A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 25 June 2009 21:27

(Hrkh) - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya.

Comments (4)Add Comment
...
written by mypanida, June 25, 2009 21:47:04
umNO kecundang kerana rasuah.

Rasuah telah meracuni pemikiran mereka.Selagi mereka tak bertaubat, mereka harus di kuburkan.

report abuse
disagree 1
agree 15
...
written by Perak Boy, June 25, 2009 23:15:20
Insyaallah .. kalau kita jujur dan berusaha kepada kebaikan bersama (semua kaum tanpa mengira kulit dan darjat) kejayaan pasti akan datang juga. Semoga Allah sentiasa memberi kita taufik dan hidayah.

report abuse
disagree 1
agree 7
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by budakindia, June 26, 2009 00:18:40
Satu lagi projek kecundang Kerajaan Barisan Nasional! smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 1
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM