A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Krisis perlembagaan di Perak mulai memihak Pakatan Rakyat

Krisis perlembagaan di Perak mulai memihak Pakatan Rakyat PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 25 February 2009 11:10

(Hrkh) - Kemelut yang berlaku di Perak sekarang sudah menghampiri krisis perlembagaan apabila Menteri Besar kudeta, Dato' Zambry Abdul Kadir terpaksa mencari pakar undang-undang bagi merujuk kes tersebut.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Haron berkata, kemelut politik Perak kini hampir memihak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, apabila dilihat pemimpin Umno semakin kalut.

"Mereka mengambil jalan terakhir meminta nasihat daripada pakar perundangan di luar negara khususnya England biar pun cuba dinafikan mereka.

"Ini menampakkan perkembangan mutakhir di mana Umno telah merasai krisis perlembagaan yang berlaku kini memihak kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri, di Kota Darulnaim hari ini.

Beliau yang juga Adun Bukit Tuku berkata, tindakan Umno mencari pakar undang-undang di luar negara menggambarkan keraguan mereka menyelesaikan kemelut sekarang.

Menurutnya Umno mulai meragui kesahihan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak apabila krisis terus berlanjutan sehingga sekarang yang mungkin tidak dijangka oleh mereka.

Hari ini akhbar melaporkan Zambry melantik peguam sebagai kaedah terbaik berdepan dengan Pakatan yang kini menggunakan saluran undang-undang untuk berkuasa semula.

Akhbar berbahasa Inggeris semalam juga melaporkan beberapa peguam dan seorang Adun BN di Perak berlepas ke London malam semalam.

Sementara itu seorang pegawai kerajaan berkata, usaha kerajaan kudeta di Perak menukar Speaker V Sivakumar gagal kerana Speaker tak mungkin membenarkan usul tidak percaya terhadapnya.

"Samalah seperti berlaku di Parlimen apabila speaker lebih awal menghalang usul tidak percaya kepada Perdana Menteri seperti cuba dilakukan wakil rakyat Pakatan Rakyat sebelum ini," katanya.

Comments (9)Add Comment
...
written by MyBUDAK, February 25, 2009 11:21:33
Haram MB try to get recognise by the Queen's experts. means he also Derhaka to Sultan Perak, by belittling Sultan Perak looking for Queen Mary's people help and also he forget that the government OWN by the People. why not ask the PEOPLE opinions.
report abuse
disagree 1
agree 56
...
written by prof, February 25, 2009 12:20:16
Zambry panggil diri Dr? Kenapa Dr ini bodoh sangat? Apa jenis Dr ini? Dr gigi? Dr Perubatan? Dr sakit Puan? Dr sakit Jantan? Dr Fulofsampah? Memang ini kes Dr Bodoh. Apa orang UMNO sudah tidak percaya MALAYSIA BOLEH? Malaysia tidak ada Hakim yang boleh tentukan apa yang dilakukan oleh ZAMbry Hitam ini betul atau salah dari segi Undang2? Zambry tidak berani tanya SUlatan Perak tindakan dia betul atau salah? Kenapa dah lompat dan terjun tangga baru nak tanya pakar2 undang2 terjun itu boleh hidup atau boleh mendatangkan maut? Kenapa dah Tikam diri dengan Pisau seperti yang disebut orang Jepun SIPIKU atau HARAKIRI baru nak tanya kawan2 atau pakar2 tindakan itu baik atau buat diri sendiri mati. Memang UMNO sudah dilaknat ALLAH semua yang dibuat sekarang serba tak kena dan serba SALAH dari segi AGAMA dan RATIO MANUSIA YANG SIUMAN. UMNO nak rujuk balik ke Queen Counsel? Kan kah ini tindakan bersifat COLONIAL?
report abuse
disagree 1
agree 38
...
written by kampongmali, February 25, 2009 13:08:40
What crap is beeen up to now. Total bullshit smilies/grin.gif
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by eow_eow, February 25, 2009 13:47:08
BN sudah sedar perampasan kerajaan perak melalui back door memang tidak sah di sisi Perlembagaan negeri timah. Siapa yang bertanggunjawab menasihati Tuanku Sultan adalah bertanggunjawab membawa malu kepada institusi Raja Perak. Daulat Tuanku.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by hanisma, February 25, 2009 16:01:51
'......beberapa peguam dan seorang Adun BN dari Perak telah berlepas ke London malam semalam.' Berapa juta Euro atau Pound agaknya yang telah dibawa oleh wakil BN ini ke London? Cubalah 'suap-suapkan' QC tu seperti 'menyuap' orang-orang BN kalau berani! BN ketandusan peguam yang boleh membela nasib orang mereka yang korup dan kurap zahir dan batin!!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Ongtf, February 25, 2009 17:41:16
Inilah masalah tidak mengikuti perlembagaan Perak semasa Najis merampas kuasa negeri Perak. Zombie pula sekarang menafi bahawa rombakan umno/bn pergi jumpa QC di UK. Crisis means crisis, kenapa malu nak mengakui tindakan ini.
Kalaulah najis ini mengikuti undang perlembagaan perak, dia boleh undi tidak percahaya MB Nazir sekaligus bersama dengan Sivakumar sebagai speaker. Maka masalah ini tidak timbul.
Munking sekarang najis boleh beli Sivakumar dengan harga yang lebih mahal (100 juta) untuk meyelesaikan masalah ini. Bagaimanapun itu bukan wang dia, berapapun najis ini boleh beli. Tetapi tidak tahulah siva ini mahu terima???
Memang bahaya sekiranya ada PM sebegini rupa. Mungkin dia akan beli semua wakil rakyat???????
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by AUTAR, February 25, 2009 19:22:36
Ada lagi rupanya orang bodoh kat malaysia ini, hinggakan hal dalam negara pun kena import peguam dari luar. So saya juga berminat nak import hakim yang kendalikan kes pembunuhan monggolia tu. Saya langsung tak percaya pada undang undang Ameno pukimak ini ditambahkan lagi orang yang teringin sangat nak jadi PM tu (kalau tak silap saya orang Pekan katanya) ye ke?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Rozlan, February 25, 2009 22:11:47
yapp unless UMNO asked the army to take over Perak and put it under military control
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by garuda, February 28, 2009 10:57:54
My only fear is that the lawyers, speaker, who hv unearthed this law debacle may meet the same fate as Karpal, thats worrying as I will not underestimate UMNO from stooping to so low despicable figures!!
In Perak at the state it is right now i wont be surprised if C4 is introduced to desired effect!!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM