|
KAMAL AMIR MENULIS APABILA kebenaran disembunyikan dan pembohongan dipertahankan, korupsi tidak lagi dilihat jijik atau jelek. Kerakusan pemimpin melakukan perhambaan minda rakyat bukan sekadar mengongkong kebebasan bersuara, malahan rumah pasong pastinya semakin sesak untuk dijadikan rumah rehat para pejuang bangsa.

{mosgoogle right} Penangkapan keatas 56 orang demonstran yang terhimpit dan jerih menghadapi hari-hari suram kesan kenaikan harga barangan merupakan bukti nyata bagaimana percaturan pemimpin melakukan tindakan bacul dan dayus mengongkong suara rakyat dalam kepongahan berselindung di sebalik undang-undang. Lebih malang lagi bila kalangan masyarakat media arus perdana bersedia pula melacurkan dunia kewartawanan sebagai upaya mempertahankan pemimpin yang semakin jelek di mata rakyat. Kehadiran Abdullah Ahmad Badawi di Persidangan Menteri-menteri kewangan dunia di Davos cuba ditonjolkan sebagai pakar ekonomi serta dikagumi dunia bermodalkan retorik jelek Islam Hadharinya. Meskipun dia hanya berucap dalam dua sesi sidang pleno lazimnya dihadiri oleh tujuh lapan orang sahaja namun media arus perdana menggambarkan seolah-olah Imam mazhab compang-camping itu berucap di hadapan ribuan hadirin. Satu ketika dahulu mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadiri sidang tersebut sebagai penyampai ucaptama forum tersebut memang tidak dinafikan beliau mampu meraih yakin pimpinan dunia luar kerana wibawanya amat tersohor. Begitu juga mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah turut sama diberikan kesempatan menyampaikan ucapan pada sesi sidang forum dengan dihadiri oleh ribuan pemimpin seantero dunia. Namun, kedua-dua pemimpin tersebut tidak pula mendabik dada mahu digambarkan sebagai orang hebat atau tersohor meskipun dunia benar-benar mengiktiraf kehebatan kedua-dua mereka. Anehnya Abdullah Ahmad Badawi yang sekadar menyampaikan pandangan di peringkat sidang pleno dengan jumlah pendengarnya paling ramai sekadar 10 orang cuba digambarkan oleh media arus perdana sebagai cukup berketerampilan serta mempunyai aura kepimpinan tersohor. Cukup menjijikkan percaturan sedemikian. Lebih melucukan apabila persoalan Islam Hadhari dijadikan topik maha penting yang menjadikan pemimpin dunia mengkagumi Abdullah. Bagaimana pemimpin Barat bermahzab pelbagai agama bukan Islam boleh percaya serta yakin dengan formula Islam Hadhari? Ternyata begitu jengkel dan jumudnya percaturan media arus perdana memusingkan minda rakyat untuk menjadikan Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai pemimpin hebat, lebih-lebih lagi disaat menjelang kehadiran musim pilihan raya. Sebelum ini turut dilaporkan kenyataan pimpinan PAS Kelantan menyelar Anwar Ibrahim oleh media arus perdana sedangkan meneliti setiap ucapan Menteri Besar negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak pula terdapat mana-mana kenyataan Nik Aziz membelasah pimpinan Keadilan. Di sinilah semakin terserlahnya percaturan media arus perdana yang sanggup melacurkan bidang kewartawanan hanya kerana bernawaitukan “tembolok” dan mahu membawa pulang keberhasilannya sebagai menyara anak isteri tanpa sedikitpun merasa malu dan bersalah oleh perlakuan serba menjijikkan itu. Mantan wartawan akhbar The Malay Mail Akhiruddin Attan lewat halaman maya “Rocky Bru” mendedahkan secara terperinci bagaimana ujud sebahagian dari kalangan wartawan yang selayaknya digelar “WARCAWAN” yang melakukan pemesongan berita untuk menjatuhkkan mana-mana pemimpin atau menyembunyikan pelbagai kemungkaran serta kepongahan pemimpin yang bersikap “musang berbulu ayam”. Sewaktu bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu berhubung kenyataannya yang tersiar di pelbagai arus perdana kononnya arkitek ekonomi bangsa itu dikatakan membelasah PAS., malahan menurut laporan tersebut seolah-olah pemimpin yang terkenal dengan sikap sentiasa berhemah digambarkan berada dalam sengketa dengan parti PAS. “Saya sebenarnya sudah lali dengan perlakuan segelintir media yang seringkali mencari pelbagai keburukan terhadap diri saya. Bukan sekadar fitnah dilemparkan terhadap diri saya, malahan pelbagai upaya dilakukan untuk mencari salah. Namun begitu saya tidak marah kerana saya faham mereka diarahkan untuk melakukan tindakan sedemikian. “Dulu saya difitnah terlibat dalam skandal BMF walaupun ketika itu saya tidak langsung ada kena mengena dengan Bank Bumiputra yang diletakkan di bawah pentadbiran secara terus kepada Perdana Menteri. “Saya difitnahkan dengan pelbagai isu, termasuk soal-soal korupsi. Sedangkan sejak menyertai politik yang terasuh di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak saya memang memusuhi penyelewengan serta korupsi. Berkali-kali saya katakana korupsi adalah musuh yang boleh menghancurkan negara. “Ternyata hari ini korupsi bukan sahaja menjadikan rakyat dihimpit kesukaran untuk hidup selesa di negara yang begitu kaya-raya, malahan sudah ada elemen memperlihatkan bagaimana kedaulatan negara kita semakin terancam. Saya amat menentang korupsi. Namun begitu sebahagian daripada penggiat media massa sanggup menuduh saya pula melakukan korupsi. Cukup tidak masuk akal,” ujar Tengku Razaleigh penuh kehampaan. Menyentuh persoalan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini rakyat amat mengharapkan agar ianya benar-benar dapat diterjemahkan secara nyata. Malahan sudah sampai masanya akhbar diberi kebebasan untuk membebaskan minda rakyat agar tidak terus diperhambakan mengikut acuan pihak-pihak tertentu. Media massa mutakhir ini semakin gagal berperanan sebagai jurubicara rakyat mengakibatkan reputasi masyarakat wartawan semakin dilihat jelek oleh masyarakat. Contoh terbaru apabila perhimpunan di Menara KLCC dilaporkan seolah-olah kalangan demonstran dilihat sebagai petualang negara. Sedangkan realitinya mereka melakukan jihad untuk menyanggah kebobrokan pemimpin yang semakin hilang kawalan terhadap untung nasib rakyat. Dalam situasi sebegini kita sekadar ingin bertanya mampukah akhbar arus perdana menyiarkan gambar Abdullah Ahmad Badawi berkucup-kucupan dengan isterinya di khalayak ramai sedangkan semua tahu perilaku sedemikian tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pemimpin negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi serta kaya dengan peradaban ketimuran. Mampukah akhbar arus perdana menyiarkan secara jelas bagaimana pengkayaan kroni dilakukan oleh kalangan orang keliling? Bersediakah mereka menyiarkan berita korupsi pemimpin secara berterus terang tanpa berselindung di sebalik akta cetak dan akta rasmi “OSA”? Tanpa adanya laman-laman internet yang berinteraksi sesama pelayar mayanya rakyat tidak, mungkin mengetahui bagaimana lesunya Abdullah untuk sentiasa tertidur di beberapa acara rasmi di dalam mahupun di luar negeri. Begitu juga persoalan pembohongan yang dilakukan oleh seorang perdana menteri untuk menipu rakyat kononnya kekayaan anaknya tidak terjana dari hasil pemberian kontrak kerajaan mahupun syarikat milik kerajaan seperti Petronas dan lain-lain agensi. Bersediakah media arus perdana mendedahkan percaturan licik menantu perdana menteri berhubung penguasaannya dalam ECM Libra? Bagaimana pula dengan persoalan skandal penyelewengan pembangunan PKFZ di Pelabuhan Kelang yang melibatkan menteri serta bekas menteri membaham harta rakyat berbilion ringgit? Apakah ada kesanggupan mana-mana media arus perdana menyiarkan secara terperinci berhubung isi kandungan laporan Ezam Mohd Noor Pengerusi Gerak berhubung jenayah koprat yang dilakukan oleh pemimpin bergelar menteri? Sudah sampai masanya rakyat melihat, membaca dengan mata hati bagaimana pembohongan, penipuan serta penyelewengan fakta dilakukan oleh segelintir masyarakat wartawan yang tidak bertanggungjawab untuk terus melakukan perhambaan minda ke atas rakyat. Selagi adanya media massa yang rela melacurkan kerjaya kewartawanannya maka selagi itulah penjenayah kolar putih terlindung dari sebarang tindakan, dan selagi itu jugalah kehidupan rakyat terus terkongkong untuk terbelit melalui hari-hari yang cukup suram. Abdullah Ahmad Badawi dilihat, digambarkan oleh media sebagai pemimpin yang cukup maksum meskipun realitinya di sebalik lakonan sebagai muslim yang baik, sebenarnya Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin lemah,dangkal serta bersekongkol melakukan khianat terhadap rakyat. Fikir-fikirkanlah.
|
The policy which are unreasonable and unfair were applied. Only to benifits the Umnos, as we rakyat work double hard to get a living. Say what ever they like, since that Umno are enriching themself by a few signature, other then that, they do nothing and get rich. Dont tell me its fair.
And until age 75 we are still slaved to the Umno. And How many of us will live till age 75? And this all what Umno said, they never ask us the rakyat like it or not.