A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Rakyat anggap tarif elektrik yang baru memperbodohkan mereka

Rakyat anggap tarif elektrik yang baru memperbodohkan mereka PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 14 February 2009 10:27

Abdul Aziz Mustafa - (harakah)

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas untuk menghentikan bebanan yang mesti ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyara penjana tenaga bebas (IPP) akan terus menyebabkan rakyat terbeban dengan kadar tarif elektrik yang tidak munasabah, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan mereka oleh rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu."

"Ketika harga pasaran minyak dunia kini berlegar RM40 setong berbanding RM140 setong sebelum ini dan harga arang batu telah menurun sejajar kejatuhan harga minyak dunia, rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan pada kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, pembayaran tersebut melibatkan hampir 70 peratus daripada jumlah pembayaran TNB dan "bukan TNB yang menanggungnya tetapi pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup".

Kadar tarif elektrik, katanya lagi, sepatutnya jauh lebih rendah kerana permintaan pengguna sudah berkurangan 10 peratus sejak Disember tahun lalu.

"Malah, TNB sendiri pernah mengumumkan kemungkinan penutupan dua janakuasanya kerana permintaan yang berkurangan tetapi pada masa yang sama poket dan hati rakyat terus disakiti semata-mata untuk membayar kepada IPP walaupun TNB tidak perlu langsung membeli kuasa yang mereka janakan," katanya.

Mahfuz mengecam kerajaan yang terus membiarkan IPP menjadi lintah darat dan rakyat terus menjadi mangsa.

"Kerajaan sepatutnya mengemukakan rang undang-undang mengenai apa yang disebut 'unfair business and trade practices' untuk membolehkan perjanjian antara TNB dan IPP malah banyak lagi perjanjian lain yang merugikan rakyat dikaji semula," katanya.

Beliau juga mengecam sikap kerajaan yang enggan mengkaji perjanjian dengan IPP malah termasuk dengan pemegang-pemegang konsesi tol semata-mata kerana kerajaan tidak mahu menjejaskan keuntungan mereka dan menjejaskan pembayaran mereka kepada bank dan pemegang bon.

Kerajaan, katanya, hanya mengutamakan kepentingan golongan kapitalis sahaja dan membiarkan rakyat terus terseksa membayar kadar tarif elektrik dan tol yang tinggi.

Dengan beban pembayaran yang ditanggung oleh TNB yang kemudiannya dibebankan pula kepada pengguna termasuk rakyat miskin, Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh baru-baru ini berkata: "Saya kena pukul, marah 10 kali pun tarif tidak boleh turun. Kos yang TNB masih bayar masih tinggi".

Comments (22)Add Comment
...
written by borneoman, February 14, 2009 10:37:51
Tenaga Nasional Berhad (TNB).......menyara penjana tenaga bebas (IPP) ,
please stop robbing the rakyat of their hard earned $.siapa punya IPP?
report abuse
disagree 0
agree 48
...
written by Evol, February 14, 2009 10:38:38
BN thought we are still in 60's or 70's era where we have no access to alternate information.
report abuse
disagree 0
agree 42
...
written by Braino, February 14, 2009 10:45:03
They do not realise the price of robbing the Rakyat will be much much higher!...sooner or later!
report abuse
disagree 0
agree 34
...
written by marsyal, February 14, 2009 10:50:30
I wonder if Mahathir still getting % of $$$$ from these IPP billionaires for approving such ridiculous contract
report abuse
disagree 0
agree 31
...
written by justme bc, February 14, 2009 11:00:18
AMNO scumbags practises 'unfair business and trade practices' to rob the poor rakyat for their own pockets shall be curse for the rest of their lives. This is worst than daylight robbery and this clearly demonstrated that the BN gomen is totally not capable to govern the country for the welcfare of it's rakyat. Very very sad indeed the rakyat continues to suffer uner this BN unholistic regime. Vote for change!
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by myvoice, February 14, 2009 11:05:46

Manalah Bee End ni pernah prihatin terhadap rakyat, cuma prihatin terhadap kocek sendire aje. Yang heran sekali, masih terdapat ramai yang nyanyuk masih mengundi Bee End, tak masuk akal langsung.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by marsyal, February 14, 2009 11:08:30
Back in 1997-1998 financial crises, we had as much as 50% excess capacity because the govt s giving out too many IPP licences. If this happen again, TNB could go bankrupt as well as us, t Rakyats have to help bailing out TNB.

Concession contracts should be made available publicly and before being given out. Otherwise, we Rakyat will be sucked dry to due govt imcompentency and ignorant.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Sinewy, February 14, 2009 11:17:45
The government's statement that the 2.5% reduction on the tarrif rate for electricity is because the last increase in rate is small. What rubbish this useless ministry official is talking about? He has the brain of a ignorant infant. Check with any average households and they will show you that their electricity bill has increased by at least 20% after the last tarrif adjustment recently. No wonder our country is so poor eventhough there are so much natural resources and wealth. With the continuing administration of the country at the hands of a bunch of ignorant, brainless and self serving politicians, very soon we will be fighting for survival against countries like cambodia, loas and burma in this competitive world under the current financial crisis.
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by GobloGadhero, February 14, 2009 11:32:58
Might as well don't offer any reduction.

2.5% decrease for domestic users? No thanks.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Come clean, February 14, 2009 11:42:38
Tariff cut? Who is kidding whom? TNB is indeed the Bozo of Malaysia
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by harryo, February 14, 2009 11:54:08
Today's Rakyat is not STUPID. They can think and react with greater sense and intelligence.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by SeriousLy, February 14, 2009 11:56:04
TNB actual Profit should be more than 20 billion! I'm a TNB supplier, all the money they spend on luxurious office and equipment, fantastic systems are all cheap pariah product! Their billion ringgit research department are all channelled to their other companies then TNB will buy from them! They call it "out-sourcing" to save cost! ahahahaahhahahahehehehe!
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by paskal1, February 14, 2009 11:57:21
Ini semua pasal Mahathir punya angkara! Mahathir,ko kena ingat,bila ko mati nanti,segala dosa kau kat dunia akan di bawak ke alam kubur selagi mana masih ada tol dengan IPP nih. Sebab tol dengan IPP nih lah rakyat menderita!! Manusia yang masih kagum dengan ko nih pada pendapat aku memang buta hati kesemuanya!
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by myvoice, February 14, 2009 12:04:42

Naik tinggi, turun rendah, you ingat kita rakyat ni bodoh ke! Porahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........Nehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by roylim, February 14, 2009 12:48:20
i suggest that the EPF BOARD passes a resolution not to throw all our money away by investing in government linked stocks in KLSE or bailing out UMNO goons.
The EPF board could instead channel all our hard earned money to buy over all these IPPs so that we will the rakyat will gain from this nepotism.
Then we can all call this new company IPP ( Independent People's Power )that produces energy to cater for all.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by Fuminari, February 14, 2009 13:03:39
the umno be end goons are really treating the rakyat like beggars n stupid fools!!
naik 20%,turun 2.57%...based on what?,where is the transparency??who is getting their pocket full??most important whose money these goons are robbing??n who suffer???
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Lim Lim, February 14, 2009 14:13:54
ini memang perlakuan barisan najis,biasalah....rampas banyak pulang sedikit!
rakyat kena tipu lagi sekali.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by DezMalaysia, February 14, 2009 14:34:02
The government is protecting IPP's share value...

in other words, CRONIES' bowl of rice !
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by IbnAbdHalim, February 14, 2009 16:51:14
Macam mana nak kurangkan! Kalau kaji balik perjanjian dengan IPP, menteri akan rugi sebab menteri ada 'saham" dalam IPP. Sama jugalah dengan kenaikan tol lebuhraya di mana menteri akan peroleh 'hasil'. Insurans motorsikalpun sekarang kena 'loading' sebab nak bagi makan menteri. Bijakkan? Cukai jalan motorsikal kuasa rendah dah tak payah bayar tapi insuransnya dinaikkan. Sebab apa? kalau cukai jalan naikpun kerajaan ( baca, rakyat) yang dapat hasil, tapi kalau insurans naik menteri peroleh hasil (ada saham).

Kalau rakyat nak tarif elektrik atau air, tol dan premium insurans turun maka rakyat WAJIB turunkan kerajaan yang ada hari ini melalui peti undi.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Sudahlah tu, February 14, 2009 21:16:45
siapa mereka ...
kerabat punya terlibat dalam perniagaan dalaman ...tidak halal ..
lagi lagi memperbodohkan bangsa melayu ...
siapa yang sebenarnya tuan ...
siapa yang dihambakan bagaikan tuan tetapi hakikat sebenarnya perisai kebal kepada umno ... ha ..ha ..ha ..
lawan bangsa lain kerana umno cakap mereka tolong melayu ... ha..ha..ha ..
umno memperalatkan orang melayu dan orang melayu masih mengagung-agungkan umno ..
siapa bodoh ha ??
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by wood, February 14, 2009 22:17:09
BN thinks rakyat are beggars! Thinks we are stupid and take whatever shit that comes along !
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by BUTEK, February 18, 2009 23:35:09
RAKYAT MALAYSIA MEMANG SENTIASA BUDUH APE....

PROTON/NAZA DIANGGAP KERETA NEGARA WALAUPUN HANYA RANGKA YG DIHASILKAN RAKYAT TEMPATAN...

UMNO DIBIARKAN JADI RAJA WALAUPUN LAYAN RAKYAT MACAM PEMINTA SEDEKAH...

UMNO DIJULANG SEBAGAI PEMBELA ISLAM SEDANGKAN SERINGKALI PIJAK SUNNAH RASUL DAN PERINTAH ALLAH...

TOL NAIK, SEMUA SETUJU TANPA BERDEMO MENENTANG SECARA BESAR-BESARAN...

BARANG2 NAIK HARGA, SEMUA MASIH TERSENYUM BAHAGIA....

SUDAH KENA PECAT, MASIH LAGI SAYANG DAN SUKA SAMA UMNO/MCA/MIC...

TAK PAYAH LAH KO BUANG MASA MEMBANTU SEMUA SI BUDUH NI SAUDARA KU ANWAR... MEREKA SEMUA RELA JADI NAJIS, RELA JADI KHADAM, RELA JADI PENGEMIS.... MREKA SEMUA SAKIT OTAK.....

report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM