A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Rasuah Umno : Mana kelibat Ezam dan Gerak?

Rasuah Umno : Mana kelibat Ezam dan Gerak? PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 26 March 2009 02:40

(Harakah) - Persidangan Agung Umno telah pun bermula, lagak bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak membuka tirai perasmian sidang Wanita, Pemuda dan Puteri semalam nampak gah dan bersemangat.

Persidangan kali ini merencahkan pelbagai kesukaran kepada Umno selaku parti yang dilihat sedang terumbang ambing.

Pertamanya kerana pukulan maut pilihan raya umum ke-12 dan dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu serta Permatang Pauh yang menatijahkan kekalahan besar kepada Umno/BN.

Namun paling menazakkan Umno ialah perihal rasuah dan penyelewengan yang bergelumang dalam parti nasionalis itu.

Pendakwaan ke atas Dato' Norza Zakaria dan beberapa ketua bahagian pada peringkat awal dilihat hanya sekelumit sahaja 'episod rasuah' yang berlaku.

Namun, apabila beberapa nama besar seperti Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan rasuah dan dengan Ali sudah pasti dikenakan larangan bertanding kerana rasuah, gelombang semakin besar berlaku.

Paling tragis, Lembaga Disiplin Umno dikatakan membuat keputusan terpilih dalam kes Ali dan Khairy, walaupun kedua-duanya nyata rasuah melalui agen mereka.

Namun, segala keputusan Lembaga Disiplin Umno ini pastinya membibitkan perpecahan kerana disatu pihak (Kem-Abdullah) pastinya merasai mereka teraniaya, sementara di pihak lain (Kem Najib) kononnya mahu membuktikan mereka bersih.

Walhal, seperti kata beberapa ahli umno semua kumpulan sama sahaja cuma kumpulan yang satu ini kini mempunyai kuasa.

Betapa hebat pun perihal rasuah dalam Umno dilaporkan media, namun kelibat penentang rasuah nombor satu negara yang pernah menjadikan motto 'rasuah musuh nombor satu negara' masih tidak kelihatan mengulas atau membicarakan perihal ini.

Apakah individu tersebut sudah mula 'sedar' akan parti yang disertai semula itu sebenarnya sebuah parti yang menentang gagasan beliau sewaktu menubuhkan Gerakan Anti Korupsi (Gerak)?.

Beliau yang dimaksudkan ialah bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor yang sejak isu rasuah dalam terdedah hanya diam membisu.

Adapun Gerak yang diperturunkan Ezam kepada anak didiknya, Mohd Nazree Yunos hanya mampu mengeluarkan kenyataan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.

Walhal dalam kes 45 ekor lembu membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Nazree menjadi orang pertama yang melaporkan kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan tersebut.

Nazree dan beberapa rakan mahasiswanya melaporkan sendiri kes tersebut kepada SPRM, dan disambung dengan pelbagai kenyataan kecaman terhadap Khalid.

Natijah laporan itu, Khalid sendiri telah menyaman Nazree selaku Pengerusi Gerak berikutan dakwaan melampau kononnya Khalid menyalahgunakan harga kerajaan.

Saman itu difailkan melalui tetuan Sankara N Nair di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam (24 Mac 2009).

Namun dalam kes rasuah membabitkan Umno termasuk yang telah disahkan rasuah (Ali Rustam) oleh Lembaga Disiplin Umno, Gerak atau Nazree hanya berdiam diri.

Tidak ada sebarang usaha untuk mengemukakan laporan, walhal amat dikehatui umum bahawa Gerak kononnya mempunyai sumber dalaman yang cukup bijak mendapatkan maklumat.

Seperkara lagi persoalan yang juga akan timbul samada engasas Gerak akan membela nasib anak didiknya yang kini berhadapan dengan saman dari Khalid, atau Nazree akan terus bersendirian menghadapinya.

Rakan lama Ezam sewaktu menubuhkan Gerak, Badrul Hisham Shaharin sendiri ada menyatakan perihal Ezam dalam hal ini.

Yang pastinya kata Badrul Hisham, Nazree akan tahu siapa sebenarnya mentornya itu selepas ini, dan perihal rasuah dalam Umno pastinya suatu pengajaran kepada Gerak.

Comments (4)Add Comment
...
written by Darth Vader, March 26, 2009 03:38:43
Gerak itu manalah berani gerak.

Tak takut kah dengan C4? smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif

Baik ubah jadi "Tak Gerak" lah.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by wongnoball, March 26, 2009 04:08:39
Ezam berazam jadi ZERO......hikayat Ezam dah tamat.
Anjing UMNO ni hanya berani keluar bila diseru Tuannya pada Pilihanraya!
Ezam sudah jadi sejarah...keluarganya diHina Rakyat...kasihan lihat Munafik ini tergesa-gesa sentiasa bila peri shopping, bank...takut kena Marah Rakyat!!....Macam Zambry kecut!! smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by mypanida, March 26, 2009 07:54:24
Anjing bernama Ezan sedang mencium bontot anjing bernama Najib samada dia akan di terima kembali dalam gerombolan yang terkini.
Kita Rakyat mesti bersatu dalam penyingkiran mereka sekeluarga and patut menyebarkan segala perbuatan curang mereka.
Kita mesti adakan blog-blog yang melapurkan segala kekayaan dan harta karun yang telah di rompak mereka.Banyak lagi di kalangan anak anak muda kita yang masih ketidaktahuan peranan perompak-perompak negara ini.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by thor, March 26, 2009 09:28:19
Namun dalam kes rasuah membabitkan Umno termasuk yang telah disahkan rasuah (Ali Rustam) oleh Lembaga Disiplin Umno, Gerak atau Nazree hanya berdiam diri.

Pasti lah GERAK itu tak akan bergerak kalo tak di beri arahan olih Ameno. smilies/grin.gif
Kan itu semua orang tau, beri lembu2 utk RAKYAT tak bolih tapi kalo isteri si Penyapu pergi melancong kan luar negeri saperti di Cambodia dgn wang RAKYAT bolih tak masalah, GERAK pun tak buat apa2. Kenapa ya ?

GOD SAVE OUR PEOPLE FROM THE WOLVES
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM