A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow KDN Didesak Perjelas Isu Penemuan Senjata Api di Perak

KDN Didesak Perjelas Isu Penemuan Senjata Api di Perak PDF Print
Posted by admin   
Monday, 01 June 2009 00:18

(TV Antara) - Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M-16, berpuluh-puluh kelongsong peluru dan beberapa alat penyerap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Kampung Tawas, Ipoh, baru-baru ini.

Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis sub-mesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

“Ini dalam siasatan…saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Sementara itu menurut Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah ” Penemuan senjata api di Ipoh itu ada perkaitan dengan politik”.

Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak,  Mohd Hafez Sabri, kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua Polis Perak itu amat berat, ini kerana ia akan menyebabkan situasi dan suasana politik negeri itu menjadi lebih membimbangkan dan akan mengeruhkan lagi suasana politik.

Beliau juga turut menggesa supaya ketua polis Perak tersebut perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan beliau dan menjelaskan apakah asas kenyataan beliau itu.

” Persoalannya mengapa ketua polis Perak membuat kesimpulan dengan begitu cepat dalam masa 24 jam beliau terus menyatakan bahawa isu penemuan senjata api itu melibatkan isu politik, padahal sehari sebelum kenyataan beliau itu, beliau meminta agar rakyat bersabar dan tenang , jika ketua polis Perak menyatakan ada kaitan politik beliau mesti dedahkan siapa yang terlibat dan parti mana yang terlibat,” kata Mohd Hafiz.

Mohd Hafez  juga menggesa agar Kemeterian Dalam Negeri membentang satu kertas putih yang jelas tanpa berselindung dalam isu penemuan senjata dalam sidang parlimen yang akan berlangsung pada 15 jun ini, ini kerana tuduhan yang di berikan bahawa ada kaitan isu politik berkenaan penemuan senjata tersebut merupakan tuduhan yang amat berat dan membimbangkan semua pihak.

”Isu yang berlaku adalah di sebabkan kelemahan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, apa yang mereka buat sehingga senjata berbahaya seperti ini begitu mudah dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan yang rapi, selain itu sempadan Negara juga sangat mudah dibolosi oleh penyeludup senjata api dari rakyat negara luar dan rakyat Malaysia, apakah Dato’ Seri Zahid Hamidi hanya sibuk dalam merosakkan suasana keharmonian rakyat negeri Perak, dengan merencana agenda rampasan kuasa terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak?” jelas beliau selepas selesai menghadiri satu mesyuarat di Ipoh, Perak.

Comments (10)Add Comment
...
written by SiHangChai, June 01, 2009 00:21:50
mengapa ini tak dilapurkan dalam suratkhabar?
report abuse
disagree 0
agree 39
...
written by lunas oh lunaih, June 01, 2009 01:07:17
Oleh kerana Ketua Polis Perak kata ada kaitan politik, MAKA wakil rakyat PAKATAN RAKYAT hendaklah berhati-hati..kami amat bimbang akan keselamatan anda semua...Adun BN tak pe sebab polis boleh jaga mereka!!!!!!!!!!!!!
report abuse
disagree 1
agree 51
...
written by citizenmy, June 01, 2009 01:59:19
Looking for reasons to arrest more oppositions?
report abuse
disagree 2
agree 34
...
written by kevinD, June 01, 2009 02:04:30
I agree with Lunas Oh Lunaih totally. PKR folks watch your backs. It is also an indirect threat by BEEE END !! Hire foreign bodyguards folks!! This political war has been taken to another level !!
report abuse
disagree 1
agree 29
...
written by bumiku, June 01, 2009 02:13:09
I think it is more of looking for reason to call for State emergency, just in case PR wins or ends up taking over the govt again.. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 32
...
written by sonofmalaysia, June 01, 2009 03:50:08
it has all the look of a sinister plot and scheme, to intimate Perakian and the opposition . Malaysia is sinking deeper into dark age !!
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by Rohani Hitam, June 01, 2009 04:55:30
Sungguh malang negara Malaysia ini. Dah-lah nama PDRM sa busuk2-nya. Dapat pulak Ketua Polis Negeri yang lebih pandai dari Ketua Polis Negara. Belum sempat Musa nak beri kenyataan sa-lepas penyiasatan awal dah ada pulak yang tunjuk pandai.

Kalau ini-lah taraf Ketua2 Polis kita, sampai bila kita nak maju sa-tapak? Belum lengkap buat penyiasatan rapi dah keluarkan kenyataan ikut sedap hati. Musa di-buat macam tunggul, di-ketepikan atas niat mencari pablisiti sendiri. Tapi BODOH macam lembu. Buat kenyataan serius yang mengandungi unsur2 kenakalan tanpa mengetahui akibat-nya terhadap reputasi PDRM dan negara. Mungkin Dzul ni bercita2 tinggi nak jadi DG. Nahas-lah kamu Dzul. Pencen aja-lah.
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by Tompios, June 01, 2009 06:40:53
Pandailah PDRM ini creating conflict.
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by Ken Liew, June 01, 2009 08:30:18
IF the People have not be named...... MUST RELATED TO BN...... even a primary school can think of.

Newspaper are such a comedy.... they let you know something, But never let you know everything. Such tools are making a fool out of Malaysia.

So, what about the PKFZ?? any NEW news???
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by cllim123, June 01, 2009 14:39:01
Is this the prelude to operasi Lalang III using ISA en masse? Is this how fear is sowed to the people by the Umno rejim ganas?
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM