A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow JANGAN SALAH NILAI

JANGAN SALAH NILAI PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 11 February 2009 14:50

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita. 

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong. 

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.  

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – dua molikul hydrogen dan satu molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti 

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tal Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata 'yes' sekejap kata 'no'. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang 'mencampuri' gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong. 

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.

Comments (12)Add Comment
...
written by Juli, February 11, 2009 14:55:07
Agree, & u have concluded it very wisely... smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 1
agree 62
...
written by rpremkumar2u, February 11, 2009 15:00:29
Agreed. We cant compare apples with oranges.
report abuse
disagree 0
agree 31
...
written by deekay, February 11, 2009 15:08:51
Yeah.....i find myself in agreement with this article. Very enlightening.
report abuse
disagree 0
agree 31
...
written by Rozlan, February 11, 2009 15:10:10
Hisham

Thanks.I had been trying for days to find suitable words about "lompat parti" to the public..You had given me a good presentation
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by Democrats, February 11, 2009 15:20:29
A liar will never speak to you straight in the eyes. Say all you want, if you tell the truth, you can always look people in the eyes or isn't even worried being strapped to the polygraph machine. Look at these people's press conference and you will know. ASk any body language expert and the will tell you.

That is why some swear by the Quran - close your eyes or look at the book will allow you to lie better.

report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Godflesh, February 11, 2009 15:23:35
Don't insult dogs. They're nice lovable, loyal craetures. She is what she is, an evil selfish person, disabled or otherwise.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Mag M, February 11, 2009 15:41:43
Unfortunately, money has blinded these people and they have joined the dark forces. Sad day for Malaysia and all Malaysians.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by thor, February 11, 2009 16:19:25
Saudara Hisham, tepat sekali!!. Spot on.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by asguard, February 11, 2009 16:38:44
Kalau baik dibuat dengan jasa akan dibalas balik, kalau jahat dibuat dengan niat yang jahat tetap dibalas dengan tindakan semarak!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Tornado, February 11, 2009 17:03:51
Kekeliruan sering berlaku. menyebabkan perkara baik jadi jahat dan jahat jadi baik. Tetapi baik tetap baik dan jahat tetap jahat. 2 perkara ini tidak mungkin akan bersatu, serupa atau sama.

Amat sukar untuk tentukan sama ada sesuatu itu baik atau jahat sehinggalah ia mengolah keputusan. Kesukaran wujud dari persepsi umum. Ada kata baik, ada kata jahat ada kata "No Comment".

Tetapi perlu diingat, setiap yang baik dapat balasan yang baik walaupun lewat dan sebaliknya. Natijahnya tetap diterima berasas dari perkara yang dilakukan, baik atau jahat.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Celik, February 12, 2009 01:11:02
BETUL. AIR DAN MINYAK TAK SAMA. APATAH LAGI KALAU MINYAK HITAM YANG KOTOR !
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Goostee, February 12, 2009 11:58:26
Sham,

Tulisan sebegini sepatutnya menyedarkan yang belum sedar dan menginsafkan yang mau insaf. Sama-samalah kita berdoa orang yang terlibat terbuka hatinya untuk bertaubat. Masa masih ada dan Islam sentiasa membuka ruang bagi yang betul2 insaf. Dengan restuNYA, mana tahu mereka tiba2 tergerak hati untuk mengosongkan kerusi masing2 dan mengembalikan kuasa rakyat untuk meredakan hati ? Lagi pun ia bukan langkah yang merugikan !!!
report abuse
disagree 1
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM