A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tanpa Umno rakyat masih mampu kecapi kemakmuran

Tanpa Umno rakyat masih mampu kecapi kemakmuran PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 05 May 2009 11:13

 Oleh Zulharman MN, Harakah

Orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini kini mulai yakin tanpa Umno dan Barisan Nasional (BN) rakyat masih mampu mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan.

Ini dapat dibuktikan apabila rakyat di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak mampu meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa tanpa kerajaan BN.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, masyarakat berbilang kaum mulai sedar retorik Umno dan BN yang memperbodohkan mereka selama ini.

"Sebelum ini ramai di kalangan rakyat dipengaruhi dakwaan kononnya hanya Umno dan BN sahaja yang mampu menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

"Kita pernah dengar kenyataan rakyat Malaysia tidak akan maju tanpa Umno-BN. Sangkaan itu sekarang semuanya meleset," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Pasir Puteh kali ke-50, di sini, kelmarin.

Menurutnya apabila rakyat faham dan yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat secara tidak langsung survival politik Umno akan menuju kehancuran.

Contoh terbaru dapat dilihat pada pilihan raya kecil Bukit Gantang, apabila 85 peratus pengundi Cina dan 65 peratus India memberi sokongan padu kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Muktamar tersebut diadakan di Maahad Saniah dekat sini. Pada mesyuarat itu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamed kekal sebagai Yang Dipertua PAS kawasan biar pun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat pula mengekalkan jawatan Timbalan Yang Dipertua. Manakala Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim memenangi jawatan Naib Yang Dipertua.

Iskandar yang juga anggota Exco kerajaan Selangor berkata, tindakan kerajaan persekutuan menukar Pengarah Jabatan Pertanian di negeri terbabit secara tergesa-gesa boleh membantut usaha meningkatkan hasil padi di Selangor.

Beliau percaya tindakan itu dilakukan orang politik bagi menyekat kepakaran seseorang individu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya daerah Tanjung Karang dan Sabak Bernam merupakan kawasan tanaman padi utama di Selangor.

"Kenapa pegawai yang berjaya melaksanakan projek meningkatkan pengeluaran padi tiba-tiba ditukar," tambahnya. 

Comments (18)Add Comment
...
written by Remo, May 05, 2009 11:28:15
It is true, there is no such thing that without UMNO,MCA,MIC Malaysia will do better.
We have to declare Malaysia as a Republic and do away with all the nonsense the country will prosper.
Why have all these old party,old dog with old tricks can never change the mindset.

Have a two party system and full democracy, everyone will be happy.
No blaming one another.

President rule the country for maximum 2 terms (6 years).
Why politician not supporting this term.
They are all selfish.
Want to be in power for twenty - thirty years.

I think many will agree with me.
report abuse
disagree 2
agree 37
...
written by Remo, May 05, 2009 11:29:43
Correction - Malaysia will do better without UMNO.MCA and MIC.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by onnetline, May 05, 2009 11:36:12
UMNO is the cause of our country's backwardness and non-competitive edge all round ! !

Let's vote the UMNO rubbish out ! !
report abuse
disagree 0
agree 30
...
written by hckit, May 05, 2009 11:38:59
Tanpa UMNO, Malaysia tak perlu bayar Euro114 juta jiak nak beli kapal selam.
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by hiiijack, May 05, 2009 11:48:09
Agreed 1000% and the malay will be better race/muslim.All races will live in harmony.
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by Tompios, May 05, 2009 12:17:51
lebih mampu lagi kalau pemimpin-peimimpin UMNO dimasukkan semua di tahanan ISA.
report abuse
disagree 0
agree 12
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by panca, May 05, 2009 12:42:35
Tanpa Umno rakyat masih mampu kecapi kemakmuran


TENTU SEKALI (CERTAINLY TRUE)
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by mypanida, May 05, 2009 13:13:25
umNO lah PUNCA segala malapetaka dan maksiat yang di hidangkan kepada kita.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Lipanbara, May 05, 2009 13:34:22
This truth needs to be told out loud, so that najib with his rhetorics will start pissing in his pants
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by sydput, May 05, 2009 13:42:59
Tanpa UMNO, kesuluruhan rakyat akan lebih makmur.
Dengan UMNO, hanya segelintir sahaja yang makmur.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by alan cheong, May 05, 2009 13:53:56
AMEN ... all the more so.

Lebih lebih lagi jikalau tanpa umno.
peneroka, perintis ... kesemua mungkin jadi, kalau and pabila umno jahanam lenyap.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by wood, May 05, 2009 14:10:39
"Orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini kini mulai yakin tanpa Umno dan Barisan Nasional (BN) rakyat masih mampu mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan."

Rakyat akan lebih HAPPY HAPPY DAN MALAYSIA AKAN LEBIH MAJU !
smilies/smiley.gif smilies/wink.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by pinsysu, May 05, 2009 14:31:03
Dun agree with the heading "Tanpa Umno rakyat masih mampu kecapi kemakmuran" bcos without UMNO, Msia would have been a lot more sophisticated and developed than our neighbouring country like sinkapor and the exch rate would have been 1:1. for 52 yrs, they have plundered the nation dry! smilies/sad.gif
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by zanie, May 05, 2009 16:21:31
Tak betul ayat tu..sebenarnya tanpa UMNO BN kita teramat-amat mampu hidup seperti rakyat Taiwan, Singapura dan Korea yang dulunya lebih miskin dari kita! Sebab pemimpin mereka makan harta rakyatlah menyebabkan kita dah setaraf Thailand, Filipina...

Alangkah bagusnya jika dapat hidup tanpamu UMNO BN..bilalah nak pi mampus!!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by AUTAR, May 05, 2009 20:32:38
Salah lagi ayat tu, bukan setakat parti parti politik sahaja yang mampu mentadbir negara untuk rakyat malah kita memerlukan pemimpin yang baik untuk mentadbir negara. Dan stu lagi, bukan saja sultan yang di perlukan di malaysia ni jika sekadar makan dan minum pun ditanggung oleh rakyat. Kita kena sedar bahawa kita semua ditakbir oleh allah disepanjang hidup malah mati pun masih ditadbir oleh allah. Kita hanya merencana sahaja.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by dusunbukit, May 06, 2009 14:02:33
Iskandar yang juga anggota Exco kerajaan Selangor berkata, tindakan kerajaan persekutuan menukar Pengarah Jabatan Pertanian di negeri terbabit secara tergesa-gesa boleh membantut usaha meningkatkan hasil padi di Selangor.

UMNO tidak mahu pendapatan petani padi selangor meningkat kerana ini akan memberi kelebihan kepada kerajaan pembangkang. ini memang tipikal UMNO. kalau benar pengarah pertanian ini berkemampuan meningkatkan hasil padi, UMNO harus menghantar pegawai kerajaan ini ke negeri 'fixed deposit' UMNO yang sudah menunggu selama 30 tahun janji kerajaan UMNO/BN untuk meningkatkan hasil padinya. tetapi UMNO jangan mengharapkan pulangan dalam bentuk undi, anggap saja ini sebagai pulangan daripada jasa-jasa negeri itu kepada kerajaan selama ini. sekurang-kurangnya dapatlah kiranya mengurangkan sedikit dosa-dosa UMNO terhadap negeri dan penduduknya.

pokok pangkalnya, rakyat di negeri 'fixed deposit' UMNO akan merasa amat berbahagia sekiranya UMNO padam. rakyat tidak memerlukan UMNO. retorik bahawa hanya kerajaan UMNO/BN boleh membawa pembangunan dan perubahan sudah lapuk seperti konsep 1malaysia. mana-mana kerajaan pun akan melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyatnya, malah mungkin lebih baik daripada prestasi UMNO. jadi, jawapannya.. UMNO boleh mampos..
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Sudahlah tu, May 06, 2009 19:07:05
satu kepercayaan yang dihadiahkan kepada umno oleh nenek moyang kita untuk diperalatkan ......
kini semua generasi muda melayu menjadi golongan OKU yang paling memerlukan banttuan ehsan umno sahaja ......
mereka hanya boleh bekerja dengan bantuan umno sahaja .....
umno memberikan pekerkja kepada mereka sebagai anjing umno di sektor kerajaan agar semua mereka hanya boleh mengundi umno sahaja ...
dengan bdigajikan ala sekadar , bangsa melayu sudah biasa mengadaikan maruah mereka agar tetap mendapat simpati umno...
itulah adat resam baru generasi muda melayu ......... menjadi pengemis di pintu umno .....
mat rempit merupakan puak baru yang didalangi oleh umno agar mereka ini memberi masalah kepada rakyat dan rakyat akan selalu hidup dalam ketakutan ..
anjing kepolisan pula menerima rasuah yang banyak untuk umno .....
anjing kepolisan ini bekerja bagaikan securiti yang biasa kita nampak ....
itulah sahaja ..... TAMAK .... menjadikan manusia itu syaitan.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM