A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow PULANG KAN KEPADA RAKYAT

PULANG KAN KEPADA RAKYAT PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 12 May 2009 13:05

Malaysia mungkin akan menuju ke daulah gagal jika lembaga-lembaga yang sedia wujud tidak difahami fungsinya. Atau lembaga-lembaga ini tidak bebas dan dibeli dengan rasuah.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Adalah hak orang ramai untuk menentukan siapa yang perlu mereka jadikan wakil mereka.

Penentuan ini bukan hak menteri, bukan hak raja dan bukan hak tuan punya warong nasi kandar atau along penjual nombor tikam ekor.

Dalam sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan – kitab rujukan ialah Perlembagaan.

Justeru dalam kes Perak adalah terbaik untuk di bubarkan Dewan Adun dan di adakan sekali lagi pilihanraya untuk Perak.

Oook aah oook aaah yang berpanjangan tidak sehat bukan sahaja untuk warga Perak tetapi untuk pembudayaan demokrasi di Malaysia.

Pembudayaan demokrasi di tanah air kita ini masih belum melebar luas dan kukuh. Kita wajib bersama-sama meluaskan pemahaman warga tentang apa yang kita junjung sebagai Perlembagaan, perundangan, badan kehakiman, lembaga pembuat undang-undang dan lembaga yang menjalankan dasar.

Semua ini adalah lembaga-lembaga yang yang menjadi tiang daulah. Lembaga-lembaga ini wujud berjalan terpisah dan bersendirian. Jika ini tidak difahami maka daulah akan gagal – failed state.

Daulah gagal bukan satu yang baru. Zimbabwe adalah daulah gagal. Pakistan adalah daulah gagal. Iraq adalah daulah gagal. Afghanistan adalah daulah gagal.

Malaysia mungkin akan menuju ke daulah gagal jika lembaga-lembaga yang sedia wujud tidak difahami fungsinya. Atau lembaga-lembaga ini tidak bebas dan dibeli dengan rasuah.

Justeru inilah sebab utama kita semua menentang rasuah. Kita menentang rasuah bukan kerana kita tidak suka orang dapat duit. Kita menentang rasuah kerana ianya akan memusnahkan daulah. Apabila daulah musnah – musibah nya adalah untuk semua warga. Tidak ada yang terkecuali.

Selama 22 tahun Madey menjadi kepala – rasuah telah membudaya kukuh. Lembaga lembaga daulah – badan kehakiman, media, Perlembagaan - semuanya diinjak-injak.

Satu demi satu keyakinan warga terhadap lembaga-lembaga daulah ini terhakis.  

Keyakinan bukan sesuatu yang boleh dibuat pasang siap. Ianya memgambil masa. Kalau 22 tahun Madey menghakiskan keyakinan warga terhadap media, badan kehakiman, badan kepolisian, pentabiran negara – mungkin ianya akan mengambil masa yang sama untuk mengembalikan keryakinan ini.

Justeru langkah pertama yang bijak untuk mengembalikan ialah mengadakan sekali lagi pemilihan wakil Adun untuk Perak.

Comments (10)Add Comment
...
written by *********, May 12, 2009 13:20:10
Rejim BN/Umno takut berhadapan dengan Rakyat. Dimanakah Raja Nazrin? Rakyat mencarimu Tuanku...More http://*********.********.com
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by arazak, May 12, 2009 14:08:42
Kerjaan Negeri Perak bukan ditentukan oleh rakyaat Perak sendiri, tapi ditentukan oleh; Mat Monggol, Along Taukeh Tikam 4 nombor, Gamuda, Istana dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Dari kacamata rakyaat,ia sungguh menjijikan. . .! Kezaliman yang tiada tolok bandingnya.

Masih lagi mahu menjadi pelanggan bisnes-bisnes Taukeh Along Tikam 4 nombor ekor tu? Masih lagi menghormati kerabat Istana yang bersekongkol tu (saya mohon derhaka)? Masih lagi ingin mengundi parti grombolan Mat Monggol tu?
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by Agahdemo, May 12, 2009 14:16:54
Biarlah warga Perak menjadi penentu najib dan arahtuju mereka....pulangkanlah kuasa pemilihan kepada mereka..hentikanlah pengkhianatan warga Perak.....
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by lampard, May 12, 2009 14:17:12
Sultan hilangkan diri!!! Kelakar betul!!! smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by slash n burn, May 12, 2009 14:33:23
Madey @ Mahatahi Bin Mat Kerala tu memang hantu! Pendatang keling muslim jadi bumiputera pula tu!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by cinapekk, May 12, 2009 14:50:39
Mengundi itu adalah kewajipan rakyat . . .
Mengundi juga adalah HAK RAKYAT !!!
smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by apanama, May 12, 2009 17:41:01
kejahilan pucuk pimpinan umno negeri and pusat memang terserlah.
walaupun mereka dapat mengelakkan dari pilihanraya negeri untuk tahun ini,
namun pilihanraya negeri (DAN PUSAT) tetap

A K A N D A T A N G !!!!!
A K A N D A T A N G !!!!!
A K A N D A T A N G !!!!!
A K A N D A T A N G !!!!!
A K A N D A T A N G !!!!!
A K A N D A T A N G !!!!!
A K A N D A T A N G !!!!!

you can run but you cannot hide from the RAKYAT yang paling BERKUASA. bukan kau najiz masyarakat.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by budakindia, May 12, 2009 19:12:18
Mungkin lepas nie tilam akan dijadikan bahan bukti kot! smilies/grin.gif Hahahahaha! Undang-undang Malaysia! Boleh jalan dah!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by ramlisdar, May 12, 2009 20:23:48
I used to recpect azlan & Nazrin. But NOT anymore
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by BUTEK, May 12, 2009 23:27:08
Inilah yg terjadi bila undang2 penjajah kristian dijadikan undang2 negara... teruskan usaha murni anda menyokong rejim zionist UMNO, pembela undang2 dan bahasa kristian... tiket percuma ke neraka telah sedia menanti anda....

Mahatahi sudah kasi sorok itu setan berak.....
report abuse
disagree 4
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM