A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow EKONOMI LAH BODOH... BUKAN RAJA ATAU SULTAN

EKONOMI LAH BODOH... BUKAN RAJA ATAU SULTAN PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 11 March 2009 13:07

Justeru apabila United Malays National Organisation melupuskan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 tidak banyak tentangan dan rintangan datang dari manusia Melayu. Kekebalan Raja ini dilupuskan kerana kuam feudal ini dilihat sedang menjadi penghalang untuk perkembangan kepentingan ekonomi kapitalis.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Pada satu ketika dahulu hampir kesemua manusia Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu ini telah meletakkan taat setia mereka kepada Raja dan Sultan. Ini pada satu ketika dimana manusia Melayu bergantung hidup dengan bercucuk tanam. Sistem feudal – yang bertaat setia kepada raja dan sultan - hanya berakar umbi dengar subur dalam dunia pertanian.

Hari ini Malaysia kita telah berubah menuju ke arah negara perindustrian. Mata pencarian warga tidak lagi hanya bergantung dengan bercucuk tanam. Dari angka bancian, ekonomi negara kita kini terbahagi dua – 50/50 – untuk peratus pertanian dan industri. Kebergantugan kepada sawah dan ladang makin berkurangan.

Justeru semakin kukuh dan meluas ekonomi perindustrian maka semakin longgar dan kurang taat setia warga kepada Sultan dan Raja. Ini hukum alam yang tidak ada sesiapa yang dapat mengubahnya.

Manusia Melayu tradisional sama seperti bangsa-bangsa pertanian yang lain dalam dunia ini akan menunjukkan taat setia kepada sesiapa sahaja yang dinobat dan dirajakan. Kesetiaan kaum tani Melayu tradisonal terhadap Raja dan Sultan bukan tidak bersebab – ada sebab musababnya. Taat dan setia ini muncul kerana punca ekonomi. Keperluan ekonomilah yang menjadikan manusia Melayu setia kepada Raja dan Sultan.

Manusia Melayu setia kepada Undang, Raja atau Sultan kerana susuk-susuk yang telah dinobatkan ini dapat menjamin keselamatan mereka untuk bercucuk tanam. Susuk-susuk ini memiliki juak, pendekar, balaci dan ghurkha yang mengikut arahan. Balaci-balaci ini juga setia kepada Raja atau Sultan kerana kepentingan ekonomi. Taat setia timbul kerana mereka mendapat habuan dan diberi makan oleh Undang, Raja atau Sultan.

Dalam masyarakat Melayu tradisional ekonomi mereka hanya berhuma dan bercucuk tanam secukup hidup. Tidak wujud nilai ringgit, dinar dan dolar. Ekonomi yang bersandar dengan duit dan dinar hanya muncul kemudian apabila datangnya kapal dan jong peniaga-peniaga dari negari Atas Angin.

Apabila kuasa kolonial British sampai maka muncul satu lagi kuasa yang memiliki kudrat yang lebih besar dari kuasa Raja-Raja Melayu. Dalam sekelip mata struktur feudal Melayu berubah. Kuasa kolonial British memperkenalkan sistem ekonomi yang menggunakan nilai ringgit dengan lebih meluas. Ini terus membunuh dan mengalih asas ekonomi sistem pertanian feudal kepada sistem ekonomi kapitalis.

Hukum dan syarat ekonomi kapitalis menjadikan Raja atau Sultan Melayu berrela hati untuk bertaat setia kepada Baginda Queen. Taat setia ini samalah seperti manusia Melayu bertaat setia kepada Raja Melayu – kerana ekonomi. British memberi duit makan kepada Raja-Raja Melayu. Keselamatan Raja dan Sultan dijaga oleh senapang dan meriam British yang kuasa ledaknya beribu kali lebih hebat dari lembing dan keris juak-juak istana.

Apabila British berundur struktur ekonomi kapitalis telah berkembang luas. Buruh dari Cina dan India telah menetap di Tanah Melayu. Mereka datang untuk memburuh. Kaum imigran ini telah terputus dari sistem feudal tanah tumpah darah mereka. Kesetiaan mereka pastilah kepada tuan empunya ladang getah atau towkay lombong. Jika tuan empunya ladang atau lombong gagal menjaga ekonomi mereka maka taat setia mereka akan beralih kepada kesatuan buruh yang akan mempertahankan hak-hak mereka. Kepimpinan kesatuan buruh ini dipilih oleh mereka mereka sendiri. Sultan atau Raja tidak wujud malah bagitu asing dalam budaya kaum buruh imigran.

Perkembangan sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu telah juga memaksa manusia Melayu menjual tenaga mereka untuk mencari makan. Mereka berbondong-bondong meninggalkan kampong kerana tarikan peluang untuk bekerja yang wujud di bandar. Budaya bandar bukan lagi bersetia kepada Undang, Raja atau Sultan. Di bandar sesiapa membayar upah maka dialah yang akan mendapat kesetiaan itu.

Perubahan budaya Melayu ini berlaku juga di semua rancangan Felda. Mungkin ada yang silap faham kerana di Felda kelihatan ekonominya masih menggarap bumi dengan bercucuk tanam. Betul, memang peneroka Felda menggarap bercucuk tanam tetapi bercucuk tanam untuk barangan expot bukan untuk ditanam dan makan sendiri. Justeru manusia Melayu di Felda kini telah menjadi buruh petanian – sama seperti buruh India di estate pada satu ketika dahulu. Peneroka Felda kini telah terikat dalam sistem ekonomi kapitalis global.

Dalam masa yang sama manusia-manusia Melayu di Felda telah tercabut dari akar umbi budaya kampongnya. Peneroka didatangkan dari pelbagai wilayah dan negeri ertinya mereka terputus kesetiaan kepada struktur kepimpinan kampong tradisional. Akhirnya di kawasan Felda muncul struktur kepimpinan baru – kepimpinan yang akan muncul bukan kerana derajat atau keturunan tetapi dipilih dan diundi.

Datuk Undang, Raja atau Sultan semakin tidak memainkan peranan ekonomi untuk manusia Melayu. Malah kaum feudal sendiri mula bergantung dengan kaum pemodal kapitalis. Kerana ini kita selalu mendengar cerita-cerita lawak bagaimana Raja atau Sultan Melayu untuk mencari makan terpaksa menjual gelaran Datuk kepada towkay-towkay. Lihatlah betapa merosotnya nilai kaum feudal Melayu.

Harus di sedari bahawa peranan Raja-Raja Melayu menjaga agama dan adat istiadat Melayu ini hanya di wujud dan di lembagakan oleh British. Peranan ini dilembagakan untuk memastikan kepentingan ekonomi kolonial tidak diganggu gugat.

Jika kita membaca kitab dan menyelidiki sejarah Melayu lama, kita akan dapat melihat bahawa peranan Sultan atau Raja ini amat minimal dalam budaya Melayu. Peranan sebagai ‘pelindung agama’ tidak wujud langsung. Dalam Islam pemimpin agama dipilih bukan melalui darah keturunan tetapi dari mereka yang bertakwa. Malah manusia Melayu telah melihat gaya hidup Raja atau Sultan Melayu ini amat bertentangan dengan falsafah agama Islam itu sendiri.

Semenjak tahun 1957 manusia Melayu telah mula berkumpul dalam badan politik moden. Organisasi politik ini telah berjaya dan di yakini untuk menjadi punca ekonomi manusia Melayu. Justeru manusia Melayu telah berkampong di bawah United Malays National Organisation. Ini kerana mereka dapat mencari makan. Sekali lagi terbukti kesetiaan muncul kerana keperluan ekonomi.

Justeru apabila United Malays National Organisation melupuskan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 tidak banyak tentangan dan rintangan datang dari manusia Melayu. Kekebalan Raja ini dilupuskan kerana kuam feudal ini dilihat sedang menjadi penghalang untuk perkembangan kepentingan ekonomi kapitalis.

Manusia Melayu melihat punca ekonomi mereka akan lebih terjaga di bawah payung United Malays National Organisation dan bukan dari kaum feudal Melayu. Ini membuktikan bahawa kepentingan ekonomi manusia Melayu telah melintasi mitos cinta setia tidak derhaka kepada Raja atau Sultan.

Kebelakangan ini `tiba tiba kita mendengar kembali suara-suara untuk mengembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu. Ini tidak menghairankan – pada satu ketika dahulu orang yang sama juga telah berkempen untuk melupuskan kekebalan ini. Hari ini mereka ini mengembalikan kekebalan Raja Melayu. Kenapa?

Jawabnya bukan kerana mereka cinta buta kepada Raja dan Sultan tetapi kerana punca ekonomi mereka semakin mengecil dan ada yang telah hilang dapor mencari makan. Mereka berharap Sultan dan Raja ( yang mereka tongengkan dahulu ) akan menjadi benteng untuk mempertahankan kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang melahirkan budaya bangsa. Punca ekonomi orang Melayu telah berubah justeru kesetiaan mereka juga akan berubah sama. Manusia Melayu tidak mungkin lagi akan menyembah buta Raja atau Sultan. Zaman itu telah berakhir. Mengundurkan manusia Melayu kembali ke zaman feudal adalah mustahil.

Mewarta dan mengAktakan pelbagai bentuk undang-undang agar manusia Melayu kembali setia kepada Raja dan Sultan juga amat mustahil. Tetapi perangai dan tingkah laku Raja dan Sultan boleh berubah jika mereka memiliki kesediaan untuk mempertahan dan menyebelahi kepentingan orang ramai.

Comments (14)Add Comment
...
written by allangan2006, March 11, 2009 13:36:50
UMNO mengajak orang-orang Malaysia supaya bodoh ekonomi tapi pandai sodomi.
report abuse
disagree 0
agree 44
...
written by Heaven8402, March 11, 2009 13:43:19
Macamana nak taat pada Raja dan Sultan jikalau kepentingan dan keperitaan rakyat tak dijaga dan difahami????!!!!!!
report abuse
disagree 4
agree 66
...
written by mountainking, March 11, 2009 14:06:29
adakah raja-raja melayu menolong dan cinta kat rakyat jelata. rakyat jelata berkerja rajin dan tungkus lumus untuk support keluarga dan juga lifestyle raja-raja. adakah raja-raja pernah menyumbang kembali kat masyarakat?

1. dimanakah raja-raja dan anak-anaknya belajar? UK, US, Eropah... dimanakah rakyat jelata belajar? diploma pun tak sampai
2. rakyat berkerja kuat dan pun tak cukup duit untuk balik kat anak-anak .... pernahkah raja-raja tahu makna kebuluran dan tidak ada duit beli buku teks?
3. raja-raja guna kereta mewah .... rakyat tak ada duit pun beli motosikal
4. raja-raja tinggal kat istana mewah .....keluarga kat terengganu dan kelantan tinggal kat tepi jalan
report abuse
disagree 1
agree 90
...
written by chin, March 11, 2009 14:21:47
An excellent thesis on the human psyche.

Human beings have always been driven by Maslow's pyramid of needs.

The need for food and shelter are the most basic of all. And it is in these times that people will see that UMNO's greed and self-serving attitude will not serve their needs.
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by Tornado, March 11, 2009 14:47:22
Tepat, padat dan ringkas.

report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by hakuna, March 11, 2009 15:22:37
A well analysed piece, goes right into the core of human behaviour.
It is a matter of survival.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by karpi77, March 11, 2009 15:30:06
"Harapkan pagar,pagar makan padi"
"Harapkan UMNO bagai membunuh diri"
"Harapkan Raja, Raja juga sukar di percayai"(mohon sembah derhaka Tuanku)
"Harapkan siapa lagi kalau bukan waktu mengundi(faham faham ajer lah...)

report abuse
disagree 2
agree 31
...
written by ChotS, March 11, 2009 17:11:31
karpi77, don't need to sembah to anyone. I'm not believe to royal, raja or sultan since long time ago because they don't provide anything not even they represent me as malay and hell no they represent Islam.they are just a bunch of people who just happen to be born in the so called royal family.
report abuse
disagree 1
agree 25
...
written by zanie, March 11, 2009 18:21:07
Yes true, some people just got lucky by being born as royal blood. But what they do to deserve the rakyat? They got paid with hugh income, living in palaces, even we pay them in case they want to travel around the globe...

What is their contribution? Nehi...(mohon derhaka again)
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by cruzeiro, March 11, 2009 18:32:10
There is much truth in what you say, Sham - and well said, too.
Indeed - that the system of Monarchy "protects" the economic/cultural/ religious interests of a certain ethnicity/group is nothing but a myth.
The same can also be said of the capitalist system, which controls the masses though.
It is truly sad that people do not see this.

Anyway - as things are, a Constitutional Monarchy as in Malaysia, definitely does have a role to play(whether they realize this or not) in the bigger picture. It is no longer that of defending "Ketuanan Melayu" or "Islamic Affairs".
As the Head(s) of State, the office of the Raja-raja Melayu is actually meant to provide a "balance of power" as a countercheck mechanism in statecraft. That it is relegated by Umno/BN to the role mentioned above is actually an insult to the office.
That office is meant to protect the rights of all the rakyat, regardless of color/race or creed.

It's about time some people shape up and realize their duties instead of tempting the fate that awaits them in time to come, should they refuse to change - like UMNO.....

report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by future, March 12, 2009 00:18:38
Apalah Raja atau Sultan tanpa rakyat yang menjujungnya?
Sejarah telah membuktikan kuasa dan kedudukan Raja atau Sultan lupus setelah rakyat
tidak lagi bersama mereka.Didalam erti kata lain Raja atau Sultan tidak akan ujud tanpa rakyat dan bukan sebaliknya.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Blackgiring, March 14, 2009 14:12:52
.....MUDDIN..Raja ke atau Sultan ke zaman sekarang ini semuanya bersekutu dengan rakyat tak kira Melayu, Cina, India atau mat salleh atau bangsa-bangsa lain untuk berniaga dengan membuka syarikat....tapi kalau berlaku sesuatu yang bersalahan/jenayah dalam akta syarikat yang dilakukan oleh sang Raja dalam urusan perniagaan... tindakan tidak boleh diambil sebab ada kekebalan...bila kekebalan ditiadakan maka segala urusan perniagaan berjalan dengan penuh berhemah mengikut undang-undang... kalau dah bersekutu sampai begitu sekali tentulah duduk sama rendah berdiri sama tinggi dah...sekarang ini...ko pun tentu suka kalo dapat bersekutu dalam perniagaan dengan Raja atau Sultan....tak gitu MUDDIN????
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by xnazrix, March 15, 2009 12:13:15
raja adil raja di daulat..
raja zalim raja disanggah!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by inoi, March 18, 2009 18:59:55
RajaKapoor atau RajaSamy apa macam?. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM