|
William: Siasatan Suruhanjaya Tidak Meyakinkan |
|
|
|
Saturday, 02 February 2008 16:31 |
|
Ahli-ahli Suruhanjaya Diraja video Lingam telah mendapati bahawa kenyataan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai manipulasi seorang di sebalik tabir atas Suruhanjaya tersebut bersikap menghina.
Dato' Seri Anwar telah meminta untuk peluang untuk didengar oleh ahli Suruhanjaya atas hal ini. Dato' Seri Anwar ingin memberi keterangan kepada suruhanjaya untuk menyatakan bahawa selepas membaca semula kenyataan yang diberi kepada media, jelas beliau tidak mendakwa bahawa Ahli Suruhanjaya yang menjadi orang yang di sebalik tabir tersebut.
Cara penyiasatan telah dilakukan selepas laporan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) amat membimbangkan.
Kerajaan telah menubuhkan panel tiga orang untuk menyiasat ketulenan klip video tersebut apabila ia didedahkan pada 19 September 2007. BPR tidak mendedahkan kewujudan Cyber Security dan kebolehan teknikal syarikat tersebut untuk mengesahkan ketulenan klip video tersebut. Pengesahan ini telah dibuat dalam masa seminggu sebelum Suruhanjaya mula bersidang. Pihak berkuasa pastinya sedar bahawa Cyber Security boleh mengesahkan klip video tersebut dalam masa beberapa hari selepas ia didedahkan. Pihak berkuasa memilih untuk menyembunyikan maklumat ini.
BPR telah mengeluarkan perintah dii bawah seksyen 22 Akta Mencegah Rasuah 1997, menghendaki Dato' Seri Anwar mengeluarkan klip video yang asal atau beliau akan dikenakan tindakan mahkamah. Walaubagaimanapun, dalam kenyataan ke BPR sendiri, Dato' Seri Anwar mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai klip video yang asal. Sekarang, ia telah dibongkarkan kepada Suruhanjaya bahawa Dato' VK Lingam telah memberi nama dan alamat Loh Mui Fah dan anak lelakinya kepada BPR. Dengan maklumat ini, BPR boleh memperoleh klip video yang asal. Sekali lagi, pihak berkuasa memilih untuk tidak bertindak.
Suruhanjaya ini diperlukan untuk memulangkan keyakinan orang ramai kepada badan kehakiman. Ia bukan sahaja mengenai perlantikan hakim. Ia adalah mengenai kegiatan rasuah di dalam badan perhakiman. Tindakan keras perlu diambil untuk memulihkan situasi ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendesak pihak berkuasa untuk memastikan rangkuman penyiastan Suruhanjaya cukup luas untuk mengambil tindakan yang menyeluruh. Malangnya, rangkuman penyiasatan yang terhad telah merompak kewibawaan Suruhanjaya and oleh itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memanggil Perdana Menteri untuk membetulkan situasi.
Dato' Seri Anwar Ibrahim telah disampaikan sepina untuk menghadiri Suruhanjaya dan memaklumkan Suruhanjaya segala yang diketahuainya. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berulang kali memohon untuk diberi kebenaran untuk memberikan keterangan di mahkamah yang akan menolong penyiasatan Suruhanjaya. Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, beliau akan dapat memberi pertolongan yang bermakna kepada Suruhanjaya.
William J K Leong Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat
|