|
Susahnya menjadi Khairy Jamaluddin |
|
|
|
Wednesday, 30 January 2008 10:57 |
|
Kenderaan SUV berwarna hitam dan bernombor plat KJ10Q meluncur laju memasuki perkarangan PWTC.
{mosgoogle right} Lelaki bertubuh kecil, memakai baju berlengan putih berwarna putih segera turun SUV tersebut sambil tersenyum dan bersalaman dengan beberapa orang lelaki yang menunggu. Dia melambai-lambai tangan kepada mereka yang berada di lobi PWTC. Dia nampak bergaya, lagak seorang Menteri. Itulah Khairy Jamaludin, suami kepada Nori Abdullah, bapa kepada Jibrael Ali Jamaluddin Abu Bakar, dan menantu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dengan tergesa-gesa, Khairy menuju lift untuk naik ke pejabatnya di PWTC. Sebaik saja tiba di pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seorang anak muda terus tunduk salam kepadanya. Khairy tersenyum sambil menepuk belakangnya. Itulah kelebihan Khairy, tidak kedekut untuk senyum. Dia kemudiannya membawa anak muda itu masuk ke biliknya. Selepas pintu bilik ditutup, anak muda yang tadinya ceria tiba-tiba menunjukkan wajah gelisah.
"Saya baru satu penggal, boss," kata anak muda tadi. Khairy hanya mengangguk dan memandang ke wajah anak muda yang kelihatan gelisah itu.
"I think it is unfair to me kalau satu penggal sahaja... Saya minta diberikan satu penggal lagi," kata beliau sambil menunjukkan muka sedih kepada Khairy. Rupa-rupanya anak muda itu adalah seorang wakil rakyat yang baru satu penggal memegang jawatan itu. Dia mendengar khabar angin yang mengatakan namanya akan digugurkan dalam pilihanraya akan datang. Khairy sudah biasa melihat muka sedih sebegitu. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ramai orang bertemu beliau untuk menentukan nama mereka ada dalam senarai calon pilihanraya umum akan datang. READ MORE HERE
|
VOTE BN OUT !