A+ | A- | Reset
Home

Perjuangan jalan raya mesti diteruskan! PDF Print
Sunday, 27 January 2008 13:01

(Harakah) - Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berpendapat perjuangan jalan raya seperti demonstrasi dan perhimpunan rakyat mesti diteruskan kerana kaedah tersebut sahaja yang boleh menentukan perubahan besar sama ada dalam pilihan raya dan demokrasi negara.

{mosgoogle right} Katanya hanya melalui 'jalan raya', pemerintah akan gentar dan sedar akan kebangkitan rakyat yang semakin jelak dengan segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku selama ini.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup takut dengan demonstrasi dan himpunan rakyat kerana melalui itu rakyat akan tahu kesalahan dan terdedahnya rahsia penyelewengan.

"Sebab itu pelbagai cara dilakukan seperti tidak beri permit, halang himpunan dan buat tangkapan seperti yang berlaku hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dua minggu lalu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur kerana menghadiri prosiding perbicaraan kes melanggar perintah larangan berhimpun di bangunan Parlimen pada 11 Disember tahun lalu.

Turut dituduh dalam insiden itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli,Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Dr Lo' Lo' Ghazali dan Pengerusi protem Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim.

Masing-masing telah dikenakan ikat jamin sejumlah RM1,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan bagi pendakwaan tersebut pada 23 sehingga 27 Jun depan.

Walaupun ditangkap pada hari kejadian, Arutchelvan akhirnya digugurkan daripada sebarang pendakwaan kerana dipercayai tiada sebarang bukti yang boleh menyabitkan beliau malah perhimpunan yang didakwa itu tidak 'wujud' tetapi yang ada hanyalah serahan memorandum Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada parlimen

Arutchelvan menjelaskan kerajaan BN sentiasa 'mencabar' rakyat untuk meluahkan rasa tidak puas hati di dalam pilihan raya dan bukannya di atas jalan raya malah Bersih digesa menjadi parti politik untuk bertanding kerana melalui pilihan raya mereka boleh melakukan pelbagai tipu muslihat sehingga mereka berjaya mencapai kemenangan.

"Apabila menang, mereka kata rakyat pilih sedangkan mereka melakukan penipuan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya, media dan jentera kerajaan.

"Maka untuk melakukan satu perubahan yang besar kita mesti teruskan perjuangan rakyat melalui jalan raya seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina, Thailand dan Myammar," katanya yang dipetik daripada akhbar Harakah keluaran terbaru.

Katanya walaupun dengan pelbagai sekatan dilakukan melalui pihak berkuasa, ugutan dan amaran daripada kerajaan, namun rakyat tetap melahirkan rasa tidak puas hati di jalan raya kerana sudah tidak percaya lagi dengan kewibawaan dan kredibiliti kerajaan membela nasib mereka yang semakin terhimpit kini dan jelak dengan salah laku pemimpin BN yang memuncak.

"Pilihan raya kali ini kita harap rakyat sanggup menolak pemimpin BN demi kesejahteraan negara dan rakyat jelata di samping meluahkan bantahan melalui jalan raya dan kita akan berhimpun sekali lagi pada 23 Februari depan," katanya.

Semalam, Arutchelvan telah ditangkap beserta 57 yang lain kerana didakwa menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes yang bakal diadakan bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang dekat sini.

Sehingga berita ini ditulis, hanya Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan 10 individu lain telah dibebaskan jam 1 pagi tadi dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), manakala 47 yang lain termasuk Arutchelvan masih lagi dalam tahanan.

Comments (3)Add Comment
...
written by macaufan, January 27, 2008 15:19:16
dengan kewujudan Anwar, kemenangan pembangkang bertambah cerah ! tapi harap2 Anwar janganlah end-up seperti Kuli's S46 !
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by The dragonheart, January 27, 2008 16:09:27
PDRM memang takut dengan UMNO. Tak berani nasihat... berkerja macam anging suruhan tanpa guna kemahiran dan tanggong jawab yang di amanahkan oleh rakyat melalui DYMM SPB Yang Dipertuan Agong.

PDRM tak tahu membeza acaman keselamatan dan acaman politik. PDRM tak tahu bezakan kerajaan dan parti politik yang memerintah.

Trafik Jam di sekita Kuala Lumpur pon polik tak mampu nak selesaikan....contohnya jalan kuching yang besar itu pon boleh jam kerana polis tak jalan kan tugas dia...

polis hanya sibuk nak tangkap orang yang protes harga barang keperluan... macam lah orang polis tak rasa barang naik... herain... ini lah balanya kalau ada pasukan polis yang tak faham peranan. Pegawai tinggi tak berani bersuara... maybe dah terlalu kaya... mana tidaknya, pegawai tingging polis boleh kumpul duit 26 juta dalam bank.. kalau minyak naik 100 kali ganda pun dia tak heran... dia boleh bayar selain dari guna minyak free dan kenderaan free kerajaan.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by alee, January 29, 2008 04:17:31
Election is imminent. We as Malaysian who love this country must do something to save this country from destruction by the corrupt politicians.

CALLING ALL READERS OF MT,let's use SMS to spread the education. We should take the important points from MT articles, condense them into SMS and send out chain SMS. We should have all all language versions. Encourage everyone to send to everyone else.

We must reach out to all Malaysians, especially the people in the kampongs and new villages !! Let's start today !! Can anyone start posting those SMS in MT so everyone can use ?
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM