A+ | A- | Reset
Home

Peguam Chin Peng: Kerajaan Malaysia Tidak Tepati Janji PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 30 May 2009 01:05

(TV Antara) - Peguam kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Darshan Singh Khaira mempersoalkan keikhlasan kerajaan Malaysia menunaikan janjinya untuk membenarkan bekas pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuk Chin Peng pulang ke tanah air kelahiran mereka setelah menanda tangani perjanjian dengan PKM pada 1989.

Dalam satu kenyataan kepada media yang dikeluarkan hari ini beliau mengajukan soalan mengapa kerajaan Malaysia mengambil keputusan menanda tangani perjanjian keamanan dengan PKM yang menamatnya persengketaan antara kedua-dua belah pihak sekiranya ia berniat tidak akan menepati janji yang telah dimeterai?

Sekiranya ini benar bolehkan masyarakat antarabangsa mempercayai mana-mana perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada masa depan?

Darshan Singh berkata menurut perjanjian tersebut kesemua ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa PKM dibenarkan pulang dan tingal di Malaysia termasuk Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh , Zainon @ Ah Yan, Suriani Abdullah, Abu Samah Mohamad Kassim.

Semua kecuali Chin Peng dibenarkan pulang.

Jelas beliau di bawah perjanjian yang ditandatangani yang dikategorikan sebagai perjanjian antarabangsa tidak ada syarat membuktikan mereka dilahirkan di Malaysia.

Darshan Singh berkata menurut sejarah keluarga Chin Peng beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak.

Kedua-dua ibu dan ayah beliau juga dikebumikan di Sitiawan sementara adik beradik beliau juga menetap di Malaysia.

Sebagai anak yang taat beliau ingin memberi penghormatan and menziarah pusara ibu dan ayah beliau kata peguam itu lagi.

Beliau juga ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama cucu dan anak-anak saudaranya tambah kenyataan itu lagi.

PKM telah ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Parti itu dikatakan sebagai parti berbilang bangsa yang pertama ditubuhkan dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Atas inisiatif mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Abdul Rahim Mohd Noor perbincangan dimulakan dengan PKM yang menghasilkan Perjanjian Keamanan yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand di Haadyai, Thailand.

Darshan Singh juga merujuk kepada kenyataan Abdul Rahim yang pernah menyatakan bahawa Chin Peng adalah seorang yang jujur, amanah dan berpegang kepada janji.

Comments (13)Add Comment
...
written by Arowana, May 30, 2009 01:12:17
Too bad Uncle Chin Peng, our UMNO/BN government are racist to the core. Be patient when we wipe them out from office on GE 13.

Then there is a chance for you to be back to home.
report abuse
disagree 4
agree 31
...
written by Cash Money, May 30, 2009 05:13:13

Najis think boy how will I prolong my stay on this seat.

report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by SiHangChai, May 30, 2009 08:21:30
Orang dan Kerajaan kita yang menentang kemasukkan balik Chin Peng sebenarnya tak tahu sejarah dan menilai perjuangan Parti Komunis kecuali melabel parti tersebut seperti pengganas Palestine and Islam-Jemaah. Parti Komunis kini hanya satu fahaman dan sudah tidak memberi sebarang ancaman; malahan negeri komunis seperti Cuba, China, Rusia telah lebih maju dari Malaysia. Apa yang kerajaan, menteri-menteri Melayu dan setengah-tengah orang Melayu ingkar ialah sebab Chin Peng orang Cina. Kalau dilihat perjuangan Parti Komunis Malaya, mereka-lah yang membantu banyak dalam pertentangan dengan tentera Jepun berbanding askar British dan Australia. Mereka-lah yang membantu Malaya mencapai kemerdekaan dari British walaupun kerajaan British telah memburukkan nama dan nasionalisme Parti Komunis dan melabel parti tersebut sebagai parti perosak dan pengganas. Orang British sebenarnya berniat jahat sekarang British telah bermahajela di Malaya dan orang Malaya kaya dan berkuasa masa itu asyik jadi kaki ampun. Orang British adalah bermuka 2 ular sebab Chin Peng ini sekarang berkerakyatan British. Macam mana pula ini terjadi? Tanya kerajaan British yang telah mempermainkan kerajaan malaya.

Walau macammana pun, fahaman Komunis telah lenyap, kabut dan mati di Malaysia, S'pore, Thailand atau pun Indonesia. Kalau berkas suami-isteri Ketua Parti Komunis Malaya boleh diterima balik di Malaysiam maka Chin Peng juga boleh. Beliau hanya mahu menghabiskan riwayat hidup dan mati di tanah kelahiran sendiri dan saya rasa kerajaan Malaysia patut beri peluang atas dasar kemanusiaan.
report abuse
disagree 5
agree 44
...
written by mrbean, May 30, 2009 08:27:54
Kenapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ? Senang aje... Sebab dia bangsa Cina..
Masalah BN sekarang diumpamakan sebagai disebabkan oleh bangsa Cina yang menerajui DAP and segelintir kepimpinan PKR.. Inilah caranya UMNO menunjukkan sifat perkauman and keganasan mereka terhadap bangsa Cina.

Dalam fikiran Umno, tertera ungkapan ini "Ini tanah melayu, maka kamu orang pendatang jangan action sangat. Kami boleh berbuat apa apa yang kami boleh.. baik kamu berdiam diri dan biar UMNO membolot semua wang dan harta benda dari rakyat."
report abuse
disagree 1
agree 39
...
written by Richfyf, May 30, 2009 09:26:50
Chin Peng memang telah berlaku kejam semasa dia menentang kerajaan. Tetapi dia telah menanda tangan perjanjian dah berenti kekejaman itu. Dia masih lagi pegang pada perjanjian itu.

Bila kah UMNO dan Polis akan berentikan kekejam mereka terhadap RAKYAT Malaysia??????
report abuse
disagree 1
agree 23
...
written by garuda, May 30, 2009 09:39:47
All Malay members allowed but not Chinese Chin Peng!! What a joke Malaysia is!! So bloody racist regime in UMNO!!

All of you reading this should by now be terrified with UMNO for this and more, including police judges everything!! shame on UMNO,,,
report abuse
disagree 2
agree 34
...
written by Concerned Malaysian, May 30, 2009 10:00:59
Well serves the chinese right, go and vote for BN again in the next GE and they'll tell the chinese to go back to China worst still to India!Thinklah don't be selfish think of this nation, for all our children future.....the malays & indians have walked the street but not the chinese in masss, why? Just plain selfish.....
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by CWM, May 30, 2009 11:28:20
Concerned Malaysian,
If walking the street in masses will bring immediate change, i supposed not only chinese but all malaysians will do the same. I guess by commenting in this way, u r no different from the racist govt we have today. By the way, hv u walked the street too?
report abuse
disagree 3
agree 5
...
written by ladasiber, May 30, 2009 11:48:13
One mistake that Chin Peng had done is not making the UMNO warlord rich. That is what matter most. Not so much of Chin Peng as Heng Samrin or Pol Pot.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by future, May 30, 2009 12:30:23
They never keep their words and that is TYPICAL UMNO.You will be a fool or an idiots to trust them.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Fuminari, May 30, 2009 12:59:34
ask urself these questions,
firstly,is there any difference between rashid maidin's belief n chin peng's belief as far as the communism idealogy of both are concerned?they were close comrades at one time.why then umno viewed rashid as not a threat of communism revival but big hooha on chin peng??
secondly,where is the integrity of malaysia government of the day concerning the treaty agreed n signed in 1989??does umno be end warrant their own words in the treaty or perhap understand what is a treaty in the first place??these bunches of thieves n bandits are making malaysia a mockery n laughing stock in the eyes of the entire world.
report abuse
disagree 0
agree 8
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by kayukuda, May 31, 2009 13:23:05
helo peguam , biasa lah bagi bolehland tak tepat janji .
lu tidur kah.

lu tak tau meh,semua perjanjian bolehland dgn negara lain mulai sekarang mesti di guarantor-kan oleh OBAMA ?

sorry ah peguam chin peng -- cakap dgn chin peng jumpa najib di Tiananmen utk buat rayuan.tel 04062009

tapi gua tak suka dia balik .
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM