A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Muktamar gagal selesaikan masalah sebenar dalam PAS

Muktamar gagal selesaikan masalah sebenar dalam PAS PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 09 June 2009 08:54

By Zulkifli Sulong (The Malaysian Insider)

PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.

Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.

Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.

Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.

Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.

Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.

Nasharudin dalam laporan medianya pula terus  berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.

Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat yang baru menang Siti Zailah Yusof ketika memberikan ucapan penangguhan di hari terakhir muktamar itu semalam juga menegaskan agar PAS berhenti dari meneruskan rundingan dengan Umno, kalau ada, berhubung dengan kerajaan perpaduan ini.

Zailah berkongsi pandangan bahawa langkah ini memberikan gambaran seolah-olah PAS mahu berbaik-baik dengan Umno yang selama ini menjadi musuh tradisi parti Islam itu.

Ketika membahaskan usul untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rampasan kuasa terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, perwakilan Selangor dari Shah Alam, Khalid Samad mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menyerang pihak-pihak dalaman PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Bagi beliau tindakan PAS akan mengelirukan penyokongnya sebagaimana kumpulan Muawiyah Abi Sufyan yang berjaya mengelirukan tentera Saidina Ali dalam peperangan Siffin dengan cara meletakkan Al Quran di atas tombak bagi menuntut perdamaian selepas mereka hampir kalah.

Kerana menghormati Al Quran, tentera Saidina Ali telah terpedaya dengannya.

"Apakah kita mahu mengulangi tragedi ini dengan menghantar mesej yang salah kepada penyokong kita padahal kita tahu musuh kita mahu memecahkan kita dengan cadangan perpaduan atau perdamaian atas nama Melayu dan Islam ini?" soal Khalid dalam membahaskan isu ini.

Langkah PAS yang hanya mengemukakan usul yang sudah sepakat di kalangan ahli PAS untuk dibahaskan tetapi tidak membincangkan dengan terperinci isu-isu yang tidak jelas sebagaimana kerajaan perpaduan ini juga dikesali oleh para perwakilan.

Usul yang dikemukakan untuk perbahasan adalah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) dan usul intergriti kehakiman. Ketiga-tiganya sememang bukan isu dan sudah sepakat di kalangan ahli PAS dan tidak perlu dibahaskan lagi.

Yang perlu diperbahaskan dan mendapat kata putus secara tuntas dalam PAS adalah kerajaan perpaduan ini kerana inilah isu yang selama ini kelihatan perbezaan pendapat yang ketara di kalangan ahli dan pemimpin PAS sehingga sampai ke peringkat cabar mencabar dalam pucuk pimpinan PAS sendiri tetapi ia tidak dijadikan usul untuk dibahaskan.

Hasilnya, muktamar berlalu tetapi isu utamanya tidak selesai. Menurut maklumat yang saya terima sebuah negeri mahu mencadangkan agar PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu ini.

Namun, bagi saya, PAS belum terlambat untuk menyelesaikan isu ini segera. Empat pemimpin utama PAS perlu duduk semeja dengan segera dan membuat kenyataan bersama mengenainya. Mereka adalah Hadi dan Nasharudin di samping Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.

Ke empat-empat mereka perlu mencapai kata sepakat segera sebelum tafsiran yang berbagai-bagai terus berligar di kepala penyokong dan ahlinya.

Ketika membentuk kabinet baru pasca muktamar PAS ke 55 juga, Hadi dan Nasharudin boleh bertindak menyelesaikan segera isu ini dengan jangan sesekali mengenepikan tokoh-tokoh PAS yang kalah terutama Husam dan Mohamad Sabu. Hilangnya mereka dari kabinet baru PAS sekali lagi akan menghantar signal yang salah kepada penyokong mereka.

Yang paling saya bimbang adalah kalau-kalau Erdogan benar-benar wujud dalam PAS. Yang dibimbangi kalau-kalau Erdogan dalam PAS ini sependapat dengan Erdogan di Turki dan menubuhkan parti baru yang lebih liberal sebagaimana tertubuhkan AK di Turki yang berpecah dari Refah (kini Fadhilat) dan memenangi pilihan raya di negara itu.

Kepada mereka, suka saya katakan kebimbangan saya, kejayaan di Turki tidak semestinya membolehkan idea ini membawa kejayaan di Malaysia. Saya lebih cenderung parti baru di Malaysia akan senasib dengan Hamim dan Berjasa sahaja.

Jika perpecahan ini benar-benar berlaku, maka sahlah teori bahawa PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya ke 13 selepas menang besar dalam PRU-12 lalu. Teori ini hanya mengulangi sejarah pilihan raya PAS yang akan kalah teruk selepas menang besar sebelumnya.

Comments (9)Add Comment
...
written by Bigjoe99, June 09, 2009 08:59:30
A PAS-UMNO unity is Racist and religious-right in nature. How can anyone think its even possisble on both sides except to be racist and religion-crazy. PAS-UMNO unity come into reality. The market would drop by half and we go into recession...
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by lawa88, June 09, 2009 09:22:03
HADI DAN NASHA BOLEH KELUAR PAS DAN TERUS BERTAPA DI BAWA TEMPURUNG KELAPA. "be-end" dan Monyet Khairiiiii tunggu kau dengan pisang monyet... smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 6
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by *********, June 09, 2009 09:55:38
Umno is Haram. PAS must must diassociate itself from the Satanic Umno...More http://*********.********.com/...html#links
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Fuminari, June 09, 2009 09:56:38
beware,anwar n lim kit siang plus all PR leaders...it seems like umno be end was well aware ahead of ur moves all these while!
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Fuminari, June 09, 2009 10:40:33
what the fair minded malaysian want is a social political system whereby there is sufficient check n balance based on a 'two party system'.a unity government would be putting malaysia heading nowhere except back to the same old track of current corrupted to core umno be end's way!!!pas would be paying a high price for that not only inflicting onto themselves after coming all this long way,but destroying what nik aziz n those pas moderates hav achieved thus far.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by jchew, June 09, 2009 11:33:09
Kalau saya UMNO strategist, first job is to break Pakatan Rakyat. UMNO has achieved this by unity talk with PAS. Pas is not learning from history! sigh
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ladasiber, June 09, 2009 11:49:30
Kalau orang bodoh kita boleh ajar. Tapi kalau degil macam Hadi Awang dan Nasharudin ni hanya akan menyebabkan perpecahan dalam PAS. Justeru perbincangan kerajaan PERPADUAN yang akan membawa PERPECAHAN. Mungkin Hadi dan Nasharudin akan beroleh faedah dari perbincangan itu. Mungkin mereka akan berpadu dengan perkara-perkara baharu yang belum mereka dapat dalam PAS. Namun PERPECAHAN dalam PAS turut akan melibatkan PERPECAHAN dalam PR.

Hanay kerana 2 orang pemimpin PAS yang DEGIL ini boleh menyebabkan PERPECAHAN yang amat buruk. Siapa yang MUNAFIK sekarang ini, orang-orang yang degil ini kah atau UMNO kah?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by bodohland_citizen, June 09, 2009 14:25:52
Sungguh sedih Hadi dan Nash tak paham langsung sandiwara BN. Seronok gamat dia orang sampai berpeluk, ah, sungguh romantis. Tapi tak pe, GE 13 (pilihanraya depan) tenguklah kerajaan perpaduan dan TPM Hadi dalam bayangan. smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM