seruan Nabi Isa a.s iaitu menyembah Allah Yang Maha Esa dan bukan beranggapan bahawa Isa itu adalah anak Allah.

Islam begitu prihatin terhadap ahli kitab dan penganut Kristian berkaitan salah anggap mereka mengenai Isa a.s dan memujuk mereka supaya kembali kepada seruan Isa a.s yang sebenarnya iaitu menyeru manusia menyembah Allah bukan menyembahnya yang dianggap sebagai jelmaan Allah untuk menghapuskan dosa warisan manusia (original sin).

Islam menyeru umatnya memperakui nilai-nilai yang baik terdapat dalam agama lain tanpa mengorbankan konsep dan prinsip fundamental Islam. Ia menyeru umatnya supaya bekerjasama dengan penganut agama lain dalam hal ehwal berkaitan dengan kemanusiaan, keamanan, kebajikan, kenegaraan dan keduniaan.

Hak-hak orang bukan Islam terjamin dalam negara Islam kerana Islam ialah agama yang prihatin terhadap kesejahteraan dan keamanan. Islam tidak menafikan konsep hidup yang berasaskan kepada unity and diversity (kesatuan dan perbezaan).

Perbezaan atau kepelbagaian agama tidak membantutkan usaha manusia untuk membentuk keamanan dan kemakmuran dunia.

Oleh itu, perkara-perkara berkaitan dengan fundamental agama atau akidah setiap agama tidak perlu disatukan untuk menunjukkan persamaan agama demi membentuk masyarakat dunia yang sama dalam pelbagai aspek kehidupan.

Usaha begini tidak mungkin berjaya kerana manusia bermusuhan sesama sendiri bukan disebabkan oleh perbezaan akidah tetapi ia berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia yang sering dihasut oleh hawa nafsu, ketamakan, kerakusan, keangkuhan dan kekuasaan.

Sejarah menunjukkan bahawa kepelbagaian dan perbezaan akidah bukan faktor utama yang menyebabkan manusia sering bermusuhan. Peperangan dan permusuhan wujud akibat ketidakadilan, kekejaman, kezaliman, kemiskinan, dan salah faham terhadap konsep hidup di dunia ini.

Apabila Nabi Muhammad SAW menubuhkan negara Islam di Madinah, masyarakat Yahudi dan Kristian bebas menganut dan beramal dengan ajaran agama mereka.

Rasulullah SAW mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat Kristian dan Yahudi. Baginda sering berbincang dengan ketua-ketua agama Yahudi dan Kristian berkaitan dengan undang-undang agama-agama tersebut apabila berdepan dengan permasalahan berkaitan salah laku penganut agama tersebut.

Baginda tidak mencampuradukkan perundangan tersebut dengan undang-undang peribadi Islam.

Berdasarkan kepada fakta sejarah dan konteks ajaran Islam maka umat Islam sepatutnya menyedari bahawa perkara-perkara berkaitan dengan akidah dan fundamental Islam tidak boleh dicampuradukkan dengan akidah agama lain.

Perkara berkaitan dengan akidah Islam tidak boleh dihuraikan mengikut pandangan akal atau ijtihad kerana ia merupakan asas kepada agama Islam sejak Nabi Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Perkara-perkara berkaitan dengan akidah Islam ialah satu ilmu yang diajarkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul melalui Jibrail.

Perbuatan menggunakan akal untuk menghuraikan perkara-perkara berkaitan akidah dengan tujuan menyesuaikannya dengan konteks masa kini bukan sahaja boleh menggugurkan akidah individu tersebut malah ia juga boleh menghancurkan agama Islam.

Umat Islam perlu memahami batas-batas penggunaan akal berkaitan dengan ilmu wahyu kerana ilmu tersebut tidak sama dengan ilmu-ilmu yang berunsurkan keduniaan yang mana ia boleh dicapai melalui pancaindera dan akal.

Ilmu-ilmu wahyu berhubung kait dengan syariah sebahagiannya boleh dihuraikan melalui akal oleh orang yang hanya pakar dalam bidang ilmu tersebut dan terdedah dengan disiplin ilmu Islam.

Umat Islam yang tidak pakar dalam ilmu-ilmu wahyu sepatutnya menumpukan perhatian kepada bidang masing-masing dan bekerjasama dengan ahli-ahli ilmu wahyu untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat, bukan menunjukkan sikap terlalu agresif sehingga berani merombak dan menghuraikan ilmu-ilmu wahyu mengikut pemahaman akal mereka yang terbatas.

Sikap begini boleh menyebabkan agama Islam dipandang rendah oleh masyarakat agama lain. Oleh itu umat Islam perlu bekerjasama untuk memperkukuhkan akidah umat Islam dan memelihara kesucian agama.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Comments (11)Add Comment
...
written by Richfyf, June 26, 2009 10:43:06
Sometimes we forget to look at the message and more focus on the delivery man.

The message from god through its many prophets are all the similar.

Be good to each other!

Thats why god send so many prophets of different race and location to the world.

Too bad people tend to focus of the prophets then to focus on the message that he brings.
report abuse
disagree 3
agree 19
...
written by Admiral Tojo, June 26, 2009 11:35:09
>>>Perbuatan menggunakan akal untuk menghuraikan perkara-perkara berkaitan akidah dengan tujuan menyesuaikannya dengan konteks masa kini bukan sahaja boleh menggugurkan akidah individu tersebut malah ia juga boleh menghancurkan agama Islam.

>>>Umat Islam perlu memahami batas-batas penggunaan akal berkaitan dengan ilmu wahyu kerana ilmu tersebut tidak sama dengan ilmu-ilmu yang berunsurkan keduniaan yang mana ia boleh dicapai melalui pancaindera dan akal.

Quran says, "Implore, reflect, analyse and do not accept anything that you cannot verify".

Dr Saodah bercakap fasal ugama apa yang bercanggah dengan tuntutan QURAN? Agama Arab yang menyatui Mullah dengan tuhan agak nya. Bagaimana dia dapat Doctorate dia pun saya tak tahu. Mengapa tidak tegor CORRUPTION yang berleluasa di depan mata nya? Luar batas pemikiran agak nya.

BULLSHIT artist, this Saodah.

Salaam
report abuse
disagree 10
agree 29
...
written by SiHangChai, June 26, 2009 12:27:51
Sungguh aneh, penulisan ini. Apabila saya meletakkan diri saya dalam agama Islam, ini memang betul tetapi apabila saya meletakkan diti saya sebagai Kristian, Hindu, Buddhist, penulisan ini sungguh berat sebelah dan penulis tidak faham langsung kewujubkan agama lain yang meletakkan dewa-dewi sebagai pengutus Maha Esa seperti Nabi Muhammad SAW. Agama lain tidak pernah merujuk siapa dalam agama mereka ialah tuhan. Sama juga dalam agama Islam. Jadi, sudah banyak kesilapan dan rujukan dibuat oleh penulis ini dari UIAM, dan harus dibidas sekiranya fahaman ini dirujuk dalam konteks pemikiran Islam saja.
report abuse
disagree 5
agree 26
...
written by Morning Dew, June 26, 2009 12:39:23
This is a recipe for institutional sponsored stupidity. Saodah argued that religious knowledge should be from those expert in it and if we traced the history of brahmin caste in india one doesn't need much intellect to recognise the dangers of such a prescription. He even argued that human beings are limited and to gain insights we need someone with a piece of paper or some form of sacred sanction from some sacred body before we should place our trust in such a person.

This is an oxymoron.

(why was my post in "Homing in on big bad flu" stopped for admin approval ? )

report abuse
disagree 3
agree 12
...
written by Jit Dharma, June 26, 2009 12:49:28
Dr.Saodah, still trying to find different ways to say how only your religion is the right one etc.Reminds me of a Malay boy who worked with me and became a close friend. We spoke of many things and I tried to help him out, if I could. One day, the topic turned to religion and he expressed his dissatisfaction about a Christian who had said Christianity was the best religion etc. I said this to him, after some thought. Do you know why you follow your faith and I follow mine and the Christian his? We follow because our Father and Mother taught us this, and that is the reason 99 percent of the people of this world follow their faith, they are just trying to be good children to their parents. We don't follow because it is the best or the worst. We follow in the hope our parents will bless us. The rest is more or less. So believe what you want , just don't hurt anybody and you will be fine. We became good friends after that.God bless Malaysia!
report abuse
disagree 3
agree 21
...
written by jstom98, June 26, 2009 14:12:23
The writer says "Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada para Rasul dan Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad SAW." How was Islam 'diturunkan' if not by a vision to Nabi Muhammad SAW ? So, Islam crystalised at a certain point in time, which was LATER than the revelation of God to the Jews and Christians - and Arabic Christians were already calling God of the People of the Book, "Allah". The Koran confirmed that the God of the People of the Book is the true God and calls on everyone to submit to Him. All the billions of Muslims around the globe are not "confused" except our simple minded Malaysian Muslims! We must STOP confusing the people when there is NO confusion!
report abuse
disagree 3
agree 15
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by thirdeye, June 26, 2009 22:15:52
"Hak orang2 bukan Islam terjamin dinegara Islam ...."

This is a ****ing joke. It is clear from the start the religion was spread by virtue of "accept the Quran or accept the sword" This is reality and fact. Of course the justification was in the Middle East "one religion is good for all the people. Unite them and reduce or eliminate war" But this is the reality.

In the western world you have people practising "whatever form of spirituality they so desire". We have seen orang putih chanting Hare Krishna at airports. We know so many movie stars and musicians who are Buddhists, Scientologist etc etc. As a non-Christian I applaud the western world for being open.

In the Muslim heartland, one does not see any dissent. The Bahais were exterminated. Killed indiscriminately with the arrival of Islam to Iran. The Christians of Lebanon, Syria and Palestine have slowly "disappeared".... quietly.

There is a Hindu temple in Egypt which is today a Muzium. If any attempt is made to make it functional it will be burnt down! No where in the Muslim middle east or north africa is "a religion other than Islam" allowed to be practised or preached or anything.

So the concept by the author of this article to show a "kinder" face of Islam is flawed for the simple reason it does not exist.

Tak payah pergi jauh, can a Muslim in Malaysia decide tomorrow he wants to go to a church or temple or synagogue and maybe spend a month there to find out more about the other party's religion? Nah ... the truth

report abuse
disagree 2
agree 12
...
written by C360, June 27, 2009 18:01:17
First he says the 3 refer to THE Almighty ... then hs says, BECAUSE OF THEIR DIFFERENT INTERPRETATIONS OF MANIFESTATION AND/OR THEIR RECOGNITION (OR NON-RECOGNITION) OF A PROPHET ... therefore, the other two DO NOT WORSHIP THE SAME ALMIGHTY ... and the 3 refer to the same holy texts of reference ...

WHY DOES HE EVEN BEGIN TO THINK HE HAS THE RIGHT VIEW OF THE 3 ?
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Blackgiring, June 28, 2009 19:42:32
....pasal bab agama ni patut rujuk pada orang kuat PAS yaitu Tok Guru Nik Aziz sebab dia lebih tahu dan kenal Tuhan kalau tak masakan dia boleh kata Allah tu samseng dan mencarut....dan syaitan boleh jadi sahabatnya.....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Blackgiring, June 28, 2009 20:00:11
....wow so damn scared are you???????????????
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM