|
Tanpa Negara Islam: Apa Beza PAS dan UMNO? |
|
|
|
Monday, 04 February 2008 15:09 |
|
Di sebuah kampung kecil berhampiran Kota Baru, Kelantan, seorang lelaki (kita berikan nama "Tok Bulan") bersungguh-sungguh menjelaskan mengapa PAS akan menang besar dalam pilihanraya akan datang.
Pun begitu, seorang lelaki lain (kita namakan "Mat Dacing") yang mendengarnya tidak setuju. Apabila dibantah, maka lelaki itu pun meninggikan suaranya. Pantang tok nenek cakapnya disanggah.
"Ambo cukup pasti, PAS akan menang besar dalam pilihanraya kali ni!" kata Tok Bulan dengan suara yang agak tinggi, menunjukkan tahap keyakinannya. Begitulah Tok Mat Bulan. Setiap pilihanraya, dia akan membuat ramalan dengan penuh keyakinan.
"Ah, ambo tak setuju .. jangankan menang besar, PAS mungkin kehilangan Kelantan kali ini," bantah Mat Dacing. Sejak dulu lagi, Mat Dacing tidak sebulu dengan Tok Mat Bulan. Apa sahaja yang Tok Mat Bulan buat, mesti akan dibantah oleh Mat Dacing. Hinggakan ke satu tahap, Tok Mat Bulan menganggap Mat Dacing ini sebagai seorang yang cukup bebal.
"Kamu ni cakap riak. Islam benci orang bercakap riak," marah Tok Mat Bulan. Riak untuk mengatakan PAS akan kehilangan Kelantan. Cuma seperti selalu, Tok Mat Bulan buat-buat lupa bahawa dia juga riak apabila mengatakan PAS akan menang besar. Betullah apa yang disebutkan, "Melayu mudah lupa". Atau, mungkinkah, "Melayu buat-buat lupa." READ MORE HERE
|