|
Monday, 04 February 2008 00:55 |
|
Pertama sekali saya ingin mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas pemergian Bekas Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan.
Semoga Allah merahmati beliau dan meninggikan darjatnya di akhirat kelak. Himpunan maaf dari saya sekeluarga atas ketidakmampuan kami untuk menghadiri majlis pengkebumian Almarhum Dato’ Ishak Baharum atas sebab-sebab yang tidak dapat kami elakkan. Berbalik kepada tajuk yang diatas, kepada semua rakyat Malaysia anda sewajarnya berasa berbangga dengan kemampuan ekonomi Malaysia. Memang pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya yang mana mampu menjanakan beberapa inisiatif bertaraf mega (giga) yang memperuntukkan belanja lebih dari 100 bilion. Malaysia memang sebuah negara yang kaya. Manakan tidak Abdullah Ahmad Badawi boleh melancarkan empat koridor ekonomi yang bernilai lebih dari 100 bilion (digabungkan) hanya dengan nilai KDNK negara yang kecil. Kini anda boleh boleh berbangga dengan Malaysia kerana akhirnya impian Malaysia untuk memiliki sebuah taman tema (Disneyland Malaysia) akan dirasmikan hari ini. Taman Tamadun Islam (TTI), satu-satunya taman tema (Disneyland Malaysia) adalah seluas 33 hektar dan terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu serta menempatkan 21 replika monumen terkenal di seluruh dunia. Apa yang pasti dengan pelaburan mencapai RM249.3 juta, tentunya taman tema ini adalah lebih bermanfaat (benarkah?) daripada pelaburan menyediakan buku teks percuma kepada semua pelajar sekolah peringkat rendah atau menengah ataupun dari pelaburan untuk menyediakan mesin homeodialysis disemua klinik kesihatan kerajaan agar dapat memudahkan pesakit mendapatkan khidmat dengan harga yang rendah atau percuma. READ MORE HERE
|