A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Lantik Mukhriz ada campur tangan Tun Mahathir

Lantik Mukhriz ada campur tangan Tun Mahathir PDF Print
Posted by admin   
Friday, 10 April 2009 02:43

(Hrkh) - Perlantikan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Mahathir oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dipercayai desakan dari bekas Perdana Menteri yang paling gembira kini, Tun Mahathir Mohamad.

Demikian ditegaskan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin sambil menyakini penyingkiran Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dari "Pasukan Baru" Najib yang diumumkan petang tadi ada kaitan dengan nasihat Tun Mahathir.

Katanya, kegembiraan Mahathir begitu ketara apabila terus mengumumkan penyertaannya semula ke dalam Umno sebaik Najib dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6. Beliau menyerahkan borang penyertaan Umno bersama isterinya kepada Najib beberapa hari lepas.

Ishak hairan, jika tiada campur tangan Tun Mahathir bagaimana Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda di ketepikan sedangkan Mukhriz pencabar Khairy sebelum ini pada pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno hujung Mac lalu, diangkat menganggotai kabinet.

"Inilah yang dimahukan Tun Mahathir agar Najib jadi PM. Dulupun dia yang beriya-iya mahukan Najib jadi TPM walaupun Pak Lah ketika itu berkeras inginkan Muhyiddin Yassin.

"Sebabnya, Mahathir ada agenda untuk meninggalkan legasi kepada satu-satu anaknya yang terlibat dengan politik Umno iaitu Mukhriz," tegas beliau lagi.

Kalau bukan arahan Mahathir secara langsungpun, tegas Ishak, Najib boleh menterjemahkan rasa "terhutang budinya" terhadap "penderhaka Raja" itu dengan menaikkan Mukhriz dalam persada politik tanahair melalui perlantikan sebagai timbalan menteri.

Bagaimana pun, beliau bimbang jika Najib mengambil Tun Mahathir sebagai penasihat kerajaan atau dirinya selepas ini, negara akan tergadai dalam kemelut dan krisis politik yang lebih besar.

Comments (4)Add Comment
...
written by bknight, April 10, 2009 02:53:48
rakyat bukan nya bodoh, cakap tak serupa bikin.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Fuminari, April 10, 2009 04:06:06
mahatahi was telling the people that ,there's no treasure beneath the king's tomb.
this old kerala crab is a liar,no doubt!!
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by James Loh, April 10, 2009 11:00:45
We must end Mukhriz political life if we want a better future. By allowing this person in politic, he'll continue his dad's practice.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by IbnAbdHalim, April 10, 2009 11:18:16
When losers, be they in general elections or party elections, are made ministers, it simply means that democracy is dead. Majority does not rule. It's a dictatorship. Why have elections?
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM