|

Keputusan pembebasan Tee Yam dibuat oleh panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Pajan Singh Gill, Datuk Richard Malanjum dan Datuk S. Augustine Paul. Tee Yam diwakili barisan peguam diketuai Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Kaushalya Rajathurai, Frida Krishnan dan Lilian Lee. NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin
Heavenly King: The Story of Kuala Lumpur's Boss of Bosses Some of you may remember news last year of a triad boss arrested under the ISA, that is Datuk Koo Tee Yam @ Ah Lek, and then mysteriously released just as soon as he was arrested for the second time. Today, we will share the information collected throughout the internet on this Boss of Bosses. Koo Tee Yam, age 45, is believed to control most of the underworld activities in Kuala Lumpur namely loan sharking, pirated discs and goods, prostitution, drugs, illegal gambling and murder. He has also diversified into many legitimate businesses such as discos, clubs, security companies, restaurants, construction and many more. Controlling assets worth more than RM1 billion, he is the head of the so called "Four Heavenly Kings" that controls a large criminal empire in West Malaysia. Active in politics, it is believed that Koo Tee Yam has sent many triad members to infiltrate MCA, particularly the Bukit Bintang MCA division where he operates vice dens. He was so powerful that then MCA President Ling Liong Sik sent Federal Territory MCA Chief and Deputy Minister for Energy, Telecommunications and Multimedia Tan Chai Ho to enlist him in aid of MCA. However, Koo Tee Yam disliked Ling Liong Sik. Thus, he started cultivating ties to current MCA Deputy President Chan Kong Choy (via their mutual friend Dato' Ta Kin Yan - businessman with ties to pirated disc syndicates) and the president Ong Ka Ting. He hated MCA Youth leader Ong Tee Keat, even sending gang members to create trouble in Ong Tee Keat's constituency Ampang Jaya. Subsequently, Ong Tee Keat has been increasingly sidelined by both MCA and UMNO (2006 MCA General Assembly and sniping with Hishamuddin). During the 2004 General Election, Koo Tee Yam allegedly handed over RM20 million in donations to the Prime Minister personally. The meeting was supposedly arranged by former MCA Youth leader Dato' Seri Kee Yong Wee @ Kee Ah Mat. Since then, he has boasted that the police couldn't touch him. When the previous IGP came to power, incensed with what he heard, arrested Koo Tee Yam under the ISA. The newspapers had a field day on this story. A court found him innocent and ordered him released. The police however swooped in again to arrest him. Three days later, the Federal Court (Justice Datuk Pajan Singh Gill, Justice Datuk Richard Malanjum and Justice Datuk Augustine Paul) ordered his unconditional released citing that the detainees rights had been circumvented by the police, which is the same argument given by hundreds of ISA detainess to the Federal Court - all shot down and many spent years if not decades under detention. Was corruption involved? We may only speculate. Recently news broke out that our Deputy Internal Security Minister Datuk Johari was implicated in taking bribes to release three underworld bosses from detention. Can you connect the dots? Now, Koo Tee Yam's empire was breaking up into internal warfare. One of his liutenants Tan Yew Hock, the former special assistant to former Bukit Bintang MP Datuk Dr Lee Chong Meng, was shot dead at Jalan Pandan Jaya. Tan Yew Hock was Koo Tee Yam's personal assistant to handle matters with the authorities. In order to get out and reassert control over his empire, Koo Tee Yam arranged a meeting with the Prime Minister's men including Datuk Johari. RM7 million exchanged hands to secure his freedom, and he left for Hong Kong shortly afterwards. That is the last we have heard of him. Or maybe he just had a well connected lawyer, Muhammad Shafee Abdullah, who has represented a legion of criminals and corrupt men but that is a story for another day. After his release, his counsel released a statement on his behalf with these illuminating sentence: We must stress here that Tee Yam and his family has the highest respect for our Malaysian judiciary and the Honourable Minister of Home Affairs and his Deputy. This statement is made purely to criticize the highhanded attitude of the Police and not on any other Government agencies. I am instructed and authorized to made this statement. Very interesting, no? - Hubpages Inc., 2006
************************************************************ Jutawan ditahan semula -- *Terlibat pelbagai kegiatan haram *Ancaman kepada keselamatan awam Oleh YAP LEE YING dan MOHD. FAIRUZ YUSOF |  | | KOO TEE YAM (kanan) bersama peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah (tengah), sempat melambaikan tangan ketika ditahan semula oleh polis sebaik sahaja dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor semalam. | Jutawan yang dipercayai memiliki aset bernilai RM1 bilion yang mencetuskan kontroversi apabila enggan keluar dari Penjara walaupun telah dibebaskan oleh mahkamah, hari ini ditahan semula di bawah Ordinan Darurat 1969. Koo Tee Yam, 48, ditahan semula sebaik melangkah keluar dari penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan beliau pada 19 Oktober lalu selepas permohonan habeas corpusnya didengar. Dia sebelum ini ditahan di sebuah restoran di Bukit Bintang di sini pada 26 Mac tahun lalu sebelum dipenjarakan di Simpang Renggam, Kluang, Johor. Keputusan pembebasan Tee Yam dibuat oleh panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Pajan Singh Gill, Datuk Richard Malanjum dan Datuk S. Augustine Paul. Bagaimanapun, Tee Yam yang sepatutnya dibebaskan Rabu lalu, dilaporkan enggan meninggalkan pusat tahanan di Simpang Renggam itu kerana bimbang ditahan semula oleh pasukan polis dari Bukit Aman. Kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila Tee Yam yang dibebaskan pada pukul 1.30 petang ini, diberkas semula mengikut Ordinan Darurat 1969 sebaik sahaja melangkah keluar dari kawasan penjara. Seorang pegawai polis, Asisten Supritendan Zabidi Kadir Mohamad membacakan waran tangkap kepada lelaki itu sebelum dia dibawa masuk ke dalam van polis. Ketika dibebaskan, Tee Yam yang memakai baju-T belang hijau, seluar coklat dan kasut hitam, sempat mencium dan memberikan sesuatu kepada isterinya, Chia Mei Sim sebelum waran tangkap terhadapnya dibacakan. ``Saya berada di sini (Penjara Simpang Renggam) selama 17 bulan. Apa salah saya,'' tanya beliau dalam bahasa Kantonis kepada pemberita dan orang ramai yang telah berkampung di luar penjara itu sejak lima hari lalu. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Fauzi Saari memberitahu Mingguan Malaysia: ``Dia (Tee Yam) dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan haram seperti pelacuran, kongsi gelap, perjudian, kelab malam dan ah long yang mampu mengancam keselamatan orang ramai. ``Polis menahan lelaki itu atas dasar keselamatan negara.'' Katanya lagi, jutawan itu ditahan selama 60 hari di bawah ordinan tersebut. Penahanan Tee Yam katanya, adalah sebagai jaminan keselamatan masyarakat umum. Peguam Tee Yam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang turut berada di luar penjara itu berkata, ahli perniagaan itu ditahan atas empat sebab iaitu menganggotai kumpulan kongsi gelap, terlibat dalam aktiviti mencurigakan, kegiatan jenayah dan perkara yang berkaitan. ``Bagaimanapun, Seksyen 4(1) ordinan itu membenarkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri menahan Tee Yam sehingga dua tahun selepas ditahan selama 60 hari,'' katanya. Lelaki itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dipercayai memiliki aset bernilai RM1 bilion, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membuat laporan polis. Tee Yam kemudian dibawa terus ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Mohd. Fauzi berkata, sepanjang tempoh penahanan 60 hari itu, polis akan mendapatkan perintah daripada menteri berkenaan supaya penahanan Tee Yam dilanjutkan dua tahun lagi. Tee Yam pernah melalui lima proses perbicaraan dan mengemukakan rayuan melalui Muhammad Shafee di Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Mei sehingga 7 Julai lalu. Dalam rayuan bagi permohonan habeas corpus di Mahkamah Persekutuan, Tee Yam diwakili barisan peguam diketuai Muhammad Shafee, Kaushalya Rajathurai, Frida Krishnan dan Lilian Lee. Pihak responden diwakili oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Yusof Zainal Abiden, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Kamaluddin Mohd. Said, Mohd. Najib Zakaria, Fazillah Begum Abd. Ghani dan Tengku Amri Zaki Tengku Abdul Rahman. Muhammad Shafee dalam hujahnya antara lain mengemukakan alasan mala fide (niat jahat) dari mula Tee Yam ditahan oleh polis sehingga 60 hari tempoh penahanan yang dibenarkan, dan tidak mengikut peraturan seperti dinyatakan oleh Lembaga Penasihat. - Utusan Malaysia, 30 Oct 2005
|