A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow From Around The Blogs arrow Keberanian Pemuda Umno Biarlah Profesional dan Beradat

Keberanian Pemuda Umno Biarlah Profesional dan Beradat PDF Print
Posted by admin   
Friday, 27 February 2009 09:56

Siapa yang membuat ugut, tekan, paksa, menahan dan menempeleng orang-orang Pas di Kelantan macam zaman Jepun pada tahun 1960-an kalau bukan puak-puak pemuda tahan lasak kalangan pemuda Umno?

Sayuti Omar

NEGARA memang memerlukan pemuda yang berani untuk mempertahankan maruah agama, nusa dan bangsanya. Tanpa keberanian sesuatu bangsa itu akan dilanyak dan dipersendakan sepanjang masa. Bangsa itu akan diinjak-injak. Pemuda yang berani juga adalah pahlawan negara. Mereka juga menjadi benteng kepada kesejahtraan negara.

Tetapi keberanian itu bukan keberanian bodoh, gedebe atau samseng, sebaliknya keberanian bertatasusila dan bertamadun serta bijaksana.

Keberanian beradat dan keberanian yang memiliki akal budi yang luhur nan terpuji. Keberanian yang berpijak di bumi nyata dan rasional.

Singa dan harimau di dalam rimba juga berani. Tetapi keberanian itu tidak boleh diikhtiraf kerana ia meceroboh hak asasi orang lain. Berani mereka tidak berhati perut dan berani tidak disulami dengan ilmu-ilmu kemanusiaan dan lain-lainnya.

Perompak, lanun dan kaki pukul juga berani. Tetapi keberanian itu tidak ada moral. Mereka berani kerana diupah dan diberi baksis sesen dua. Keberanian mereka bertongkatkan kepada perut. Mereka menggunakan keberanian untuk mengisi perut dan bukan menjaga agama, bangsa dan negara. Keberanian begitu bukan sejati. Keberanian kumpulan itu yang boleh membawa ketidakamanan kepada negara dan huru hara kaum. Ada kalanya keberanian itu membelakangkan undang-undang dan lebih bersifat bersultan di mata beraja di hati.

READ MORE HERE

Comments (8)Add Comment
...
written by devious17, February 27, 2009 10:02:42
What is the umno disciplinary committee doing about this umno hooligans? probably nothing as this is their culture that has been in practise since the demise of UMNO lama.

I cant imagine that there are still rakyat that voted for them, aneh! Aneh! ANEH!
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by blackpea, February 27, 2009 10:05:19
Umno Youth is not only Celaka but Celaka Pondan, Umno you disgrace the "marginalize community" from Chow Kit Road, Girl also never hit orang OKU, but Celaka Pondan does it. Shame on you Celaka Pondan.
report abuse
disagree 0
agree 31
...
written by thor, February 27, 2009 10:15:29
Ada orang nampak tak Mat Rempit2 atau bekas Mat Rempit2 dari Ameno itu tear the picture of Ah Koon and stamp on it? smilies/grin.gif smilies/grin.gif
Baru ingat skarang itu peristiwa yg lalu. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by ZOMA, February 27, 2009 11:56:04
Cuma Mat Rempit je yang berani buat macam ni. Sebab mereka berani luar biasa di mana2 dan bila2 masa. Lepas penat merempit umur meningkat sikit mereka graduate jadi Pemuda Umno. Sebab tu lah mereka berani serang Ahli Parlimen Pembangkang di premis Parlimen. Lepas ni mereka dijulang sebagai wira. Bertanding satu hari nanti diangkat pula jadi Ahli Parlimen ke ADUN ke. Itu lah budayanya UMNO.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by ellyna, February 27, 2009 12:23:15
Ini bukan keberanian. Ini cerita UMNO penakut yang menyerang OKU, bukan satu dua pulak, tetapi 21 orang. Pun OKU tak takut. Pemuda UMNO harus belajar menjadi manusia dahulu sebelum menjadi pemimpin. Belajarlah menghormati orang, belajar melakukan perkara-perkara yang tidak terkutuk, jadilah manusia yang berhemah tinggi, berpendirian dan berprinsip, beradap. Barulah orang akan menghormati kamu semua. Jangan jadi gengster jalanan. Rakyat sudah muak dengan keangkuhan kamu. Sedar dan bertaubatlah sebelum terlambat.
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by joeawk, February 27, 2009 14:46:37
Hello, what can you expect of the behavior of memebers of a legalised triad society ala UMNO?

What "Profesional dan Beradat" are you talking about.

Even traid memebers behave more honourably,govern by certain code of conduct.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by hanisma, February 27, 2009 16:27:16
Istilah 'berani' tidak layak digunakan terhadap 21 pondan-pondan Umno tu. Mereka bersikap kurang ajar terhadap YB Karpal kerana mereka ramai dan Karpal hanya dengan seorang atau dua orang pembantunya. Bukankah itu tindakan Si Pengecut yang mengasari seorang OKU? Kawasan Parlimen tu datuk-nenek mereka punya ke? Tindakan 21 orang pondan Umno itu sungguh keji dan memalukan seluruh bangsa Melayu Malaysia dan menurunkan lagi darjat Umno ke lembah yang paling hina!
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Yacob, February 27, 2009 23:51:12
Sebagai orang Melayu, saya terasa terhina dengan kelakuan biadap pemuda UMNO terhadap OKU seperti YB Karpal Singh.

Saya fikir UMNO mesti dilenyapkan sementara agar semua penganut fahaman sesat itu dapat diperbetulkan. Kesesatan orang UMNO sudah lebih teruk dari ajaran ayah pin.
report abuse
disagree 1
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM