A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow CISS DERHAKALAH KAMU !

CISS DERHAKALAH KAMU ! PDF Print
Posted by admin   
Friday, 13 February 2009 12:23

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.

Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derhaka berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.

Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.

Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah 'dirampas' dan 'dirompak' oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.

Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.

Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu. 

Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.

Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.

Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan 'derhaka' tidak lagi mahu menurut cakap dan 'arahan' gedebe Johor.

Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.

Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut. 

Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.

Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah. 

Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak 'mengeras' kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu. 

Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.

Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja. 

Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.

Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.

Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.

Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah. 

Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan. 

Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai.

Comments (19)Add Comment
...
written by wongnoball, February 13, 2009 12:43:10
Syabas Mr Rais....satu tulisan yang penuh ajaran dan menarik. Teruskan dan harap suatu hari boleh bertanding dalam satu kerusi Pakatan.

Memang Raja yang Zalim, Korrup, Munafik tak perlu direspek lagi, di depan Allah semua orang biasa. Mungkin di depan Allah Rakyat adalah Raja keran mempertahankan prinsip2 Moral yang Iklas.

Kalau Rakyat tak Marah, macam mana negeri sembilan boleh tiba2 ubah dinasti Kesultanan?? Siapa kata Rakyat tak berhak TEGUR Raja dan Agung.? Adakah mereka ini darah dan daging sejenis Tuhan?? Di Malaysia Rakyat adalah BOSS!!
report abuse
disagree 7
agree 86
...
written by arazak, February 13, 2009 13:09:00
Abang Hisaham,

Jika masa zaman British tu, "daulat" nya ialah soldadu, senapang dan bom Inggeris. Sekarang, "daulat" nya ia lah "duit, duit dan duit".

Sampaikan raja pun "bedaulatkan" duit!
report abuse
disagree 2
agree 70
...
written by Flex65, February 13, 2009 13:55:38
Satu tulisan yang baik dan bermakna. Malangnya universiti Oxford tidak mengajar penuntutnya demikian.
report abuse
disagree 1
agree 49
...
written by Cash Money, February 13, 2009 14:07:57
Hish! berani hang menderhaka raja-raja Melayu nanti kena ISA padan muka.

Tapi on a serious note: Melayu ini suka sangat terperankap dengan konsep-konsep, raja-rajalah,ugamalah,ajaran sesatlah.Ahbeh macam mana??? Menderhaka diri sendirilehhh, kerana buah fikiran kebanyakan Melayu ini belum sampai setakat Encik Hishamudin Rais. Betulll.
report abuse
disagree 2
agree 31
...
written by myvoice, February 13, 2009 14:11:58
Malang sekali majoriti rakyat Tanah Melayu ni cetek sekali fikiran dan kaki bodek wang. Bila kat Trengganu, kain di tulis "natang" tu ok, tapi di Perak, MB menuntut keadilan tidak boleh, kerana apa? Kerana Malaysia ni hak yang KAYA!
report abuse
disagree 3
agree 48
...
written by asguard, February 13, 2009 14:29:28
Tetapi sekarang yang tetap berulangi peristiwa DERHAKA adalah UMNO daripada semasa ke semasa untuk kepentingan sendiri.... ada berbagai alasan untuk bertujuan berselindung diri daripada kemarahan rakyat makna reka cerita berbagai ....
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by superbabah, February 13, 2009 14:57:03
Hang Jebat tu 'menderhaka' sampai buat 'coup de tat' pasal zaman dulu sistem perundangan tak sekompleks sangat macam sekarang. Kalau zaman dulu pun ade mahkamah, aku pasti Hang Jebat pun akan bawak kes ni ke mahkamah macam DS Nizar.

Hang Tuah ni ibarat Melayu (UmnoPutra) typical. Ikut arahan dari yang ade kuasa secara membuta tuli. BODOHHHH!

the end(BN)...is the beginning(PR)
report abuse
disagree 1
agree 27
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by dusunbukit, February 13, 2009 15:16:04
"Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa."

yang pasti, kita telah diajar untuk tidak menderhaka kepada ibubapa. pasal derhaka kepada sultan, saya tak peduli, pasal saya tiada sultan sebab sultan itu hanya untuk orang melayu.. sorry, bukan bersentimen tetapi kebenaran yang sahih.

arazak "Sampaikan raja pun "bedaulatkan" duit!"

dan berkiblatkan $$$$$$$$$$$...
report abuse
disagree 1
agree 19
...
written by nocrid, February 13, 2009 15:26:31
written by Flex65, February 13, 2009 13:55:38
Satu tulisan yang baik dan bermakna. Malangnya universiti Oxford tidak mengajar penuntutnya demikian.


Saya percaya kat Oxford tu sememangnya mengajar penuntut-penuntutnya menderhaka demi kebenaran. Sebab tu orang putih ada Renaissance...

Yang tak belajar tu Beruk yang ponteng kelas... Mungkin sibuk memakai baju perempuan sambil lah menari berdansa smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 29
...
written by Shimshon, February 13, 2009 15:49:30
written by Flex65: Satu tulisan yang baik dan bermakna. Malangnya universiti Oxford tidak mengajar penuntutnya demikian.
________

Of course you meant both Raja Nazrin Shah and Khairy Jamaluddin, right?

report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by DreamLady, February 13, 2009 16:29:01
Salam sejatera Hishamudin, that is indeed an interesting article. Thank you very much for your effort to educate the visitors with such an incredible story of how the present raja raja derived from !!!

Have a great evening and may God bless you..
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by mountainking, February 13, 2009 17:15:01
memang raja-raja melayu suka mengguna perkataan "Derhaka" untuk control rakyat jelata melayu. tetapi kebanyakan orang tidak paham apa makna adil, saksama dan jujur. kalau raja-raja melayu buat salah, orang akan takut nak mengadili raja-raja sebab derhaka. UMNO menggunakan senjata yang sama, tak suka UMNO bermakna tak suka Melayu , nak tegaskan keadilan kat sultan bermakna derhaka.

ini lah sebab banyak negera telah pun sedar apa makna raja-raja. wahai kawan boleh belajar dari FRENCH REVOLUTION (go to ****** and search). raja-raja tak akan give up kedudukan mereka sebab banyak wang yang involve dalam ini ......
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by carribeanking7, February 13, 2009 18:04:56
Saudara Rais,

Di Terengganu berani panggil Sultan "NATANG".
Di Perak pula berduyun-duyun kononya nak bela Sultan.

Mereka ni sebenarnya mat rempit yang dibayar RM50/- seorang oleh UMNO untuk memekik cogankata derhaka yang mereka sendiri pun tak paham
Gedebe gedebe belaan UMNO ini tak faham beza antara Derhaka, menghina raja, dan tindakan perundangan.
dapat RM50 pasti gedebak gedebuk turun padang meloncat macam kera

Di zaman Mahathir mereka diberi tongkat , wang untuk buat modal niaga, beli motor untuk bersiar siar, tak kerja oun takpe, kerajaan boleh bantu.

zaman pak lah pulak menantu PM -Khairy, memuji mat rempit ini, boleh usung bendera UMNo ke hulu kehilir, tapi pilihanraya sekali 5 tahun, kena cari aktiviti seperti protes protes bodoh untuk mengisi masa lapang.

kerbau dari rembau mengelarkan mereka mat cemerlang
kepala hotak oxford dia !
tanah tumpah darahnya Kuwait, nak suruh orang lain dibuang negeri pulak.
report abuse
disagree 1
agree 19
...
written by Larry Jay, February 14, 2009 02:08:42
En.Hishamuddin Rais,

Syabas!!

Your above article is excellent & very inspiring!!

We need people like you for reforms as the Malaysian politics is the dirtiest of all & sungguh menjijikkan.

Keep up with your great views!!!

report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by adzera, February 14, 2009 08:40:08
Saya rasa satu cara bagi kita untuk tidak mengiktiraf kuasa dan daulat raja-raja adalah dengan menolak segala pemberian 'darjah kebesaran' dan bintang-bintang ynag tiada makna. Nik Aziz, Nizar, DSAI, Hadi Awang dan lain-lain patut kembalikan bintang dan gelaran yang di telah kurniakan kepada mereka oleh raja-raja. Dan semua yang pemberian darjah kebesaran dan gelaran patut kita tolak. biarlah orang umno dan yang mereka gila pangkat dunia sahaja dapat anugerah dari raja. Kita cuma berdoa untuk mendapat anugerah dan kurnia dari Tuhan yang esa.
report abuse
disagree 2
agree 17
...
written by dinsmann, February 16, 2009 02:41:55
Sejarah kerajaan melayu penuh dengan fitnah. Ingatlah Patih Karma Wijaya, Raja Mendaliar, malah matinya Mahsuri pun adalah akibat fitnah. Dan kini DS Nizar difitnah habis-habisan, oleh MSM. Harap rakyat tidak terbawa-bawa mengiakan fitnah yang membawa padah bangsa Malaysia ini.
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by Vasily, February 19, 2009 20:55:06
Ha-Ha-Ha...ha-ha-ha!!...dulu aku dgr ramai org kata raja Perak "The Best"...anak raja Perak paling pandai ada Phd...kawin anak Harley Davison...best student masa kat U dulukala....ramai org pujii pujian....agung2 agungkan....skarang...yg mana paling FUKED-UP??? ha-ha-ha-ha.....KILL ALL KINGS....
report abuse
disagree 2
agree 6
...
written by Pakyeh, February 24, 2009 15:29:30
Siapa dehaka pada siapa ?. Ikuti fakta sejarah...rencana "Derhaka pada Sultan vs Derhaka pada Rakyat".....di

http://warongpakyeh.********.com
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM