A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow AMK adakan 'Himpuan Semangat 46 Lembu' di SPRM petang ini

AMK adakan 'Himpuan Semangat 46 Lembu' di SPRM petang ini PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 25 February 2009 11:22

(mStar Online) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat akan mengadakan perhimpunan dan perarakan secara aman dengan membawa seekor lembu ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai simbolik bagi mempersoalkan status aduan kes-kes rasuah yang dikemukakan sebelum ini.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata perhimpunan yang dinamakan 'Himpunan Semangat 46 Lembu' itu merupakan sindiran sinis pihaknya kepada SPRM khususnya Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang dikatakan lebih berminat menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor.

"Tujuan utama kita adakan perhimpunan esok ialah bagi mempersoalkan kredibiliti dan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah yang kita laporkan beberapa tahun kebelakangan ini.

"Namun kita ragu dan hairan mengapa SPRM begitu bersungguh-sungguh menyiasat kes lembu yang melibatkan Menteri Besar Selangor," katanya kepada mStar Online.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya ada bukti dan keterangan kukuh berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalah guna wang kerajaan negeri bagi menyelenggara kereta peribadi dan pembelian 46 lembu untuk korban sempena Aidiladha Disember lalu.

AMK turut mendakwa tindakan Ahmad Said itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa beliau, yang secara terang melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di lobi belakang Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam itu dijadual bermula pada pukul 2 petang ini.

Kemudian kumpulan yang diketuai oleh Shamsul itu akan berarak menuju ke Pejabat SPRM yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat berkumpul.

"Kita berjalan tidak jauh dan tak akan mengganggu orang awam.

"Malah kita juga akan menggantung kesemua salinan laporan yang pernah kita buat kepada SPRM sebelum ini di leher lembu yang akan kita bawa esok dan laporan itu akan diserahkan kepada pegawai SPRM," katanya.

Bagaimanapun Shamsul berkata perhimpunan esok tidak mendapat permit daripada pihak polis.

"AMK ada maklumkan kepada polis tapi kita diberikan amaran supaya tidak meneruskannya.

"Namun ia akan tetap diadakan kerana kita yakin polis tidak faham dengan perancangan kita, kerana saya yakin perhimpunan ini tidak akan mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Comments (8)Add Comment
...
written by MyBUDAK, February 25, 2009 11:44:36
46 cows "diKorbankan" untuk RAKYAT. but Khinzir Toyol "korbankan" hundreds of million of Selangorian bloods & sweats money.
report abuse
disagree 3
agree 29
...
written by mikewang, February 25, 2009 12:33:49
Wah .. Himpuan Semangat 46 lembu.
Nice rhyme to the slogan.

It's also for you, Tengku Razaleigh ?
What are you waiting for ?
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by kampongmali, February 25, 2009 13:13:54
"Himpunan Semangat 46 lembu".Teach the khinzir toyol the worst lesson.
report abuse
disagree 2
agree 12
...
written by ibabonma, February 25, 2009 13:33:33
Dulu Dollah Badawi ada bagi 200 ekor lembu korban di Kepala Batas dia pakai duit mana? Ong Tee Kian pun ada bagi lembu korban pada surau-surau. Kalau duit dia maka jelas lembu itu lembu haram tetapi dia guna duit peruntukan Kementerian. Begitu juga dengan menteri-menteri lain yang membuat sumbangan sama. Macam mana MACC?
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by Heaven8402, February 25, 2009 14:30:48
Dear Writters, please be more sensitive to other races when using the "babi" or "khinzir" word. This will eventually makes you no difference with that umno-goons!
report abuse
disagree 3
agree 12
...
written by Ongtf, February 25, 2009 17:27:41
"Toohless Tiger" ACA now was replace with denture???? Perhaps denture is better than toohless. But is still not as real as own tooth. MACC, do what you support to do, PKFZ, Pompena etc is more worth to investigate rather that 46 cows. I do not think Datuk Khalid has eat even a piece of that beff. Wake up MACC.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by immuslim75, February 25, 2009 19:30:54
khir toyo = king of lembu.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by lovemalaysiarakyat, February 27, 2009 13:35:26
He who digs a grave for his brother will himself fall into it. That is for Khir Toyo.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM