A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tragedi Perak dicetus pemimpin berfikiran 'gangster' - Nik Aziz

Tragedi Perak dicetus pemimpin berfikiran 'gangster' - Nik Aziz PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 21 February 2009 09:10

Oleh Muhammad Yusri Amin, Harakah

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pihak tertentu berusaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Dato' Seri Ir. Mohammadd Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.

"Ini kerana Kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang.

"Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan.

"Jahat. Inilah fikiran gangster," katanya ketika bercakap kepada pemberita di sini pagi ini.

"Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?

"Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

"Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa,� katanya.

Beliau mengulas banyak pihak mengecam tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar yang menggantung kealian Menteri Besar Dato' Dr Zambry Abdul Kadir serta enam Exco daripada menghadiri sidang dewan, sebagai tidak mengikut peraturan.

Selain dari itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulangi pendiriannya supaya pilihan raya semula di Perak diadakan.

"Saya masih bertegas bahawa pilihan raya semula hendaklah diadakan di Perak.

"Menteri Besar Ir Nizar sudah pun menyembahkan perkara itu kepada Tuanku (Sultan Perak) supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan,"katanya.

Mengenai tercetusnya banyak isu yang menimbulkan kontroversi dalam negara kini termasuk krisis Perlembagan di Perak, beliau menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan melepaskan jawatannya.

"Pak Lah dipilih menjadi Presiden (Umno) dan Perdana Menteri Malaysia untuk lima tahun, kenapa dia sanggup berhenti.

"Kalau Pak Lah (mahu) berhenti kerana bersalah, tidak usaha tangguh hingga Mac, berhentilah segera.

"Tapi kalau dia merasa tidak bersalah, kenapa hendak berhenti juga.Di situlah terletaknya kesilapan Pak Lah.

"Adalah tidak betul apabila sejak awal lagi dia tunduk kepada pihak yang menyuruhnya berhenti,� katanya.

Beliau turut mengulas tindak-tanduk pemimpin Umno-BN yang kini seolah-olah cemas berdepan dengan Pakatan Rakyat apabila banyak isu tercetus dalam negara, Mursyidul Am PAS itu mendakwa keadaan itu menjadi puncanya.

"Itulah puncanya oleh kerana mereka tidak menjaga undang-undang sedangkan undang-undang itu sendiri merupakan titik pertemuan di antara segala kebaikan dan kejahatan.

"Yang jahat tidak boleh memberi peluang kepada kejahatannya, manakala yang baik pula tidak boleh ditindas.

"Titik pertemuannya ialah undang-undang.

"Apabila undang-undang itu sendiri dipijak, maka akhirnya menjadi huru-haralah," katanya.

Comments (11)Add Comment
...
written by cheekymate, February 21, 2009 09:28:21
The UMNO is the real mafia. Anyone who gets in their way will get bullets sent to them, and real pests get C4 treatment. How can we let these ganagsters, thugs and hooligans run our country?
report abuse
disagree 0
agree 34
...
written by onnetline, February 21, 2009 09:44:27
BN-UMMNO elites are made up of legitimate warlords, ' daylight ' robbers and gangsters.

All the rest of their coalition members are just greedy slaves !!!
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by Krepot, February 21, 2009 10:14:51
Why is BN so afraid of dissolving the state assembly and letting the people decide once and for all?

Najib no balls? UMNO do balls? What are they so afraid of?
Will we see a total wipe out of UMNO in Perak?

I am afraid so!

UMNO is history and Perak will be first to shove them out the door!
I patiently wait the day.......
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by Kuda Belang, February 21, 2009 10:57:41
Najib's ill deeds are haunting him. He is afraid few sensible BN ADUN's will throw their support behind PR, and they goes the phyrric hollow victory!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by cheekhiaw, February 21, 2009 12:14:58
Tok Guru,

Kalau bukan 'gangster', apakah semua pencuri2, pembohong2 dan pembunuh2 itu?

xxx
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Msian Idol3, February 21, 2009 13:17:36
Yes Pa Chik Nik is right "... kerajaan Perak sekarang dipilih oleh tiga orang". UMNO has no standard and we are all in serious trouble if such actions are tolerated. It is so notorious of UMNO to fan fake heroic support for royalties as if the royalties needed UMNO's help. The solution to Perak's problems is simple "GO TO THE POLLS". Dare to let the people decide. No way but shaft the rakyat with UMNO's brand of arrogance & display of corrupt power.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Come clean, February 21, 2009 15:08:05
Tok Guru, Perakians love your view, and it's the best way to describe power grabbers. BN - fight like a man. Bring on the snap election and let the people decide.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by kavidibaku, February 21, 2009 15:38:41
Tok guru is 1000 times better than some morons who dressed up like westerner but berfikiran jahiliyah.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Fat Zorro, February 21, 2009 17:12:38
I wish both leaders of PR BN and the Royalty listen and learn something from the wisdom of Dato Nik Aziz. He is a Malay and God fearing Muslim but until today, he has not spoken a single word which is sakit to the telinga of non Malays and Non Muslims.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by SiHangChai, February 21, 2009 20:45:42
UMNO - parti orang tua penuh korrupsi, pemaki dan perderhaka
Pemuda UMNO - parti orang pertengahan umur penuh dengan agenda perkauman dan angan-angan tahi ayam dan pemindas agama
Putera UMNO - parti orang kurang pembelajaran, geng samseng mat motor, dan main mak minah.

Wanita UMNO - parti 'ah soh' dengan fikiran kampung dan kurang mempertahankan kaum wanita
Puteri UMNO - nak tunjuk-tunjuk pandai tapi semua yang dibuat gagal. Bila kena bidas, dah mula komplen seksual harrassment sedangkan mat minah puteri ghairah nak tunjuk-tunjuk.

Ini-lah yang dikatakan budaya gengster belbagai parti UMNO yang semua tak berhaluan sama dan masing-masing mempunyai abili sendiri. Yang bijak dan sudah insaf, dah keluar UMNO, masuk PAS, DAP dan PKR untuk tegakkan keadilan rakyat dan bidasan kekayaan oleh golong elit atasan UMNO.

Tok Guru memang tepat dengan kenyataan beliau. rakyat dah jemur dengan budaya gengsterisma UMNO and BN.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Siapabohong, February 22, 2009 13:38:43
Pemimpin Islam seperti Tok Guru Nik Aziz pastinya dapat menarik ramai rakyat bukan-Islam negara ini untuk memahami ajaran Islam yang sebenarnya dan sekali gus mengikis segala pandangan negatif terhadap Islam. Kenapakah ini tidak berlaku setelah lebih 50 tahun negara merdeka. Tidak betul menuduh orang lain yang tidak memahami ajaran sebenar agama itu sebagai musuh agama sekira diri sendiri menjadi musuh dalam selimut dengan menyelewengkan ajaran agama itu demi kepentingan sendiri. Tidak adil menuduh orang lain yang tidak seagama kafir jika diri sendiri berjiwa kafir dan melakukan perbuatan dan kelakuan kafir kepada orang lain yang dituduh sebagai kafir. Penghakiman sebenarnya adalah pada Tuhan.
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM