A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow SAYA TIDAK MAHU JADI TUHAN

SAYA TIDAK MAHU JADI TUHAN PDF Print
Posted by admin   
Friday, 10 April 2009 18:32

Apa yang berlalu sekiranya kita tersilap. Apa yang terjadi jika kita tersalah tangkap. Apa yang terjadi apabila kita tersalah temu bukti. Apakah kita dapat mengembalikan Derek kepada kakaknya? Tidak mungkin. Kita manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

PEMUDA BUNUH JURUTERA AUSTRALIA KE TALI GANTUNG 

PUTRAJAYA: Harapan seorang pemuda berusia 24 untuk dibebaskan tahun depan selepas mengakhiri hukuman penjara 10 tahun kerana membunuh jurutera warga Australia, Hans Herzog, berkecai semalam apabila hukuman itu digantikan dengan hukuman mati.

RAKYAT MALAYSIA DIHUKUM MATI DI CHINA MAHU TEMUI KELUARGA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang menunggu hukuman mati kerana kesalahan mengedar dadah di Xiamen, China memohon bantuan rakyat negara ini untuk mencari keluarganya sebelum menjalani hukuman itu dalam masa terdekat.

SAYA TIDAK MAHU JADI TUHAN

Iris kesorangan. Selama 45 tahun dia berjuang untuk menyatakan kepada dunia bahawa adiknya Derek Bentley tidak bersalah tetapi telah digantung pada tahun 1952 atas tuduhan membunuh.

Ketika di London saya sering terbaca tentang kesah Iris Bantley yang tidak putus putus menulis surat, berkempen dan menerangkan kepada umum bahawa adiknya bukan pembunuh. Satu kesilapan telah berlaku menurut si Kakak ini.

Menurut si Kakak, adiknya Derek tidak mungkin membunuh walau pun dia berumur 18 tahun tetapi dia bukan anak biasa – biolojinya 18 tahun – akalnya terencat berperangai seperti anak 11 tahun. Juga Derek menghidap sawan babi.

Akhirnya penat lelah setia kakak kepada adik menjadi satu ombak.

Sebenarnya pada ada dua kes besar – tersalah gantung – telah berlaku di Britain. Ini menjadikan masyarakat yang bertamadun jijik terhadap hukuman gantung. Pada tahun 1969 hukum gantung dihapuskan sama sekali di United Kingdom.

Si Kakak tidak putus asa walau pun hukum gantung telah dihapuskan. Apa yang diingini oleh Iris ialah Derek diakui sebagai tidak bersalah. Penggantungan adiknya adalah satu kesilapan.

Pada tahun 1991 Peter Medek membuat sebuah filem tentang Derek – Let Him Have It. Bila filem ini di buka di kota London, pada minggu pertama saya telah menontonnya. Filem ini telaah membawa kesedaran yang lebih meluas betapa satu kesilapan telah dilakukan ke atas Derek – anak muda terencat akal.

Akhirnya pada 29 July 1993 Derek Bentley telah diampunkan. Di pagi itu apabila saya membaca akhbar The Guardian saya telihat gambar Iris. Inilah kesetiaan seorang kakak yang sepanjang hidupnya ingin membuktikan bahawa adiknya tidak bersalah. Di pagi itu saya menghadiah sebuah doa kepada roh Derek agar tiada ada lagi sesiapa pun yang akan di gantung.

Saya adalah insan yang telah melaporkan diri untuk menolak hukuman gantung.

Saya tidak mahu jadi tuhan.

Saya seorang manusia yang banyak melakukan kesilapan. Saya tidak memiliki kudrat untuk mengundi agar si anu hidup atau si anu mati. Saya merasa bahawa manusia tidak memiliki keupayaan untuk mengadili satu insan hingga melucutkan hayatnya.

Betul pembunuhan berlaku. Betul ada kecelakaan. Betul ada mayat yang bergelempangan. Semuanya dibukti betul. Tetapi saya tidak sanggup menjadi tuhan untuk melupuskan hayat sesiapa sahaja.

Apa yang berlalu sekiranya kita tersilap. Apa yang terjadi jika kita tersalah tangkap. Apa yang terjadi apabila kita tersalah temu bukti. Apakah kita dapat mengembalikan Derek kepada kakaknya? Tidak mungkin. Kita manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.

Hari ini China, Iran, Saudi Arabia, Pakistan, Amerika dan Iraq adalah diantara negara yang terus meneruskan mengamalkan hukuman mati.

Sebanyak 93 buah negara telah meghapuskan hukuman mati. Sebanyak 32 negara masih ada hukuman mati tetapi selama 10 tahun kebelakangan ini hukuman ini tidak dijalankan. Sebanyak 64 buah negara masih memiliki hukuman mati didalam perundangan negara.

Undang undang di dalam negara ini - kita sebagai warga yang membuatnya. Apa sahaja yang berlaku dalam negara ini kita sebagai warga adalah bertanggung jawab. Salah benar hukum hakam dalam negara ini kita sama sama bertanggung jawab. Kita tidak boleh melarikan diri dari tanggung jawab ini.

Tanyalah diri kita sendiri apakah kita telah melintasi nilai dendam dan benci sehingga kita sanggup mencabut nyawa. Apakah kita tidak dapat memenuhi nilai kemanusiaan kita untuk melihat bahawa nyawa itu amat berharga.

Saya menolak niat membalas dendam diatas satu satu kes pembunuhan. Saya rasa membalas dendam bukan nilai yang positif. Jika kita mengakui bahawa kita bertamadun maka marilah kita buktikan untuk menolak hukuman mati. Pastilah kita memiliki akaliah untuk mencari hukuman lain sebagai jawapan.

Saya tidak sanggup menjadi tuhan untuk mengundi siapa hidup dan siapa mati. Saya hanylah seorang manusia yang penuh dengan kesilapan.

Comments (16)Add Comment
...
written by educationist, April 10, 2009 19:13:59
Kempen Anti Hukum mati!
Saya setuju dengan pendapat penulis bahawa sepatutnya dijalankan hukuman lain-penjara sepanjang hayat?
Kita semua bukan Tuhan.
report abuse
disagree 6
agree 18
...
written by johanssm, April 10, 2009 19:19:55
Good written article by TukarTiub.
We are not the creator and we have no rights to take away another life.
Mistrial can happen and will happen and it did happened. Wrongly accused cause of manufactured evidences.
report abuse
disagree 3
agree 11
...
written by AsamLaksa, April 10, 2009 20:26:02
I agree. Anti-death sentence.
report abuse
disagree 5
agree 11
...
written by budaktapah, April 10, 2009 21:14:26
yes we are not God. and the act of thinking of we can be God for me is already an insult to God. God is our Creator. God is our provider. God is everything to us. God not & never ever in need of us, but we all are forever in need of Him....we are only qualified to be compared with things & being, but not with God...10 minutes without air we already suffer...so pathetic & so week...

but in the Greatness of our God, He gave to us his guidance & instructions...example, Al-Quran. In which God allows us to Punish the deserve wrong-doer with death...

so, whats wrong?

Its not the death sentences that are wrong, but only us the people/human as the implementor of God instructions, that are wrong..

so again it shows that we are intentionally or not tries to act more knowledgeable than God. God already says Yes...but hey, we think it wrong...so please ban death penalty.

bahhhh...u all ever knowledgeable people
report abuse
disagree 3
agree 14
...
written by budaktapah, April 10, 2009 21:29:27
kita bukan mengundi untuk menentukan siapa berhak hidup atau mati......jika menurut undang-undang Tuhan, mereka ini memang semestinya di kenakan hukuman mati..so be it...

sila buat penilaian dengan sebetul nya. jika Orang Islam suka minum todi tidak boleh di katakan bahawa Agama Islam itu yang tidak betul

jika hukuman mati itu salah di laksanakan. bukan hukuman yang sepatutnya dipersalahkan...tetapi orang yang menghukum dan melaksana kan nya yang salah.

saya sebagai seorang Muslim hanya boleh mengatakan bahawa jIka dalam Islam ianya di benarkan...jadi mengapa kita harus menongkah arus...hukum di dalam Islam di adakan sebab ada musabab dan hikmah nya. Hanya dengan alasan kita tidak nampak apa hikmah di sebalik nya, maka di katakan ianya tidak betul...

oh sungguh lemah dan bodoh nya kita manusia yang terfikir boleh setanding dengan Tuhan....
report abuse
disagree 3
agree 20
...
written by malaysian, April 10, 2009 21:29:34
Pada pendapat saya, Malaysia amat memerlukan hukuman mati, tetapi hanya untuk ahli-ahli politik yang korupsi!

report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by ericio, April 11, 2009 01:03:14
Nobody have any right to take away anybody right.
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by AsamLaksa, April 11, 2009 06:53:43
What's the difference between murder and death penalty? Both have the same result but only one is lawful. Remove the lawfulness it is no difference than murder.

Everyone will generally agree that taking of life is sinful. Buddhism is strict in it's precepts that taking of any life from insects to humans is sinful. Even the ant you accidentally step on is sinful act. Some precepts go as far as valuing the life of plants. A bit extreme? Perhaps but at least there is some clarity of what taking of life means. It's not that it is sinful that matters but rather that if you take any life, you will take the full responsibility be it lawful or not. All life in important in Buddhism.

What of accidental deaths like stepping on ants? Well, you can kill all you want in Buddhist thinking. After all, life is living everyday collecting sin. The price you pay will come in the afterlife and your next life. It is inevitable that everyone sins. Buddha was a sinner. Enlightenment is a sin free state but rather a state where you free yourself from this repeating cycle.

Anyway, enough of Buddhism (I'm not a Buddhist by the way).

To me it doesn't matter if the person is correctly or wrongfully convicted. My position is that you do not need death penalty. It is wrong to take a life, any life. Forget the justifications. Everyone has one. USA says it was justified to invade Afghanistan and Iraq but half the world disagrees. So, tell me, what is the real justification of the death penalty?

A Buddhist preacher once spoke that everyone should seek a state of awareness. Be aware of everything you do and think. So, let's say you go shopping and buy a blue shirt. Be aware of why did you go shopping, why buy a shirt and why did you choose a blue one. In this case, what is your real reason for supporting death penalty?

If your reasons are trivial, superfluous, because somebody told you or irrational, then shouldn't you rethink your position? I was faced with the same question concerning death penalty. I was swinging from between equivocal and in support of death penalty few years back.

What changed my position wasn't about the wrongly convicted put to death. That doesn't stick to me because hey, mistakes happen all the time, even very big ones. So what another person dies because of another mistake? Many more will die of mistakes from various causes in the future and no way can you prevent that. So telling me all the statistics of wrongly convicted and wrongly executed persons go only so far to shake my beliefs but never altered it back then.

What changed my position was that I cannot find any good, morally principled justification for the death penalty. In fact I find the justifications given are entrenched with insecurities and anger. That is not right.

What do you want the criminal justice system to do for you? Punish? Protect? Rehabilitate? Revenge???

To all of you, you go find out for yourselves. Be aware and if you do not like what you find, change it.
report abuse
disagree 1
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by CPY, April 11, 2009 11:17:23
Hukuman mati ni mempunyai satu kelemahan. Kalau kita hukum orang yg bersalah, maka kita tidak dapat menhidupkan mereka semula.
report abuse
disagree 2
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by quietguy, April 11, 2009 12:21:01
Memang kita bukan Tuhan. Sekiranya ada seseorang yang memang disabitkan bersalah dengan kesalahan membunuh tanpa sebab yang sah, apakah hak kita untuk memaafkan dia? Bagi kesalahan membunuh, Islam mengajar bahawa hukumnya adalah balas balik (Qisas) dengan hukuman yang setimpal, yakni bunuh balik. Siapakah kita untuk menghalang perlaksaan keadilan?
report abuse
disagree 0
agree 8
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Blackgiring, April 11, 2009 22:08:34
...bagus benar rencana si Muddin kali ini dan macam selalu ....dia tanya sendiri dia jawab sendiri!!!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Tornado, April 13, 2009 09:48:49
Hukum bunuh atau tidak bukan persoalannya.

Perkara utama menjadi elemen penting adalah penyiasatan, bukti, saksi & perbicaraan. Jika empat elemen ini gagal dilaksanakan secara ikhlas, telus, adil dan saksama, jangan kata hukuman mati, hukuman penjara pun tetap tak betul.

Dalam Islam, hukuman mati (pancung) dibenarkan terhadap mereka yang membunuh (dengan niat sengaja) tetapi perlulah hukuman itu diputuskan setelah semua elemen dilaksanakan secara ikhlas, telus, adil dan saksama.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Pakyeh, April 18, 2009 11:18:35
Tidak ada hukum bunoh dan hukum potong tangan di dalam Islam jika Perundangan Islam bersumberkan AlQuran sahaja.
Sila rujuk "The hard(ying) and the soft(yang) of Islamic Law" di..

http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM