|
(Utusan Malaysia) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara telah bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12.
{mosgoogle right} Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau juga berpuas hati dengan persediaan-persediaan yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan BN negeri-negeri. ‘‘Lawatan-lawatan dan pertemuan yang dibuat oleh saya di seluruh negara mendapati semua jentera pilihan raya BN telah menyediakan semua peralatan, infrastruktur serta anggota-anggota parti juga telah menjalani kursus yang perlu untuk berhadapan dengan pilihan raya,’’ katanya. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Wilayah Persekutuan di Dataran BN Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi BN Wilayah Persekutuan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Najib memberitahu, beliau juga telah mengarahkan supaya jentera pilihan raya BN memperkemaskan beberapa persediaan yang didapati masih lagi kurang. ‘‘Saya juga telah meminta semua anggota-anggota jentera pilihan raya BN agar mempertahankan semangat dan keazaman untuk memastikan parti menang pada pilihan raya umum akan datang,’’ katanya. Ditanya mengenai persediaan parti-parti komponen BN lain, beliau memberitahu, arahan telah dikeluarkan agar mereka membuat persediaan yang sepatutnya. ‘‘Saya telah meminta parti-parti komponen BN melakukan persiapan masing-masing dan berharap jentera pilihan raya mereka dipertingkatkan. ‘‘Anggota-anggota jentera pilihan raya terutama di peti-peti undi telah diminta bergerak terutama dalam membuat tinjauan pengundi,’’ katanya. Mengenai BN Wilayah Persekutuan, Najib memberitahu, misi mereka ialah untuk mempertahankan sembilan kerusi Parlimen yang dimenangi. Katanya, beliau juga telah meminta BN Wilayah Persekutuan berazam untuk menawan empat kerusi yang dimenangi oleh pembangkang terutama kawasan yang undi majoritinya adalah kecil. Najib memberitahu, kerusi-kerusi Parlimen yang perlu dirampas oleh BN Wilayah Persekutuan ialah Kepong, Cheras, Seputeh dan Bukit Bintang yang memperlihatkan undi majoriti pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 adalah kecil.
|
Sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai tanggungjawab memastikan pilihanraya bersih. Sukarela serta ikhlas membantu jentera pilihanraya pembangkang, badan bebas atau menjadi ‘pemerhati berkesan’ waktu pilihanraya nanti dapat seimbangkan kekuatan jentera pilihanraya BN yang mewah dari melakukan apa jua helah, rasuah dan penipuan. Laporkan jika ada sebarang penipuan dan pelanggaran undang-undang pilihanraya. Bersatu menentang apa jua ketidakadilan dan pelanggaran undang-undang.
Perkara berkenaan kemaskini daftar pengundi juga amat penting. Isteri saya mendaftar awal November 2007 tapi dah lebih 3 bulan dalam semakan online SPR tiada maklumat pendaftaran lagi. Ramai pengundi muda serta golongan rakyat Malaysia yang sebelum ini berkecuali(malas fikir tentang politik) dah mula sedar pentingnya pilihanraya baru mendaftar sejak kebelakangan ini. Harap 'pihak yang berkenaan' dapat desak SPR mempercepatkan proses pendaftaran pengundi baru. Data pengundi semasa juga perlu betul dan dikemaskini. Tiada peluang untuk pengundi hantu. HIDUP DEMOKRASI... Terima kasih.