A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Penduduk Manek Urai pamerkan sikap dingin terhadap Umno

Penduduk Manek Urai pamerkan sikap dingin terhadap Umno PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 21 June 2009 22:55

(Hrkh) - Ketika Umno berhempas pulas merayu simpati pengundi, namun rakyat di Manek Urai terus memperlihatkan sikap dingin terhadap parti itu.

Situasi itu dapat dilihat apabila Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengerahkan guru-guru yang mengajar di sekitar Dun Manek Urai hadir pada program bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.

Tidak cukup dengan arahan itu, ibu bapa pelajar juga dikerah hadir sama pada program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Begitu juga dengan anggota keselamatan memenuhi kawasan itu. Tiga helikopter digunakan mengiringi kehadiran Menteri Pelajaran tersebut ke Dun Manek Urai.

Manakala pada sebelah petang ketika bersolat Asar di Masjid Laloh, ramai anggota keselamatan memenuhi kawasan luar masjid.

Penduduk yang hadir solat di masjid tersebut seperti kurang menghiraukan kehadiran timbalan perdana menteri biar pun telah diumumkan imam masjid sebaik sahaja selepas selesai solat.

Sedangkan pada malam hari yang sama, ribuan penduduk memenuhi padang di Kampung Chuchuh Puteri B mengikuti forum perdana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dan anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menarik perhatian penduduk tempatan.

Tuan Ibrahim berharap rakyat di Manek Urai tidak bersekongkol dengan pemerintah yang gemar membuat zalim dan melakukan banyak penyelewengan harta rakyat.

"Jangan kita cuba tolong orang yang derhaka kerana ia tidak membawa kita selamat di dunia dan akhirat," katanya.

Dr Mohd Hatta berkata, amalan pembaziran diteruskan kerajaan BN hari ini apabila rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan tiga helikopter semata-mata hendak datang menemui pengundi di Manek Urai.

Begitu juga dengan markaz taktikal polis yang kini sedang dibina di banyak tempat di Dun Manek Urai termasuk di Laloh dan Manek Urai Baru bagi menempatkan ribuan anggota polis.

Kata beliau kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar dengan kehadiran polis yang cukup luar biasa di Dun Manek Urai sekarang.

Comments (2)Add Comment
...
written by Kang Mas, June 22, 2009 00:09:51
Eh! eh!! eh!!!.Berhempas pulas merayu raayat undi Ameno/BeEnd untuk PRK Manek Urai? Kesian! kesian!!.

Pilihanraya 13 nanti mari kita ramai-ramai hempas dan pulas Ameno/BeEnd, biar tinggal nyawa-nyawa ikan aje. Nak kayoed semua sekali tak molek jugak. Nanti PR naik tocang kalau tak ada pembangkang, bagi tujuan 'check and balance'

Lawan Tetap Lawan
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by amoker, June 22, 2009 01:02:12
la la la..
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM