A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA

AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 18 February 2009 13:11

Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodoh dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka di rampas. Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalalkan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Cerita Satu : Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampong sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda di sebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.

Cerita Dua : Bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan Baginda dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat diluar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.

Cerita Tiga : Bila malam mula gelap Baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.

Cerita Ke Empat : Talipon berwarna merah berdering. Pembantu President mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja-Raja sedar saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.

Cerita Satu adalah hari-hari akhir untuk Maria Antoinette Permaisuri Peranchis yang hingga ke hari ini masih di ingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Peranchis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Pemaisuri Bangang ini telah bekata " Kalau tak ada roti makanlah kueh'. Setelah ditangkap kerna cuba hendak melarikan diri, Si Bangang ini telah di bicarakan. Keputusan rakyat lehernya di penggal dengan guillotine oleh Revolusi Peranchis pada tahun 1793. Sistem feudal beraja di hapus. Peranchis menjadi Republik.

Cerita Dua adalah saat saat akhir apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Russin telah di bunuh. Rakyat Russia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di Russia. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirkan di hukum mati oleh Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal di hapuskan. Russia menjadi Republik.

Cerita Ketiga adalah dimalam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal – Raja Mesir yang di naikan ke atas kapal oleh Presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah di hantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada tahun 1952. Sistem feudal di hapuskan. Mesir menjadi Republik.

Cerita Ke Empat ialah hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan dari Presiden Jimmy Carter. Jimmy Carter telah enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Jimmy Carter telah mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa Presiden sedang berehat di Camp David dan tidak mahu di ganggu. Pada 11 Febuari 1979 Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini di tendang keluar oleh Rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan. Iran menjadi sebuah Republik.

Ini adalah contoh berakhirnya sistem feudal dimana Raja, Al-Malik, Shah , Emperor dan Czar di tendang keluar oleh rakyat. Ada yang di bunuh, di penggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.

Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem feudal ini. 

Feudal ialah satu sistem ekonomi dimana yang kuat di jadikan Raja dan di sembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai Raja telah mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peloh kaum tani.

Di zaman ini punca mata pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka Raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera mereka dilihat berkuasa.

Untuk memperkukuhkan kuasa , pada awalnya telah di munculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita Pedang Azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.

Sistem feudal menghadapai persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama menjadi satu kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India. 

Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodoh dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka di rampas. Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalal kan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.

Penipuan ini berjalan beratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.

Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional kaum tani tidak lagi merasa gerun apabila melihat muka Raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut marut telah di koyak rabakkan oleh pemikiran rasional.

Idea yang di bawa di Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu Sains, Ilmu Alam, Ilmu Bumi dan Bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – Kaum Peniaga. Kaum Peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi dari urusan perniagaan.

Dengan ilmu sains dan pengetahun Kaum Peniaga yang mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggal tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi Kaum Peniaga juga tidak jauh ganasnya dari kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.

Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan dari kaum buru dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Peranchis pada tahun 1789. Berlaku Revolusi Amerika pada tahun 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917.

Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil dari rompakan tenaga kerja mereka.

Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …' akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. '

( Bahagian dua akan disambung minggu hadapan )

Comments (17)Add Comment
...
written by ibabonma, February 18, 2009 13:32:02
Taidakk ada bezanyanya dengan sistem pemerintah KETUANAN UMNO; melanun, merompak dan membodohkan rakyat, khususnya orang Melayu.
report abuse
disagree 1
agree 35
...
written by Blackgiring, February 18, 2009 13:48:52
ibabonma...patut ler perangai pun macam tu...dah diajar begitu rupanya...
report abuse
disagree 3
agree 6
...
written by Raja Chulan, February 18, 2009 14:48:52
“Religion is regarded by the common men as true, by the wise as false and by the rulers as useful”. - Sokno, a philosopher
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by zanie, February 18, 2009 16:23:27
Kewujudan sultan sepatutnya menjadi faktor pengimbang antara entiti eksekutif dan perundangan. Apabila pihak eksekutif dilihat terlalu berkuasa sehingga melanggar batas-batas perlembagaan dan unang-undang maka kepada sultanlah rakyat berharap akan mendapat pertimbangan dan keadilan. tetapi setelah apa yang berlaku di Perak, rakyat sudah mula marah dengan sultan. Maka timbul suara supaya sistem monarki ini dihapuskan kerana kewujudannya tida fungsi lagi kecuali menambah beban kewangan perbendaharaan negara. kalau ini berlaku dan suara ini makin mendesak...siapa yang bersalah? Fikirkan.
report abuse
disagree 2
agree 25
...
written by arazak, February 18, 2009 17:19:04
I am sick of those freeloaders "feudal warlords" in this country living on the tax money of the rakyaat. And when the time the rakyaat needed them they betray the rakyaat!
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by johntyc, February 18, 2009 18:41:09
Rakyat mahukan Raja yang bersikap adil dan bukan setakat pandai berucap (atau membaca dari teks). Pantang Raja bersekongkol dengan pihak yang menindas rakyat.
report abuse
disagree 1
agree 25
...
written by tuankujuki, February 18, 2009 20:55:33
Masanya dah sampai di mana Malaysia amnya dan Melayu khususnya tak perlukan raja-raja lagi. Ada pun kalau ngabihkan bogheh jor buek apor???? Boto tak aku cakap???
report abuse
disagree 4
agree 25
...
written by shatis, February 19, 2009 00:02:03
Orang2 melayu harus bertindak menderhaka segala sistem yang ada di negara ini yang menyekat dan mengongkong minda melayu. Fikirlah secara kritikal tentang apa jua informasi yang diberikan kepada anda. Soal lah mengenai segala jenis larangan dan sekatan, biar berkenan mengenai agama, bangsa, negara,Sistem raja dan lain lagi.

Untuk beratus tahun minda Melayu malaysia sudah dihambakan. Bangkitlah Melayu!!

Apakah keMelayuan negeri malaysia ini akan dijaga oleh Sultan yang anak cucunya rata - rata kahwin dengan mat salleh ?? dimanakah darah melayu(blood line) yang mereka berjerit jeritan??

Adakah kesucian agama Islam dijunjung oleh Sultan yang kaki mabuk, anak biniya yang berfoya foya di club2 exclusive di hotel hotel Kuala Lumpur, paris, london dan new york. Dimanakah peranan sultan yang sepatutnya menjadi pengawal kesucian agama di negara ini??

Apakah Melayu masih bodoh untuk menampung sistem raja feudal ini dimana tujuan asal sistem ini wujud adalah untuk merompak rakyat. Apakah Melayu masih bodoh untuk percaya sultan2 berdarah biru?? Apakah Melayu masih bodoh untuk percaya kalau derhaka sultan masuk neraka??

Pikirlah dan please dont let anybody, any law, any media or any religion enslave your mind.. Open up your mind and you get the answer.. This message is for all Malaysians in particular for my Malay brothers and sisters.
report abuse
disagree 1
agree 34
...
written by shatis, February 19, 2009 00:05:16
Bro Hisham, I got the hint about the bugis raja and benggali gal in Rom. Ha ha ha.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by ChotS, February 19, 2009 12:21:48
For me the main thing that we malay have to remove from our thinking is that we need Raja or Sultan as they represent us as malay..but actually I do think that Raja and Sultan are the one who needs malay to stay in power..seriously I'm tired of the politics scenario and I do hope that the Raja that we have can make the difference..but then nothing..

Its remind me the story of Hang Tuah and Hang Jebat..when we was a kid an immatured kid we really love Hang Tuah and hate Hang Jebat..but then when we can think properly the real hero would be Hang Jebat the one who stand for his friend and the truth that the sultan Melaka is wrong and Hang Tuah is a damn stupid fella..

For a better Malaysia
m.faiezal
http://susahnakpaham.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by Tornado, February 19, 2009 16:16:51
Aku suka tonton cerita P. Ramlee.

Cerita Nujum Pak Belalang, Sumpah Semerah Padi dan Musang Berjanggut.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Vasily, February 19, 2009 20:39:29
Gua sokong lu Bro...sejak aku masuk skolah aku tak pernah sikit habuk pun hormat raja2 nie...Tanah Melayu sepatutnya dah jadi republik masa merdeka dulu.....kenapalah negara besar seciput kerandut nie ada 7-8-9-10 org raja...nak buat apa???...oooh nak jaga hak istiadat agama org melayu....bullshit!!...Melayu BODOH!!
Bro China, Indonesia, India...& most of the Eoropean country pernah beraja dulu2 masa zaman gelap.....
KILL ALL KINGS!!!
report abuse
disagree 4
agree 16
...
written by macakmy, February 22, 2009 02:04:17
Ishhh... Hangpa nih... Mana buleh hapus raja. Nanti sapa nak bagi pangkat Dato', Tan Sri, Tun kat MammMaak-MammMaak Ameno dan sekelian pencacai/balaci...? Gengster dan samseng pun nak gelaran gak...
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by mountainking, February 24, 2009 12:21:36
semua in cerita raja-raja lebih berkuasa dan feudalisme harus diteliti dan sekiranya tidak membawa makna kepada rakyat, buat apa nak tampung perbelanjaan ber million million.

FRENCH REVOLUTION
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Pakyeh, February 24, 2009 15:20:09
Siapa derhaka kapada siapa ? Sila baca rencana "Derhaka kapada sultan vs Derhaka kapada Rakyat" di...

http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by apanama, February 28, 2009 11:14:58
CERITA KELIMA: Talipon bimbit Iphone dia berdering di hujung bulan Marikh. Saat untuk menyerahkan kunci emas khazanah kepada pembantu comot telha tiba. Di luar, rakyat menderita kehabisan duit membayar tol dan IPP tak habis habis mula panas dan berang. Di lapangan terbang Labu, Negeri Sepuluh, injin pesawat Airbus A380 telah lama membakar minyak menuju ke pampas argentina. Kelihatan anak-anak kapal sibuk mengisi perut pesawat dengan peti besi sarat dengan emas jongkol. Belum sempat takeoff, rakyat menyerbu pesawat, lalu mengbangkitkan ketua pramugara dari tidur. terkejut, rakyat mendapati pramugara tersebut hanyalah satu disguise. di sebalik pakaian pramugara, dan make-up nya, terserlah tok guru hadhari. pembantunya telah menghilangkan diri di pekan.

cerita ini semua rakyat tahu kesudahannya.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by BUTEK, March 04, 2009 00:17:32
KTURUNAN BUGES AKAN TERUS DIINGATI DALAM LIPATAN SEJARAH SEBAGAI PENDATANG INDON YG MENJADI RAJA HASIL DARI MEMANTAT ANAK2 RAJA MELAYU TERDAHULU... TIDAK PAYAH BERPERANG ATAU MENGHUNUS KERIS CUKUPLAH HANYA MENGHULURKAN BATANG KONAK....

SUDAH TIBA MASANYA KUASA KTURUNAN RAJA MEMANTAT NI DIHAPUSKAN SAMA SPT BERLAKU KPD CZAR DAN SUKU SAKATNYA..... smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif smilies/tongue.gif
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM