A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow From Around The Blogs arrow Art Harun: Ketuanan Melayu

Art Harun: Ketuanan Melayu PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 20 June 2009 00:35

Oleh Art Harun, CPI

Dulu Melayu membawa keris merata tempat. Kini tiada seorang pun Melayu yang waras akan membuat sedemikian. Apakah ini bermakna yang tiada lagi Melayu di dunia ini?

(Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)

Sepanjang bulan Oktober, saya telah menahan diri dari menulis tentang politik. Saya terlalu muak melihat keadaan politik Malaysia sehinggakan saya berasa ingin menjauhkan diri dari segala-galanya. Kini tiba bulan November [2008]. Dan sekarang ini, saya terfikir saya patut mengulas tentang perkara ini.

Biasanya, saya mampu menggenggam sesuatu konsep dengan baik, memahaminya, membezakannya dari konsep-konsep yang seakan-akan searus dengannya, mengenalpastikan nilai-nilai positif dan negatifnya dan menggunakannya. Akan tetapi, saya tidak boleh sama sekali memahami konsep Ketuanan Melayu, walaupun saya telah mencuba dengan sedaya upayanya. Hendak mengenalpasti unsur-unsur konsep ini pun tak terdaya.

Kini saya terasa ragu-ragu – adakah saya telah hilang kewarasan saya? Saya sudah hilang akal, mungkin itulah sebabnya. Ataupun mungkin konsep seperti ini tidak pernah wujud. Mungkin sebab itulah saya tidak dapat mengenalpasti apa ia 'Ketuanan Melayu'.

Sepanjang masa saya belajar di sekolah kerajaan, dan kemudian di universiti kerajaan, dan termasuklah tempoh setahun yang saya belajar di sebuah universiti Mat Salleh, saya tidak pernah menemui konsep Ketuanan Melayu di dalam mana-mana sukatan pelajaran saya. Ini memang menghairankan sebab Sejarah merupakan matapelajaran kegemaran saya. Lebih pelik lagi, saya bukan sahaja telah mengambil kursus Perlembagaan Persekutuan Malaysia, malah saya juga telah mengambil kursus Undang-undang Pentadbiran Awam Malaysia serta kursus Perbandingan Undang-undang Perlembagaan sebagai kursus tambahan. Dan tidak ketinggalan juga kertas Pembelajaran Politik yang ditawarkan oleh fakulti Ekonomiyang ditawarkan oleh fakulti Ekonomi – itu saya ambil untuk acah sahaja.

Aneh betul. Tak pernah saya temui konsep ini sepanjang waktu persekolahan saya. Tiada. Tak pernah!

Ini mesti kerana saya yang tak hadir semasa kelas syarahan ataupun kelas tutorial tatkala perkara Ketuanan Melayu diajar atau dibincangkan (atau kemungkinan besar saya terlena, kot). Ataupun, mungkin perkara ini tidak pernah diajar atau dibincangkan.

Sekiranya ia tidak pernah diajar atau dibincangkan, penjelasan yang paling munasabah adalah kerana konsep Ketuanan Melayu ini tidak wujud sama sekali. Inilah yang difahami oleh minda logik saya. Saya tidak boleh memikir secara tidak logik tentang persoalan ini kerana saya adalah seorang yang berfikiran logikal. Mungkin YB Zulkifli Nordin mempunyai pandangan yang berbeza. Saya kurang pasti. Mungkin dia ada pandangannya sendiri. Dan juga pandangan-pandangannya yang lain. Sebab dia tu orang bijak.

Maaf, saya terpesong tadi.

Jadi, kalau Ketuanan Melayu tidak pernah diajar atau dibincangkan selama pendidikan saya sepanjang 18 tahun, walaupun saya telah mengambil kursus-kursus di mana perkara seperti ini sepatutnya lazim menjadi topik perbincangan, boleh saya simpulkan konsep ini tidak pernah wujud. Tetapi kalaulah benarpun ianya wujud, maka ini bermaksud bahawa kepentingannya dan relevennya kepada sejarah dan undang-undang kita terlalu kurang sehinggakan ia tidak dipedulikan sama sekali.

Berikutan itu, bagaimana pula konsep ini berjaya menyelinap ke dalam pentas sosial dan politik kita kebelakangan ini? Dr Mahathir telah memberikan kata duanya. Zaid Ibrahim telah mengatakan bahawa konsep ini telah gagal.

Shahidan Kassim telah menegur Zaid dan meminta beliau bertaubat kerana telah berkatakan demikian. Syed Hamid Albar pula meminta Zaid memohon maaf dan telah memanggil Zaid seorang penderhaka bangsa! Shahidan meneruskan serangannya dengan menyatakan yang Zaid patut keluar dari Melayu dan beliau sepatutnya insaf dan bertaubat!

Soalannya, sekiranya Zaid 'berbangsa Melayu' (dan adakah ini betul? Awak bagaimana? Saya pula?) macam mana hendak keluar Melayu? Bagaimana caranya hendak mengenyah-Melayukan diri? Ataupun Shahidan sedang merujuk kepada konsep bangsa Melayu seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia?

Di dalam Perlembagaan Malaysia seorang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang:

READ MORE HERE

Comments (8)Add Comment
...
written by Tompios, June 20, 2009 06:47:49
Dalam perlembagaan...orang Melayu ialah orang Islam. Namun, dalam kepala otak orang UMNO, orang melayu adalah fix deposit untuk konsep "National Sosialize" untuk Melayu dan Melayu saja.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Ken Liew, June 20, 2009 08:08:44
Jika adanya Ketuanan Melaye, adalah kedua penting, KETUANAN UMNO, paling penting...~!

Atau dimaksudkan, Tiadanya Ketuanan Melayu... Hanya Ketuanan UMNO....... UMNO cakap apa-apa pun, melayu tidak ikut.. boleh dipenjarakan.... tapi, UMNO Merompak negara.. masih berkuasa untuk mengarahkan undang-undang negara...

Adilkah?
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Bigjoe99, June 20, 2009 09:24:53
I always wonder about this. The origin of 'Tuan' was first applied to foreigners and then to the largely non-Malay bosses. Traditionally the Malays address their bosses by their administrative ranking, so traditionally there were no real tuans in purely Malay societies.

So Ketuanan Melayu really reflect a desire rather than anything traditional. How can there be a privillege of 'Ketuanan Melayu' if its not in its history?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Flex65, June 20, 2009 09:38:45
Soalannya, sekiranya Zaid 'berbangsa Melayu' (dan adakah ini betul? Awak bagaimana? Saya pula?) macam mana hendak keluar Melayu? Bagaimana caranya hendak mengenyah-Melayukan diri? Ataupun Shahidan sedang merujuk kepada konsep bangsa Melayu seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia?

In the Bolehland you can change you DNA. An Indian can become a Malay, don't believe me ask TDM. 'Nak keluar Melayu?' easy just change your religion (if you are allowed and not sentenced to death first). Based on the same principle as what use by TDM and his father once you change your believe your DNA structure will change. Don't ask me how the DNA will change because I don't know, I am not a doctor. Ask TDM, he is a doctor he can give you the answer.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by SiHangChai, June 20, 2009 10:03:37
Dulu Melayu bawa keris, sekarang Melayu bawa banyak duit, berlonggoh emas dan berlian, pandu BMWs dan jalan kegiatan haram 4-ekor, kuaci girl, mat rempits ... Mingin ada yang bantah dan tidak setuju, tetapi sudah jadi kenyataan, selagi ada kegiatan jenayah putih orang Cina, mesti ada orang UMNO jadi sponsor.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Apache3, June 20, 2009 10:23:53
In the first place there were no "MALAY RIGHTS" only "SELECTED PRIVILEGES" for the malays.
mahataik changed it to KETUANAN MELAYU (ketuanan atas orang2 melayu) to get wider support from the Malays to propagate his agenda of enriching himself,his family and his ARMNO cronies at the expense of the true Malays.In the end the poor Malays got conned. An example is the setting up of 3rd class Varsities which only majority Malays and a few non Malays can enroll and the product was a useless degree and high unemployment. Then he employed these so called grads to the govt service and as such we have a over bloated govt service.(this was just to pacify the Malays).
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Rolling Stone, June 20, 2009 12:24:34
Dear Abang Art, the subject of Ketuan Melayu is only taught in on University, that is University of Malays with No Otak - UMNO
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by onnetline, June 20, 2009 13:05:38
Is this ' Ketuanan ' practice being condoned in the Quran or is this the work of some racist, arrogant and corrupted Muslims out to distort the proper ways of Islam ? ?

If so, stone these infidels or bastards to death ! ! !
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM