A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow SPRM dan polis perlu siasat Ali Rustam

SPRM dan polis perlu siasat Ali Rustam PDF Print
Posted by admin   
Monday, 23 March 2009 18:31

SEREMBAN, 23 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang didapati bersalah mengamalkan politik wang.

"Saya mengesa supaya SPRM dan polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ali Rustam yang terbukti bersalah dengan rasuah oleh Umno sendiri.

"Saya juga mengesa supaya mana-mana pemimpin Umno yang didapati melakukan rasuah bukan hanya disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno sahaja tapi serah juga kepada SPRM dan polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil," kata beliau.

Beliau turut hairan dengan tindakan segelintir ahli Umno yang mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang telah membuat keputusan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pimpinan mereka sendiri.

"Apa kita lihat yang peliknya sekarang ini ialah mereka sendiri mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin Umno itu sendiri sedangkan ianya diwujudkan oleh pimpinan mereka sendiri," katanya.

Umno kata Zulkefly sepatutnya menyerahkan 900 aduan salah laku politik wang yang dikatakan berlaku di dalam Umno itu kepada SPRM dan polis untuk memastikan ketelusan dan mereka yang terlibat rasuah dapat diadili.

"Semua pemimpin yang bertanding disiasat SPRM dan polis sama ada terlibat dengan rasuah atau tidak dan tugas ini bukan sekadar dilakukan oleh Lembaga Disiplin Umno saja," tegasnya.

Sementara itu, beliau menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Jasin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman, kerana mengatakan SPRM perlu tunduk kepada Umno.

"Kenyataan Hasan itu mengambarkan kedangkalan pemikiran pemimpin Umno yang tidak memahami konsep parti dan kerajaan.

"Negara menjadi kucar-kacir kerana Umno tak boleh bezakan konsep parti dan kerajaan serta mereka menganggap semuanya adalah kepunyaan Umno.

"Umno kena buat kursus supaya mereka ini yang berfikiran kuno dapat memahami konsep pemisahan parti dan kerajaan, seterusnya mengambarkan bahawa Ketua Menteri Melaka pun berfikiran begitu," ujarnya. - mns _

Comments (8)Add Comment
...
written by sahabat, March 23, 2009 19:20:01
Who is Ali Rustam compared to Najib? If the MACC is not investigating Najib for all the controversies surrounding him let alone Ali.

The MACC is only acting under Umno's instruction.

report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by ibabonma, March 23, 2009 19:56:39
Serupalah orang UMNO yang rata-rata berfikiran seperti orang kurang bersekolah dan berminda kecut kerana mengaku Dewan Orang Ramai yang dibina oleh Kerajaan adalah Dewan UMNO.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by justice6, March 23, 2009 21:41:40
semua satu geng...do you all really think they will investigate Ali Baba>?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Fuminari, March 23, 2009 23:08:26
u dare to harbor any hope of righteous move from these already sold out institutions??
these are umno lap dogs!!
the general perceptions are, these dogs would be perished if umno is finished.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by arazak, March 23, 2009 23:18:37
Ali Rustam's political career looks bleak. . ., maybe he should consider changing career.

Perhaps he should call Dato'Shah Rukh Khan and ask him to return his favour by giving him a chance to act in a Hindi movie!!! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Sembahyanglahkamu, March 24, 2009 12:30:56

WHAT MACC !!!!
I THOUGHT THEY ONLY INVESTIGATE CASES REGARDING CARS AND COWS/LEMBU !!!!

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Sembahyanglahkamu, March 24, 2009 12:36:01

ALI RUSTAM !!!!
AHYOOOO CORRUPTED TO THE BLOODY CORE !!!!
NO CURE ALREADY !!!!
BUT A LITTLE BIT BETTER THAN THE BUAYA MOHYHIDIN YASIN !!!!

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Sembahyanglahkamu, March 24, 2009 12:37:36

AND THE NO SPEAKING INGGERIS ROYAL RAPIST !!!!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM