A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Gesaan Najib teruskan bincang kerajaan perpaduan dibidas

Gesaan Najib teruskan bincang kerajaan perpaduan dibidas PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 25 June 2009 21:37

(Suara Keadilan) - Penasihat DAP Lim Kit Siang membidas gesaan Perdana Menteri Najib Razak kepada PAS supaya menghidupkan semula cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, kononnya  demi kepentingan bangsa melayu dan Islam.

Lim menyifatkan gesaan itu bukan sahaja mencerminkan politik sempit tetapi dan mencondong kepada perpaduan satu kaum sahaja.

“Adakah beliau merestui jika perbincangan mengenai perpaduan antara kaum Cina diadakan oleh parti BN dan pihak lain ..begitu juga jika perbincangan yang sama antara kaum India, Iban atau Kadazan? tanya Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen, Kit Siang berkata gesaan najib itu membelakangkan slogan 1Malaysia yang dicanangnya sebagai komitment pentadbiran beliau untuk  memupuk perpaduan kalangan pelbagai kaum.

“Kita sepatutnya mengadakan perbincangan perpaduan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat bersikap terbuka jika mahu diadakan perbincangan bersama bagi semua isu-isu demi kepentingan negara,” tambahnya lagi.

Beliau juga melontar persoalan samada parti-parti komponen BN akan terus menerima konsep 1Malaysia dalam keadaan UMNO begitu cenderung mahu menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Beliau mencabar pemimpin parti komponen Bn membuat pendirian terbuka dengan kesungguhan UMNO untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS atas alasan memelihara kepentingan Melayu.

“Adakah  Ong Tee Keat (Presiden MCA) dan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) bersetuju bahawa perbincangan perpaduan Melayu tidak bercanggah dengan 1 Malaysia? Mengapa mereka membisu mengenai perkara ini? tanya Kit Siang.
 
Najib terus memainkan isu kerajaan perpaduan sebagai modal politik untuk meraih sokongan pengundi Melayu yang semakin pudar terhadap UMNO.  PAS telah pun secara rasmi menolak perlawaan itu dan menyatakan komitment penuh untuk memperkasakan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif yang berwibawa bagi menggantikan BN. 

Dalam satu kenyataan bersama Isnin lalu, ketiga-tiga pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menolak  cadangan kerajaan perpaduan sebagai  fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan yang semakin mendapat dokongan  rakyat.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Comments (7)Add Comment
...
written by BUTEK, June 25, 2009 23:12:58

tak caya tontonlah tv barua, tv3 suku RANCANGAN BERSAMAMU.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by budakindia, June 26, 2009 00:17:29
Najib sedang cuba menyelamatkan maruahnya yang telah tercalar! Perangkap yang dipasang terkena diri sendiri lar! smilies/grin.gif Kesian Najib ye.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Perak Boy, June 26, 2009 00:24:30
Akupun melayu juga. Tapi pemikiran aku tidaklah sempit macam orang melayu UMNO yang mementingkan diri sendiri. Cakap lain buat lain.

Walaupun YB Lim Kit Siang berbangsa cina dan beragama lain, namun aku lebih mempercayai beliau daripada pemimpin UMNO/BN. Perpaduan hendaklah dipupuk kepada semua rakyat tak kira bangsa dan agama. Perpaduan yang ditumpukan kepada satu kaum hanya akan memecahbelahkan keharmonian rakyat Malaysia. Islam tidak mengajar umatnya kepada perpaduan pada satu kaum.

report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by Kang Mas, June 26, 2009 00:28:40
Najis dah giler talaq. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Richfyf, June 26, 2009 02:33:04
Bila UMNO ada 2/3 kerusi parliment sikit pun tak kata perpaduan tu wajib dalam islam, tiba2 bila dah hilang kerusi perpaduan tu konon nya wajib!!!!!

Go figure that out!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by *********, June 26, 2009 08:14:03
Umno dah Nazak dengan Najib Razak...More http://*********.********.com
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by asguard, June 26, 2009 09:33:06
Najis memerlukan kerajaan peraduan ala melayu dengan alasan untuk mengekalkan kuasa politik sendiri bukan untuk kepentingan bersama untuk negara. Ada udang di sebalik batu...
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM