A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah

Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 14 March 2009 08:23

(Hrkh) - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".

Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.

Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.

Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.

Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.

61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.

Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.

Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.

Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, mengulas isu rasuah Umno di dalam blognya, Dr Mahathir tidak percaya ada ahli-ahli parti itu yang akan didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah politik menjelang pemilihan parti itu bulan ini.

"Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah," katanya.

Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: "Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

"Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.

"Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?"

Sekarang, kata bekas Presiden Umno itu, "kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti.

"Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?"

Menurut Dr Mahathir, wakil-wakil ke perhimpunan agong Umno bulan ini "boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.

"Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku Umno dan pemilihan yang akan dilakukan," katanya.

Dr Mahathir mengingatkan, jika pada bulan Mac tahun lalu ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli Umno yang kecewa telah mengundi parti lawan, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan mengundi parti lawan sekali lagi jika mereka lihat Umno sudah diambilalih oleh perasuah.

Comments (15)Add Comment
...
written by myke, March 14, 2009 11:15:19
Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: "Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.
-----------------------------------------------------------------------------------

Kelakar betul Dr mama ni, sebenarnya orang ramai tertunggu-tunggu sejak zaman awak tapi tak terjumpa-jumpa juga sampai kini.

Putar belit ular ni buat tak tahu.
report abuse
disagree 1
agree 31
...
written by Zym Zym, March 14, 2009 11:21:52
We don't mind Melayu from PKR or PAS to rule the country. UMNO? Nah...it's about time they hand the baton to the others. Thank Q UMNO but you are not welcome anymore.
report abuse
disagree 0
agree 53
...
written by Aduh, March 14, 2009 11:45:01
That explains why um...noooooo and beend are dead against bye election and will do anything at any cost not to have it. Malaysia Boleh was not coined for nothing!!! .
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by ibabonma, March 14, 2009 15:00:14
“Selepas ini saya akan kontrol semua kontra-kontrak MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) dan mengagih-agihkannya.”

Inilah ucupan kemenangan oleh seorang Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pand*n selepas beliau menang pemilihan (beli undi) bahagian Pandan tempuh hari.

Inilah petanda orang UMNO adalah lanun yang merompak khazanah rakyat. Siapa lagi yang hendakkan UMNO sekarang ini?
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by Maxxy, March 14, 2009 16:33:13
kalau tak mahu UMNO perintah,tunjukanlah dalam pilihan raya umum yang akan datang.jangan sampai masa itu baru kata,takde masa nak mengundi...
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Vincent, March 14, 2009 16:54:25
Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.

======================================================= =========================

Mereka ini mungkin GILA.
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by tehtarik, March 14, 2009 17:02:56
totally agreed with you, Vincent.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by ROBERTNGTG, March 14, 2009 17:23:04
Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".

Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.

TIME FOR DRASTIC CHANGES.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by shamadz72, March 14, 2009 17:35:08
Ibabonma,

Problem is municipal council like MPAJ is under Pakatan Rakyat. So how the hell is he going to control contract from MPAJ?



report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by onnetline, March 14, 2009 19:00:56
(Hrkh) - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".


These 19% must be our sleepy head, PM followers ......... still sleeping !!!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by asguard, March 14, 2009 20:41:15
Ada pun amal dasar korupsi DALAM PARTI umno pun belum di soal oleh MACC..
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Jit Dharma, March 15, 2009 11:59:40
Can't wait for GE 13. Goodbye BN.We will create a humane
and honest Malaysia after you are gone. Also reform Police and
judiciary.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by kclim2, March 15, 2009 17:33:35
i have said it all along UMNO monkeys corrupt!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by BGs, March 15, 2009 22:05:27
How can we trust a party that is full of corrupted leaders by their own admissions?
We can see for ourselves the trail of blunders & destruction that they had done to the fabric of our society, judiciary, institutions,etc. We are not blind! Fortunately our rakyat had or are starting to wake up to these realities. Fellow citizens who love Malaysia hv to work towards their final downfall to free our beloved Malaysia from their filthy hands even if we hv to patiently wait until the next GE!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by ROBERTNGTG, March 18, 2009 12:14:19
Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".

AFTER APRIL, IT WILL DROP FURTHER TO ONLY 0.19% SHOCKING ISN'T IT???
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM