|
Oleh Intan Abdullah KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Umno-BN makin terdesak dalam menghadapi pilihan raya sehingga menuduh pembangkang tidak berani mengkritik kerajaan dan sebaliknya menggunakan internet untuk mencapai matlamat politik mereka.
{mosgoogle right} Menurut Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, pembangkang tidak takut dan masalahnya pihak kerajaan sendiri yang takut dengan tidak memberikan permit untuk mengadakan ceramah. "Ini termasuk menghalang pembangkang mengadakan ceramah dengan tidak memberikan permit kepada kami, bukan sebab kami yang takut disaman," ujar ketika dihubungi Harakahdaily. Tegasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz yang menuduh pembangkang tidak berani mengkritik kerajaan dan pemimpin BN secara terang-terangan kerana takut disaman adalah tidak benar sama sekali. "Ini kenyataan yang bohong, bukan kerana kami yang takut. Tetapi kerana mereka (kerajaan Umno-BN) tidak memberikan permit kepada ceramah terutamanya di Selangor yang amat sukar sekali untuk mendapatkan permit," katanya. Mohamad Sabu yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat 10 November 2007 anjuran Bersih juga menjawab dakwaan Rafidah yang menyatakan bahawa pembangkang terpaksa menggunakan internet bagi memburuk-burukkan kerajaan kerana ceramah-ceramah mereka tidak mendapat sambutan orang ramai. "Mereka (rakyat) memilih internet sebagai sumber untuk mendapat maklumat alternatif adalah disebabkan mereka bimbang ditangkap apabila menghadiri ceramah, malah tidak kurang juga terdapat yang ditekan oleh kerajaan," katanya. Mengulas isu yang sama, Timbalan Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat PAS, Dato' Takiyuddin Hasan berkata Umno-BN tidak perlu bimbang ataupun takut terhadap penggunaan Internet oleh pembangkang. "Kenapa Umno-BN perlu takut jika isi kandungan mengenai isu tertentu khususnya yang menyentuh masalah dalaman kerajaan yang didedahkan mahupun dibicarakan di laman web dan blog jika ianya tidak benar?" katanya yang turut menjawab kegusaran dan dakwaan Rafidah. Jelasnya, laman-laman web dan blog melalui medium internet adalah saluran yang betul serta tidak menyalahi undang-undang. "Dalam keadaan di Malaysia mengamalkan dasar 'Langit terbuka, kepada sesiapa sahaja untuk memberikan pandangan, teguran dan kritikan melalui pelbagai cara," ujarnya menyanggah dakwaan Rafidah yang mendakwa pembangkang menggunakan medium internet untuk memburuk-burukkan kerajaan memandangkan cara itu mudah kerana ramai orang boleh akses Internet. Tambahnya, dalam keadaan kerajaan Umno-BN memiliki jaringan media cetak dan elektronik pun mereka masih sukar untuk menangani golongan yang aktif memeriahkan dunia siber dengan pelbagai maklumat dan pandangan. "Kenapa Umno tidak menggunakan media yang telah dipegang untuk menjawab segala isu dan persoalan yang timbul mutakhir ini. Sedangkan PAS dan pembangkang mempunyai akses yang terhad kepada media," katanya. Tegasnya, penggunaan internet adalah alternatif yang ada bagi rakyat mendapatkan maklumat yang berbeza daripada yang dipaparkan oleh media arus perdana. "Bahkan ia mungkin merupakan gambaran terhadap rasa kurang yakin dan percaya terhadap isi kandungan berita yang disiarkan ataupun mereka sudah muak dan jemu dengan laporan media kerajaan selama ini," jelasnya. Katanya lagi, jika apa yang ditulis itu tidak tepat atau tidak benar, pemimpin-pemimpin Umno-BN ini tidak perlu melatah dan panik. "Ataupun kemungkinan apa yang dilaporkan itu betul dan sahih. Jadi, ia menjadi penyebab kepada tindakan mereka," dakwa Takiyuddin. Bahkan beliau berpendapat, kegusaran Rafidah itu dizahirkan dalam kenyataan yang sama, apabila Rafidah dilaporkan berkata, beliau yakin kritikan terhadap kerajaan akan menjadi lebih banyak lagi terutama menjelang musim pilihan raya nanti. HARAKAH
|
Just how fair is the UMNO treating us. They said that their Nation Services knows how to take care of the kids... BUT still there are some kids who died by food poisoning. Blame on the bus driver who didnt pick up the kids to the camps, BTW the bus driver have not been paid for 1/2 a year They said that NEP/DEB will help the fellow malays, but only UMNO's malay benifit in it. They said the ppl who works overseas are not loving their country, but will you want to have a leader who are brainless to lead you, where you do all his work and he takes the credit?? They always blame on the manufacturers on cooking oil, rice, suger etc, etc on not product enough for the market, while they are delaying to pay subsidy to the manufacturer. They say do not bring politic to school, and they are the ones who are making the politic problem. They blame the contractor on delaying the project, but the contractor didnt received any $$$ yet. They said that the tsunami victims didnt move in to the low cost houses, BUT the low cost are not that low at all. they said that they have send help to the flood victims, but most of then are still starving.
much much more of these brainless fact that they have make up and much much more fairy tales from their mouth. IZZIT true that they are good at leadership??