A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Sidang tergempar DUN ditangguhkan, tiga usul diterima sebulat suara

Sidang tergempar DUN ditangguhkan, tiga usul diterima sebulat suara PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 03 March 2009 11:51

(Hrkh) - Sidang tergempar DUN yang telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan telah ditangguhkan setelah tiga usul yang dibawa telah diterima secara sebulat suara ahli Dewan.

Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.

Usul kedua untuk membubarkan DUN dan menyokong keputusan Speaker menggantung Dato' Zambry Kadir dan enam Exco kerana menghina Dewan telah diterima sebulat suara juga oleh ahli Dewan.

Speaker DUN V Sivakumar telah menangguhkan sidang tersebut dan akan mengadakan siadang medianya sebentar lagi berhubung usul yang dilakukan di Sidang Tergemnpar DUN.

Difahamkan Sivakumar akan memaklumkan perkembangan dan keputusan sidang itu kepada Sultan Perak Raja Azlan Shah dalam jangkamasa terdekat.

Sidang yang diadakan di bawah sepohon pokok, dihadiri semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Nizar dalam pada itu memaklumkan bahawa sidang itu terpaksa diadakan di bawah pokok akibat larangan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan menyatakan sidang itu sah mengikut prosedur yang telah dijalankan seperti biasa sebelum ini.

Sementera itu, pasukan peguam Sivakumar ditolak Mahkamah Tinggi di sini untuk mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar bagi mengendalikan kes beliau.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Riduan Ibrahim selepas menemui kedua-dua pasukan pembela dan plaintif kira-kira 30 minit di kamarnya.

Alasan yang diberikan Riduan adalah pasukan peguam yang dilantik Sivakumar tidak layak untuk mewakili Speaker tersebut. Perkara itu diumumkan oleh ketua pasukan peguam tersebut, Tommy Thomas.

Comments (14)Add Comment
...
written by ibabonma, March 03, 2009 12:04:36
Satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Manusia Moden.

Tuan-tuan dan Puan-puan, inilah kegilaan UMNO (Untuk Melayu No otak).
report abuse
disagree 3
agree 102
...
written by ibabonma, March 03, 2009 12:09:27
chanatak, legally he cannot refuse to receive the Speaker, YB Siva (Raja Siva).
report abuse
disagree 2
agree 49
...
written by farah, March 03, 2009 12:24:17
even the perak royals c't act accordingly (even if their consicence kills them) to the rules cause who can over rules DPM Najip!
report abuse
disagree 3
agree 20
...
written by Old Man Jasin, March 03, 2009 12:26:55
OMG,
Perak State Assembly has to hold its emergency sitting of the State Legislature under a rain tree. Is this the bush land of Africa ? What a mockery to a demoncratic country called Malaysia !

For those who started this political fire , now you are stopping others to light another fire to brighten your deed
report abuse
disagree 1
agree 30
...
written by Zym Zym, March 03, 2009 12:32:19
The world is laughing at us! Can we not do something more dramatic and bloodier??? Let the "revolution" begins in the state of silver. Bring it on and flame it up, Perakians. Set the "tipping point" for us.
report abuse
disagree 2
agree 31
...
written by carribeanking7, March 03, 2009 12:34:43
UMNO youth , what are you waiting for, quick go make a police report against the tree for hosting the state assembly.
report abuse
disagree 2
agree 52
...
written by fromamovingtrain, March 03, 2009 12:44:14
I'm saying it yet again; raja adil raja disembah, raja zalim boleh podah.
report abuse
disagree 2
agree 30
...
written by wongnoball, March 03, 2009 12:55:41
Ketua Polis Perak dan orang suruhan dia patut di HERET Ke Mahkamah melalui "Citizen Arrest" kerana menghalang, MENGHINA serta MenDERHAKA kepada Sistem Pelembagaan Malaysia.

Apa yang belum regim kejam ganas UMNO, telah pun di lakukan di Perak Hari INi!!

Tunggu apa lagi...Hapuskan UMNO dan Barisan Najis SEGERA!!
report abuse
disagree 2
agree 31
...
written by Wak Din, March 03, 2009 13:01:40
Daulat tuanku, Daulat tuanku, Daulat tuanku,
Mohon patik merangkak sembah memohon perkenan.
Wak mohon tuanku dapat mengambil peluang ini membetulkan yang tersalah.
Daulat tuanku.
report abuse
disagree 2
agree 19
...
written by GoMalaysian.********.Com, March 03, 2009 13:17:14
Harap Tuanku dapat mempertimbangkan apa yang dikemukakan semasa Persidangan DUN Perak tadi!

Daulat Tuanku!

Kembalikanlah Demokrasi Kepada Rakyat Perak!!!




http://gomalaysian.********.com/
report abuse
disagree 1
agree 37
...
written by farah, March 03, 2009 13:29:24
Malaysian Law in mochary, PDRM one sided, UMNO BN government bulluying the Rakyats & Oppositions Leaders, enough is enough, we should have another 'BERSIH', let the whole world see and hear our plights for DEMOCRACY is in practise.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by macanhitam, March 03, 2009 13:33:29
Compilation of pics;
http://www.facebook.com/album....84&l=a321e
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by cahaya, March 03, 2009 14:35:26
News travels fast! Reports about the Perak State Assembly convening under a tree are already appearing on international news websites. Below the Associate Press report on International Herald Tribune website.
http://www.iht.com/articles/ap...litics.php
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by anakperlis, March 03, 2009 22:56:15
Sebulat suara kita Rakyat Malaysia boleh menyatakan bahawa BN/UMNO telah MEROGOL demokrasi di negeri Perak. Kalau sokong tolong tambah markah "agree"
report abuse
disagree 0
agree 7

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM