A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow APA DIA KERAJAAN PERPADUAN

APA DIA KERAJAAN PERPADUAN PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 17 June 2009 20:03

Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.

Politik bukan agama.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.

Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi.

BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.

Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Soo Khon kerana ekonomi.

Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.

Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.

Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional kerana ekonomi.

Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air dengan Syria. Air, gas, minyah dan tanah – adalah ekonomi.

Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan, perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis – sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa. Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan harta kekayaan.

Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh ..eeeh lagi.

Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan ada yang tidak yakin.

Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.

Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.

Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis agama.

Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah tujuan gerakan ini? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.

United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu- Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.

Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.

Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat sokongan.

Pas dahlu di kutuk oleh United Malays National Organisation. Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari sokongan orang Melayu.

Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah - mereka tidak ada kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.

Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya ekonomi juga.

Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama.

Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.

Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.

Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.

Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.

Ekonomi lagi.

Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda - kita patut memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau bangsa.

Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari ‘kawan’ dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.

Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah – hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak lebih dari itu.

Comments (11)Add Comment
...
written by Raja Chulan, June 17, 2009 20:52:26
Demokrasi = Dia Mahu Kerusi
Di Mahu Kerusi = Dia Mahu Kuasa
Kuasa = Ekonomi
Ekonomi = Wang
Wang = Tuhan
report abuse
disagree 3
agree 20
...
written by rajaphillips, June 17, 2009 21:23:20
Istilah "perpaduan" tu memang kuat daya tarikkannya. Di sini ia digunakan sewenang wenangnya untuk menarik minat dan semangat nasionalisme penyokong Melayu kampung dan desa supaya sokongan Umno kembali semula - itulah muslihat Umno.
report abuse
disagree 2
agree 19
...
written by soulsberry, June 17, 2009 21:47:34
well said Hishamuddin!
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by joeawk, June 17, 2009 22:16:37
Ulama without wisdom get conned bigtime by UMNO or they allowed themselves into it for obvious reasons. As devious as UMNO which is corrupt and rotten to the core, everythinmg is possible. See how UMNO oput a spin to the Perak State Assembly fiasco. They even go to the extend of underminiung our constitution through corrupting the judiciary. How sad to have a judiciary which is so, so corruptible.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by BUTEK, June 17, 2009 23:03:32
PAS sepatutnya menuntut hak autonomi keatas melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan kedah yg berpenduduk islam lebih dari 80 peratus dari UMNO baru kerajaan perpaduan dapat dilaksanakan.....
report abuse
disagree 4
agree 7
...
written by tenang, June 18, 2009 00:04:02
It does not necessary means good thing for Malaysia when there is a word "unity" in the proposal.

I would agree to have the political figures to treat your rivalry with some civility and "sopan santun". But to weaken the "two party" system, that is a BIG NO NO.

There are two types of unity. One of them is the unity of political parties and entities. Another one is the unity of citizens of Malaysia.

In a healthy democratic system, the collective rights and voices of the citizens should be and could be made supreme. The purpose of unified citizens is to defend the collective rights against the abuses of political figures especially the ruling regime.

How could one common person or even all common people exert power strongly enough to check against the power of political elite or ruling regime? It is almost an impossible task if we are in a feudal system. However, in a democratic system, the "unified" civil society acts as a boss to choose between two opposing political camps. The key here is to ensure there are two (sometime more) equally strong opposing political camps; Otherwise, the civil society does not have a choice and therefore cannot be the boss. You cannot be the boss if you have no choice or just nominal choice.

The idea of using unified government as means to unify the people is actually an horrible proposal. In the past 50 years prior to the last election, BN is the indisputable unified government with extremely weak opposing political camp. This is the major factor contributing to the failure of our democratic system. Without equally strong opposing political camp, we the people cannot choose in the true sense, and thus cannot be the boss!


Unified government with weak opposing political camp, such as the BN prior to the last election, is the best formula to divide the common people to serve the ruling elite.

Say yes to unity of common people. Say no to unified ruling and opposition political parties because that is "political incest"!

Being the boss, we the people should be united and then "divide and conquer" the political camps. Not another way around!

report abuse
disagree 3
agree 2
...
written by Arowana, June 18, 2009 00:46:56
PAS tahu yang ia akan kena kuda bila masuk kandang UMNO.

Tapi yang janggal, ada mahluk dari PAS yang rela di-kudakan.

Kalaulah bukan kerana kuasa dan ekonomi yang Saudara Jelebu jelas, apa lagi!!!

Makluk seperti demikian yang rela di-perkudakan demi kepentingan tertentu dan

menjadi penghianat kepada pengundi beliau, ini bermakna kita juga di-perkudakan.

Oleh itu, kita akan pandang dan lihat telatah bakal mereka yang berniat di-kuda.

"Mahkamah Politik di Tangan Rakyat."

report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by red door, June 18, 2009 01:00:24
KERAJAAN PERPADUAN bermakna Budak-budak politik jadi TUAN manakala rakyat jelata jadi HAMBA!!! Sistem master-slave kembali menghantui duniawi dengan bertopengkan istilah kemakmuran negara.

Baik kita berhijrah balik ke tamadun jahiliah sekiranya mengakuri konsep KERAJAAN PERPADUAN INI!!!

report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by yellowwoman, June 18, 2009 12:03:15
Hishamuddin explained it all so well, especially:

"Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.

Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.

Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta."


If we all know this as the truth, then why is it so difficult to dig ourselves out of this mess? Be hardworking, be willing to learn, be open to competition, be willing to BERDIKARI ... that is the basis of success ... which will lead us to EKONOMI, as rightly pointed out by Hishamuddin.

Unless AGAMA is opposed to EKONOMI? Can I be successful in this world AND be religiously fit for the next world? Is this what is holding most Malaysians back? Can someone enlighten me?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Bruce_Lee, June 19, 2009 23:38:04
Hadi dan nasha sanggup menjadikan Tuhan sebagai modal politik. Mereka adalah penjaja Tuhan untuk cari makan. Ada dua bidang perniagaan dalam dunia yang tidak perlukan modal iaitu politik dan ugama. Tapi dua bidang ini juga boleh membawa harta yang tiada had. Dua bidang ini sangat di gemar oleh orang yang malas dan yang tidak suka ambil tanggung-jawab.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Vasily, June 20, 2009 23:10:28
May God bless 10th Regiment.....
report abuse
disagree 1
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM