A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA – BAHAGIAN 2

AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA – BAHAGIAN 2 PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 25 February 2009 13:27

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Apa yang berlaku di Perak pada bulan Januari 2009 tidak banyak perbezaan seperti mana ianya pernah berlaku di Eropah di Zaman Gelap. Kaum feudal telah cuba melawan arus Pencerahan. Dari segi sejarah, kaum feudal di tanah Melayu yang di bajai oleh penjajah British ini telah menerima satu pukulan pada tahun 1993. Ini bila dipinda Perlembagaan yang membolehkan kaum feudal di saman. Sebenarnya ini hanyalah langkah kompromi diantara kelas kaum peniaga dengan kaum feudal.

Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …' akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. ' (Minggu lalu).

Zaman Gelap – adalah zaman dimana gulungan agamawan telah bersekongkol rapat dengan tuan-tuan tanah dan kaum feudal. Rompakan dan kejahatan kaum feudal telah di 'halalkan' oleh gulungan agamawan. Fatwa dan fatwi telah di keluarkan oleh para agamawan untuk memastikan tuan tanah dan kaum feudal sentiasa menang. Hasilnya dua kumpulan ini berkenduri kendara dalam kemewahan hidup.

Tanah, hasil pertanian, ternakan malah anak isteri kaum tani yang di rampok oleh kaum feudal semua di 'halal 'kan oleh gulungan agamawan. Dalam masa yang sama tenaga kerja kaum tani selalu di perah secara percuma untuk menambahkan lagi kekayaan kaum feudal dan kaum agamawan.

Sampai ke satu ketika kejelekan kaum agamawan telah menjadi lawak bodoh - jika kita lihat dalam konteks hari ini. Fatwa telah dikeluarkan - sesiapa yang melakukan kesalahan mereka pasti akan menerima balasan dan di masukkan ke neraka. Janji neraka ini amat-amat menakutkan kaum tani pada ketika itu.

Janji neraka ini ada tapinya. Yang bersalah tidak semestinya akan di hantar ke ke neraka jika yang di tuduh sanggup membayar harga dosa mereka. Dosa-dosa ini boleh ditimbang tara dengan berat dinar emas dan perak. Jika sanggup membayar emas dan perak maka dosa ini akan di ampunkan dengan serta merta oleh kaum agamawan. Amat jelas disini pengeluaran fatwa dan fatwi pergi ke neraka ini telah menjadi satu industri dimana kaum agamawan telah berjaya mengumpul harta kekayaan.

Tipu helah dan silap mata kaum agamawan, tuan tanah dan kaum feudal ini mula di hambat oleh kaum tani apabila kaum tani mula menerima masuk idea-idea rasional. Idea dan pandangan rasional inilah yang memajukan Eropah sehingga kita melihat Eropah yang wujud pada hari ini.

Harus di sedari bahawa pemecah ruyung membuka jalan pencerahan adalah gulungan agamawan juga. Jangan tersilap, sejarah Zaman Pencerahan di Eropah bukan bermula di Florence atau Venice tetapi berpunca di Kota Baghdad dengan wujudnya Baitul Hikhmah – Gedung Ilmu. Gedung Ilmu ini di dirikan oleh Khalifah Haron Al-Rashid (763 – 809) untuk melakukan kajian ilmu dan menterjemahkan buku dan kitab-kitab kuno Yunani yang telah di tinggalkan oleh warga Eropah yang masih dibaluti oleh Zaman Gelap.

Dari pengaruh Gedung Ilmu ini maka munculah diantaranya Al-Farabi , Ibnu Sinna dan Ibnu Rushd - ahli falsafah, ilmuan dan pemikir Arab, Afghan dan Parsi yang membawa idea rasional untuk pencerahan dunia. Mereka inilah diantara puluhan pemikir falsafah agamawan Islam yang membawa idea pencerahan.

Al-Farabi membuka kembali pandangan dan pemikiran Aristotle. Pandangan Socrates, Plato dan Aristotle inilah yang menjadi induk dan asas falsafah keilmuan di Baitul Hikmah Baghdad. Para falsafah ini menggunakan akal dan fikiran mereka yang rasional untuk memahami ayat-ayat Quran.

Bagitu juga di Tanah Melayu gulungan agamawan telah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pencerahan dan kesedaran jati diri. Dari awal lagi kaum agamawan melalui ajaran agama telah sama-sama bangun menentang penjajah – Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun.

Tetapi, sejarah tamadun manusia bukan satu jalan yang lurus. Kadang kala ianya berulang-ulang. Bagitu juga terjadi di tanah air kita. Pencerahan yang baru bermula tiba-tiba tergendala dengan kemasukan kuasa British pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor. 

Di zaman British rakyat di Tanah Melayu, tarafnya sama dengan taraf warga di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Zaman Penjajah tidak jauh bezannya dari Zaman Gelap. Warga yang di jajah samalah seperti kaum tani yang harta kekayan mereka di rompak oleh kaum feudal – kini yang merompak ialah kaum penjajah. 

Tujuan menjajah ialah untuk mengumpul dan merampas harta kekayaan negara yang di jajah. Justeru British telah mula bersekongkol dan menjalankan kerjasama dengan kaum feudal dan kaum agamawan. Persekongkolan mereka ini dilakukan agar cita-cita penjajah untuk mengambil hasil tanah jajahan tidak di ganggu gugat.

Justeru dimunculkan Raja di Saudi Arabia, Jordan dan Iraq – walhal Raja-Raja ini tidak pernah wujud di zaman Nabi Muhamad. Dalam ajaran Islam tidak wujud konsep raja. Dalam Islam semua manusia sama disisi Yang Maha Esa. Islam pada awalnya dianggap radikal dan revolusiner kerana menentang feudalisma dan penindasan. Malah konsep kesamaan derajat di kaca mata Tuhan inilah yang menjadi daya tarikan untuk membuka Zaman Pencerahan dan meruntuhkan kuku besi kaum feudal dan kaum agamawan di Eropah.

Di Tanah Melayu penjajah Britsish telah memupuk dan membaja kaum feudal agar mereka boleh menjadi orang perantaran di antara rakyat dengan kuasa British. Kaum agamawan juga telah di rekrut sama. Justeru terjadi persekongkolan tiga kumpulan seperti di Zaman Gelap – penjajah, kaum feudal dan kaum agamawan. Kaum agamawan sama seperti kaum agamawan di Eropah di Zaman Gelap akan mengeluarkan fakwa dan fatwi untuk ' menghalal'kan tindakan penjajah dan kaum feudal.

Tetapi idea Pencerahan tidak dapat lagi di padam-padamkan. Satu demi satu kaum feudal di Timur Tengah di hapuskan. Kaum feudal di Timur Tengah yang wujud pada hari ini sedar bahawa mereka diwujudkan kerana mereka menjaga kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika. 

Yakinlah, apabila kepentingan kuasa imperial ini habis i.e telaga minyak telah kering - maka mereka juga akan terbungkus sama. Ini adalah hukum sejarah yang telah di teroka oleh Pencerahan.

Apa yang berlaku di Perak pada bulan Januari 2009 tidak banyak perbezaan seperti mana ianya pernah berlaku di Eropah di Zaman Gelap. Kaum feudal telah cuba melawan arus Pencerahan. Dari segi sejarah, kaum feudal di tanah Melayu yang di bajai oleh penjajah British ini telah menerima satu pukulan pada tahun 1993. Ini bila dipinda Perlembagaan yang membolehkan kaum feudal di saman. Sebenarnya ini hanyalah langkah kompromi diantara kelas kaum peniaga dengan kaum feudal.

Dalam krisis Perak ini kita juga membaca dan mendengar bagaimana ada gulungan agamawan yang mengeluarkan fatwa untuk 'menghalalkan' tindak tanduk gulungan feudal. Ini tidak menghairankan. Ini telah pernah berlaku di Eropah ketika Zaman Gelap.

Sayugia di ingati idea Pencerahan Al-Farabi, Ibnu Sinna, Ibnu Rushd telah mempengaruhi William Harvey, René Descartes, Spinoza dan mempengaruhi Karl Marx, Bakunin, Lenin yang terus pula menpengaruhi Jean Paul Sartre yang kemudian mempengaruhi Ali Shariati. Idea Pencerahan Ali Shariati telah menumpaskan Raja Segala Raja Ahmad Reza Pahlavi pada tahun 1979.

Sejarah berulang-ulang. Kadangkala ke hadapan. Kandangkala mengundur. Tetapi idea dan falsafah Pencerahan akan terus bersinar. Justeru ketika ini kita juga melihat ada kumpulan dan gulungan agamawan Islam telah muncul secara positif ke hadapan untuk mendirikan benteng menghalang kaum feudal membawa Zaman Gelap datang sekali lagi ke dalam budaya negara kita.

Pencerahan telah menobatkan idea rasional dimana manusia ini adalah sama derajatnya di mata Yang Maha Esa masih lagi relevan dan satu idea yang revolusineer pada ketika ini terutama di Perak. 

Comments (14)Add Comment
...
written by rajaphillips, February 25, 2009 13:55:21
Nak menghalalkan apa? Kerajaan haram tetap haram! Cuba tanya Tok Guru
report abuse
disagree 1
agree 36
...
written by Blackgiring, February 25, 2009 14:00:40
....Muddin...tolong ko kaji kenapa semua nabi nabi mempunyai hubungan darah sama macam raja raja...ko kaji ler secara mendalam sejarah tsb lepas itu ko kasi ler kesimpulan yang jitu.. ok...
report abuse
disagree 9
agree 10
...
written by karpi77, February 25, 2009 14:16:32
Raja yang adil raja yang di sembah,Raja yang zalim raja yang di sanggah
report abuse
disagree 1
agree 26
...
written by cruzeiro, February 25, 2009 14:55:22
Yes Sham - the clerics worked hand in hand with the aristocracy to perpetuate a feudal system, and hoodwink the ignorant masses.

However, I have one thing to contend with you - the idea of equality without a "kingship" during the Islamic caliphate wasn't as "revolutionary" as it may seem.

If you were to read the Old Testament (Book of Judges), ancient Israel was ruled by "Judges", and not Kings. It says in the Book of Samuel 1:8, that the Israelites asked for a king, "to lead them in battle etc etc".
Samuel then warns them of the liberties the Kings will take -
11
He told them: "The rights of the king who will rule you will be as follows: He will take your sons and assign them to his chariots and horses, and they will run before his chariot.
12
He will also appoint from among them his commanders of groups of a thousand and of a hundred soldiers. He will set them to do his plowing and his harvesting, and to make his implements of war and the equipment of his chariots.
13
He will use your daughters as ointment-makers, as cooks, and as bakers.
14
He will take the best of your fields, vineyards, and olive groves, and give them to his officials.
15
He will tithe your crops and your vineyards, and give the revenue to his eunuchs and his slaves.
16
He will take your male and female servants, as well as your best oxen and your asses, and use them to do his work.
17
He will tithe your flocks and you yourselves will become his slaves.
18
When this takes place, you will complain against the king whom you have chosen, but on that day the LORD will not answer you."
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by ladasiber, February 25, 2009 15:00:38
Oliver Cromwell did what it seemed to be the impossible. He dethroned the then love to be hated King. TDM did something of a kind.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by cruzeiro, February 25, 2009 15:00:39
Despite the fact that God commanded the people not to have Kings, as it would be a "rejection of the one true God", The people were stubborn and still wanted a King, so that they will have "bragging rights" (is that any different from "Ketuanan Melayu?).
And so Saul was anointed to be the King, which then started the corruption and decadence in the state, and the enslavement of the people ....
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Cash Money, February 25, 2009 15:47:13
Maklumlah Hish

95% Melayu still very strong in thier ajaran sesat,melayu have not progress in thier reasoning to the speed Mahathir send the twin towers up.
Until the new wave of Melayu thinking sweeps thru the country' rejecting the umno brand and the shackles that denies them the freedom of choice,idea pencerahan ini hanya dalam sejarah setakat ini.Betullll
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by Vasily, February 25, 2009 17:15:31
Tak tau lah bro Sham...kekecik dulu bapak aku cakap raja2 ada tulah (tah aper kejadah menatang tulah tu tak'de la plak aku tanay bapak aku)...jgn menghina mengutuk etc....nanti kena tulah.
So bebaru nie aku yg memang anti sistem beraja nie...cukup bebulu ngan raja Perak yg palat/bacul/bapuk siam tuh....suma atas sebab tak mengembalikan kuasa kpd rakyat Perak....
Aku try lah melancap pakai gambor bini Narin, pastu pancut kat muka dia.....ok jer tak tulah pun??...tak'de plak anu aku jadik besar...sambor dek kilat....jadik batu etc....yelah...gambor bini dia mugkin kurang tulah skit kot....ttp aku tak'nak lah guna gambor azlan/nazrin...pasal aku bkn gay....
So atas hasil xxxperimen aku nie......sahlah macam bro Sham kata dlm part 1 dulu "TULAH/DAULAT RAJA2 SEMUA TU MENGARUT"....kalau raja2 palat...haaaa tu iye!!
report abuse
disagree 13
agree 17
...
written by shissun, February 26, 2009 00:28:10
Hishammudin, Nice article. The monarch can only be the Ruler if he has the support from the people. No matter how the gov try to subdue the people voice, the monarchy system will fall one day if they continuously losing the respect and support from the people and make the people pissed off and angry. That raja dua beranak have talked about it so many times. However, did they really practice what they preach? Although we cannot do anything to dethrone the monarchy system, but we can channel our dissatisfaction by vote BN out in every election.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Pakyeh, February 27, 2009 08:13:18
Salam Hisham,
Mesej sdr lebeh kurang sama dengan mesej saya.
Apa pendapat sdr tentang Kafirnomics (riba Bank dan duit kertas).Walau Capitalist atau socialist/communist ,jika Kafirnomics di gunakan, class struggle antara Bankers/Bogoise dan petani/rakyat miskin/prolitariat akan berlaku juga.
The root cause of class struggle is Banks and paper money. Maka perlunya Islamnomics.
sila baca rencana "Proof of Kafirnomics" dan "Derhaka pada Sultan vs Derhaka pada Rakyat" dlln,di...

http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by apanama, February 28, 2009 11:28:05
VASILY. aku buat apa yang kau buat. aku pakai gambor serupe je.
anu aku masih ok. belum jadi batu.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by gromy, February 28, 2009 23:07:40
i never got to appreciate Hisham's writings. But I saw lots of substance and truth in this two pieces.

One correction however. The kings in Saudi, Jordan or parts of the region was not a new creation by the British. The so called "Islamic dynasties" ruling the empire or parts thereof were monarchies centuries before the British came. The Muslim world was monarchy-free only for the first 40 years after the Prophet. After that his own "companions" started the monarchy system, and was happily endorsed by the some "ulama's". Same thing in Malaysia. Monarchy wasnt a British invention. It had been a feudal system ever since and some Malays for some reasons just loved it.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by BUTEK, March 04, 2009 00:19:16
KTURUNAN BUGES AKAN TERUS DIINGATI DALAM LIPATAN SEJARAH SEBAGAI PENDATANG INDON YG MENJADI RAJA HASIL DARI MEMANTAT ANAK2 RAJA MELAYU TERDAHULU... TIDAK PAYAH BERPERANG ATAU MENGHUNUS KERIS CUKUPLAH HANYA MENGHULURKAN BATANG KONAK....

SUDAH TIBA MASANYA KUASA KTURUNAN RAJA MEMANTAT NI DIHAPUSKAN SAMA SPT BERLAKU KPD CZAR DAN SUKU SAKATNYA..... smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by BUTEK, March 04, 2009 00:23:07
RAJA YG MENDUKUNG UNDANG2 KRISTIAN SPT RAJA BERAK DAN RAKAN2 SUDAH TENTU DILETAKKAN SATU JAMBAN DENGAN FIRAUN DI NERAKA..... MEMPERTAHANKAN ISLAM KUNUN... CIT POOOODAAAH.... smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif
report abuse
disagree 1
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM