A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow BN kemuka usul pecat Speaker DUN Perak

BN kemuka usul pecat Speaker DUN Perak PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 30 April 2009 01:32

Pakatan tolak atas alasan Setiausaha DUN sudah digantung

(mStar Online) - Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia bersidang 7 Mei ini.

Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, beliau telah menerima surat yang memberitahu mengenai usul tersebut semalam.

"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar).

"Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan.

"Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.

Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut.

"Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.

"Jika mereka mahu pecat dia (Sivakumar) mereka perlu lantik Timbalan Speaker (Lee Yit Foong- Bebas) menggantikan Speaker.

"Tapi mereka (BN Perak) tidak buat begitu kerana Yit Foong(ADUN Jelapang) dikatakan tidak layak kerana itu mereka mahu kemukakan nama yang Speaker yang baru. Mereka( BN Perak) tidak boleh buat andaian-andaian sebegini,"katanya.

Pada 16 April lalu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong menghantar notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei kepada semua ADUN negeri itu.

Sultan Perak juga dilaporkan berkenan menandatangani surat perisytiharan berhubung persidangan berkenaan.

Berikutan itu, Speaker DUN Perak, Sivakumar pada 17 April telah bertindak menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis persidangan tanpa pengetahuan dan persetujuannya terlebih dulu.

SETIAUSAHA SAHKAN

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Setiausaha DUN Perak mengesahkan pejabat Setiausaha DUN Perak telah menerima satu usul pada minggu lepas untuk melucutkan Sivakumar daripada jawatan Speaker DUN Perak pada persidangan DUN 7 Mei ini.

Beliau juga mengesahkan telah menghantar melalui pos, surat kepada semua ADUN mengenai perkara itu yang turut mengepilkan bersama borang pencalonan Speaker baru.

Walaupun Abdullah berkata perkara itu tidak sepatutnya dihebahkan sebelum persidangan DUN itu dilangsungkan, beberapa portal berita internet hari ini melaporkan Abdullah di dalam suratnya menyatakan bahawa borang pencalonan Speaker baru itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran DUN selewatlewatnya esok.

"Surat itu dihantar secara pentadbiran. Ia sepatutnya adalah untuk makluman dan tindakan daripada semua ADUN yang berkenaan," kata Abdullah ketika dihubungi Bernama.

Beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu Exco kanan Datuk Hamidah Osman ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau adalah penyokong usul untuk melucutkan Sivakumar yang dicadangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihantar ke pejabat Setiausaha DUN Perak pada Khamis lepas.

Zambry yang dihubungi pula enggan mengesahkan sama ada beliau ada mengusulkan notis untuk undi tidak percaya terhadap Sivakumar seperti yang dilaporkan media hari ini.

Comments (4)Add Comment
...
written by CPY, April 30, 2009 09:17:34
'Kerajaan Perak' & 'MB' Zambry tak boleh harap. Pertama, jual itu Camry, kedua, tak ikut undang-undang terus rampas kuasa kerana tiada undi tidak percaya terhadap MB Nizar Jamaluddin. Saya harap, Kerajaan Perak, yang dalam buangan akan mendirikan kerajaan buangan(government in exile) di Kuala Kubu Baharu, Selangor, yang merupakan kawasan PR.
report abuse
disagree 1
agree 7
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Aduh, April 30, 2009 09:43:12
beEND !!! Bodoh. Senjata makan tuan. Perlembagaan/peraturan kau langgar habis-habisan. Untuk mempertahankannya, kau terpaksa lakukan banyak lagi pelanggaran .

Rakyat sekarang berilmu dan celik mata. Boleh menilai mana betul, mana salah. Kini kenyanyokan (senile) dan kecelaruan beEND menjadi lebih nyata dan terang. Cuma orang bodoh sahaja tak dapat menilainya.

Tahniah dan jutaan terima kasihlahlah !!!! Kau memudah dan mempercepatkan usaha PR untuk membenam kau ke dalam kubur.
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by asguard, April 30, 2009 10:03:52
Hantu ! that Zambry... is mamak cuci jamban! Always and never will admitted his mistakes! Will have to wait for real elections... then throw and toss them out of the state governement ....betul tak guna langsung!
report abuse
disagree 1
agree 6

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM