|
Khalid: Benarkan Anwar Bertanding Jika BN Tidak Takut |
|
|
|
Saturday, 02 February 2008 16:33 |
|
Kian sudah jelas bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi akan memanggil pilihanraya umum awal pada bulan Mac tahun ini. Penetapan tarikh pilihanraya memang dalam kuasa beliau.
Walaubagaimanapun, Parti Keadilan Rakyat menyeru Perdana Menteri untuk memastikan tarikh penamaan calon jatuh pada atau selepas 15hb April. Ini supaya Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan, dibenarkan melaksanakan hak asas politik dan melibatkan diri dalam pilihanraya ini.
Dato Seri Anwar Ibrahim sudah lama menjadi mangsa ketidakadilan sejak sabitan pertama beliau pada14hb April 1999. Kedua-dua sabitan beliau telah dikutuk dengan meluas sebagai bertujuan politik, akibat perbicaraan yang cacat dan tidak adil. Akibatnya, hukuman selama enam tahun di penjara Sungai Buloh merupakan penahanan bersifat politik. Sekarang, dengan bukti penyelewengan melibatkan pemimpin kehakiman pada masa itu, ketua peguam negara, bekas ketua polis dan hakim-hakim berpangkat tinggi yang terlibat dalam rayuan Anwar Ibrahim, sudah jelas bagaimana Dr Mahathir mungkin boleh mengarahkan penahanan Dato Seri Anwar dengan bantuan hakim-hakim dan pihak berkuasa yang korup dan bersifat tukang ampu. Mereka ini tidak mungkin menjalankan tugas dengan bebas kerana mereka telah mengkompromi kedudukan sendiri.
Perdana Menteri Abdullah patut mengiktiraf fakta ini dan memastikan beliau tidak menetapkan tarikh pilihanraya umum untuk sekali lagi melucutkan hak Dato Seri Anwar untuk bertanding—seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum 1999 dan 2004.
Kami tidak bercanggah dengan pilihanrya yang awal, tetapi tarikh penamaan calon patut ditetapkan pada 15hb April atau kemudian.
Jika Dato Seri Anwar benar-benar tidak lagi relavan dalam politik Malaysia sepertimana yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu, maka tidak patut ada sebarang keengganan untuk melambatkan pilihanraya selama sebulan untuk membolehkan beliau untuk bertanding.
Rakyat Malaysia patut dibenarkan mendengar idea dan cadangan reformasi yang disokong oleh beliau dan KeADILan. Keputusan untuk bersetuju atau tidak sepatutnya diletak dalam tangan rakyat. Pertempuran idea yang adil patut dibenarkan untuk manfaat negara Malaysia dan masa depannya.
Kami juga menyeru Perdana Menteri Abdullah untuk memastikan bahawa tuntutan-tuntutan untuk mereformasi pilihanraya dilaksanakan sebelum pilihanraya diadakan. Sepertimana yang diseru oleh BERSIH, beliau mesti memastikan pelaksanaan langkah-langkah seperti penggunaan dakwat, pembatalan undi pos untuk ahli polis dan pasukan keselamatan, pembersihan daftar pemilih, dan pembukaan media arus perdana kepada semua pihak.
TAN SRI KHALID IBRAHIM Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
|
"gentleman" dalam context ini tiada kaitan langsung dengan TDM.
Kerana TDM pun bukannya "gentleman" sebab TDM pun sekor pernipu dan cuba tipu dalam mahkamah haidar. walaupun dia sumpah tidak tipu,cuma " i forgot "
.
Nampak nya mahaguru emperor bodohwi ialah TDM.Semua first class acting !
Jika DSAI bukan nya issue dan tidak gugat umno,maka adalah gentleman untuk bodohwi tunggu hingga DSAI boleh bertanding.Baru lah adil, barulah tunjuk sikap orang islam yang wibawa, tunjuk lah sikap pemimpin yang respect kepada challenger. Akan tetapi emperor bodohwi tiap tiap malam mimpi kan nightmare DSAI! walaupun di peluk oleh darling baru bernama jeanne danker.
emperor bodowi tidak akan benarkan DSAI bertanding, malah dalam senarai ISA terdapat nama DSAI , Tian Chua dan beberapa nama dari pembangkang.
senarai ISA itu sudah on standby mode.tanya lah kutu kutu besar dari cawangan khas .Tanya lah tan shit musang (bapak polis).
Mari kita hancurkan dan tamat kan riwayat emperor sedemikian.Kita bersatu padu untuk undi DAP / KeAdilan dan Pas.