A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 08 February 2009 12:47

nizar

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

Comments (49)Add Comment
...
written by gx27, February 08, 2009 12:53:24
Datuk Nizar, you are a true statesman.
report abuse
disagree 6
agree 274
...
written by clusco, February 08, 2009 12:54:59
Thanks YB for the explanation, we as rakyat do understand your situation. What ever happen, we'll always support you and PR.
report abuse
disagree 4
agree 209
...
written by tgalexei, February 08, 2009 12:55:02
Sokongan setia rakyat Perak sntiasa bersama YB. Teruskan perjuangan demi keadilan, dan jangan beri kemenangan untuk anjing-anjing yang tamakkan kuasa.
report abuse
disagree 4
agree 129
...
written by DreamLady, February 08, 2009 13:00:18
Saudara Nizar, you are making me cry as I read your emotional speech.....

Oh, my God, please, help us, the victimized rakyat of malaysia!!!!
report abuse
disagree 3
agree 150
...
written by INSTINCT, February 08, 2009 13:00:50
Semoga Allah pelihara kesejahteraan dan kewarasan Dato. Teruskan khidmat Dato Raja adil raja di sembah raja zalim raja di sanggah. At this stage amongst the most sensible views about the constitutional crisis that is also most palatable was the one given by Tengku Razaleigh...

Allah bersama orang-rang yang sabar. Insyallah...
report abuse
disagree 2
agree 97
...
written by myke, February 08, 2009 13:01:54
YB, penyokong di Perak bersama mu, penyokong seluruh negara bersama mu jua.
report abuse
disagree 2
agree 94
...
written by Concerned_Citizen, February 08, 2009 13:02:52
MB Nizar, you have my highest salute. Hat off for you my Dear Sir! No matter what happens even if Perak has fallen into the devil hands and kick you out illegally, you are still my MB!

Tell the Um-No goon go to sleep.
report abuse
disagree 1
agree 112
...
written by raven1958, February 08, 2009 13:04:21
Nizar..in the face of such adversity, you are a beam of light that ha given hope to thousands of people in this country who are fedof getting robbed day in day out...You are a hero, stand your ground. Dont listen to all the sissies who want to roll over and play dead. You are a true pahlawan.
report abuse
disagree 1
agree 82
...
written by asguard, February 08, 2009 13:04:55
Kami akan tetap bersama dengan Dato Nizar!
report abuse
disagree 1
agree 90
...
written by KopiPanas, February 08, 2009 13:05:16
YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin,

Kuasa Pemerintahan itu, datang dari Allah SWT. dan dengan kehendak Allah jua kuasa terlucut. Kuasa Pemerintahan suatu amanah, datang bersamanya pelbagai tugas dan tanggungjawab serta juga fitnah-fitnah. Allah swt ,mungkin mengasihani YAB Dato' Seri, maka ditarik kembali amanah kuasa pemerintahan itu, untuk digantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Wassalam.
" Berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" - Maksud Surah Al-Asr
report abuse
disagree 7
agree 54
...
written by INSTINCT, February 08, 2009 13:10:22
Dipetik dari http://aneroid09.********.com/...-adil.html

RasuluLLAH pernah menceritakan suatu kisah.

Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasai kezaliman yang dilakukannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya....
report abuse
disagree 2
agree 54
...
written by panca, February 08, 2009 13:14:36
MB Nizar, you are the legitimate MB in the government the Rakyat have elected, P.

BNajis gomen is 'haram'.
report abuse
disagree 2
agree 63
...
written by SamSan, February 08, 2009 13:16:16
If AMENO keeps amending, raping and prostituting our Constitution, wherein the immunity of noble and beloved Rulers have evaporated, how can they say they now want to protect the same Rulers image. I demand the ruling AMENO government reinstate back the original constitution and restore the immunity of our beloved rulers who are the last bastion of our democratic institution. Otherwise rest assured that our beloved founding father Tunku Abdul Rahman's Mahsuri curse will be upon those who had desecrated our beloved and noble Constitution.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
report abuse
disagree 2
agree 29
...
written by Beezee_Beezee, February 08, 2009 13:22:32
Yg Berbahagia Dato Seri...Kami diSabah sentiasa mengikuti perkembangan Politik semasa terutama sekali diNegeri Perak. Kami juga berasa terharu terhada apa yg terjadi terhadap kerajaan PR yg diketuai olih YBDSN.
Atas dasar BN yg mengutamakan Politik Termakan Budi ini menjadikan Istana medan pertempuran perlembagaan dan undang-undang.
Insyallah apa yg dinayatakan olih Daro Seri diatas akan menemui jalan yg diredaai ALLAH SWT. Insyallah.
Kami juga menyokong tindakan Dato Seri dengan tidak meletakkan jawatan sehingga selesai dengan pembicaraan mahkamah diatas lantikan MB yg Haram itu.
Kami juga memohon supaya rakyat Perak tidak akan melakukan sesuatu yg tidak berahlak dan salah disegi Undang undang UMNO buat masa ini.
Hidup YB Dato Seri dan keluarga..Hidhup PR...
report abuse
disagree 1
agree 46
...
written by Agahdemo, February 08, 2009 13:23:00
Kami rakyat Malaysia tetap berdiri bersama MB Nizar....

Dalam waktu yang singkat di bawah bimbingan dan pentadbiran MB Nizar, kami banyak melihat perubahan perubahan baik yang dilaksanakan yang mesra rakyat dan cukup prihatin kepada semua lapisan masyarakat tidak kira kaum dan agama......

MB Nizar, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, telus and berwibawa....
report abuse
disagree 3
agree 41
...
written by michaelT, February 08, 2009 13:23:07
YAB MB, Please be stronger and keep focus to the MB SEAT. Your practice of Patience and the clarity of the TRUTH is virtous and you are protected from harm and danger from the Almighty.The Perakians and Rakyat throughout the Nation is with yuo. Keep the street protest going to create an atmosphere of their guilt. The Smile of DPM is sooo cynical and insincere. Let the ralyat be a human wall at your official resident to protect you and your administrators.
report abuse
disagree 1
agree 30
...
written by Ahjamal, February 08, 2009 13:31:36
YAB MB as long as your raykat with the wisdom and grace from the ALL MIGHTY you will be protected . Things work is difference ways and I pray His Highness will rethink
for the good of his subject and not be fooled by Najib with the 3 Adun that are not fit to be his state Perak.
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by Msahibul56, February 08, 2009 13:43:39
The Quran states that FITNAH IS WORSE THAN MURDER (2:191) and commands Muslims to kill or banish them wherever you may find them.

So take heed, spin doctors of BN owned medias. You are worse than murderers.
report abuse
disagree 1
agree 32
...
written by tenang, February 08, 2009 13:50:19
It is clear you have cool head and good heart in defending the MB post and hence the voice of the people. You have my support, and many others' support too. Hang in there.
report abuse
disagree 0
agree 32
...
written by INSTINCT, February 08, 2009 14:02:34
Dipetik dari http://oxyrus90starkey.multipl...ws/item/16

Sabda Nabi S.A.W: Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara : (1) Dengan ilmu para ulama, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (2) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin.

Maka sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.

Wallahuallam...
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by thinktank observer, February 08, 2009 14:10:32
Inna-Allah ha ma'a sobirin" yang bermaksud:'Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar'. Dato Nizar,your way of being humble, has caused tears in my eyes, and nevertheless you have my blessing. May PR in the next election win with enormous victory. The UMNO actually did not win, but won by force due to the setan frogs. The power lies in the peoples hand that decides the votes.
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by mamanur, February 08, 2009 15:29:31
Assalamualaikum,
YB Nizar, i am very proud to have MB like you, and will strive to keep the honor of your name and your position.
we are like his mirror, we should emulate his good quality

Wassalam
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by glock17, February 08, 2009 15:33:51
We thank Gd that there are true leader that rise to the ocassion existing in this beloved country ...particularly MB Nizar.

What you are goin through is the most hardest challenges any MB had face in the history of the nation.

Gd is with you, the rakyat is with you, the world is with you, the righteous are with you, and the judiciary will be with you.

Be strong and calm in facing the massive dark shadowy evil of Amnoputras regime satanic hordes charging straight to your direction, hold your ground and be courageous when facing this madness ...remember your struggle are for the better future of the coming young generations and this is a noble sacrifice not many have the quality to uptake.

The rakyat is with you now more than ever, some openly and many quietly. When the time arise we shall crown you to be our great country leader or perhaps our next new PM in line.

Shalom

report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by ibabonma, February 08, 2009 16:31:39
Typical Hang Jebat, in you. We all love you.
report abuse
disagree 1
agree 23
...
written by Zym Zym, February 08, 2009 16:31:45
Ada peruntukan untuk menguli-gulikan raja-raja di sini ala revolusi perancis? :-P
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by sahabat, February 08, 2009 17:28:19
I don't think UMNO/BN has a leader that could match Nizar's standrad. Nizar, you're wonderful leader not only for Perak but the whole of Malaysia.

We pray we can overcome the whole crisis shortly. God is Great.
report abuse
disagree 0
agree 25
...
written by michaelT, February 08, 2009 17:38:32
YAB Nizar, You are a truly Perakians leader. You are impeccable. Please spend m,ore of your time and same with all EXCO members. Keep going too the grassroots and explain the predicament you faced. You are besiege and under tremendous stress and duress more than that Lady who gave the state so much fear and uncertainty. All should condemn HEE YIT FOONG.
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by GobloGadhero, February 08, 2009 17:44:43
YAB, we agree with you, however, we are those who are internet connected. However, many of our seniors are not. They depend heavily on MSM for news. Hence, it is crucial that you send your communications team to enlighten the grassroots: all our pak-ciks, mak-ciks, uncles, aunties. Then their understanding will deepen.

Start by printing out this media statement and send it out to the grassroots by the kilo.
report abuse
disagree 0
agree 14
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by TheMessenger, February 08, 2009 18:04:26
YAB Dato Seri Nizar,

Kita bersyukur kerana kita digolongkan dalam golongan orang yang 'sedar'. itulah kemenangan kita yang pertama, dan inilah juga membezakan kita dari mereka.

Bersyukurlah saudara2 ku, tak kira apa bangsa kamu dan apa pegangan kamu, kerana kita tergolong dalam golongan yg 'sedar'. Besar nikmatnya..

YAB Nizar, I'm with you, all the way..
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by Bloodhound, February 08, 2009 18:16:20

Datuk Nizar,

As long as you have not officially step down as MB, you will always remain my MB.

Below is an extract that clearly state that you had not done anything wrong. In fact, it says that what you had done is exactly what is demanded of a champion of democracy - your loyalty to the rule of law.

http://www.thenutgraph.com/perak-must-not-fail


".......In his judgement, Harley A-G OCJ ruled that the governor can only dismiss the chief minister when both these conditions are satisfied:

"(a) The chief minister has lost the confidence of the House, and

"(b) The chief minister has refused to resign and failed to advise a dissolution."

The principles about a no-confidence vote and royal consent are very much the core of parliamentary democracy and constitutional monarchy. Violating them is not merely changing the government of the day, it is changing the very political system we are in.

It then becomes regime change, not a mere government change.

Abusing Nizar for sticking to his guns will not do, for this is the exact circumstance the mechanism of dissolution is designed for.

And if the political system is changed via extra-constitutional means, it is effectively a coup against the current constitutional setting.

Crisis-turned-coup

Flowing from the principles discussed above, these are the facts:

Until and unless Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is removed by a no-confidence vote or resigns of his own accord, he is the rightful and only menteri besar of Perak Darul Ridzuan. His executive council the only rightful government as per Article 16 of the State Constitution of Perak. This point has been categorically stated by the highly respected prince Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Any act to vacate the office of menteri besar and the executive council, and any advice to that effect is extra-constitutional.
Even if sworn in, the new menteri besar and the new executive council are illegitimate.
All actions by all the actors have now become constitutionally significant, either for or against the highest law of the state.

Nizar and his executive council's attempt to carry out their business as usual is therefore the most patriotic and loyalist act in defending the state constitution, and by extension, parliamentary democracy and constitutional monarchy.

The Parliamentary Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is right that this is not a collision against the palace.


Nizar is being loyal to the rule of law
(© hussein / wikipedia)
On the contrary, Nizar will go down in history as a defender of parliamentary democracy and constitutional monarchy in the 481-year-old Sultanate of Perak, politically one of the most developed states since the 1950s. He is being loyal to the political system, to the rule of law.

The subjects of Perak and citizens of Malaysia who choose to stand by the loyal menteri besar are similarly upholding rule of law and the political system.

In 1984, the year that Sultan Azlan Shah succeeded the Perak throne, he aptly defined the rule of law when delivering the 11th Tunku Abdul Rahman lecture in November:

"The rule of law means literally what it says: The rule of the law.

"Taken in its broadest sense this means that people should obey the law and be ruled by it.

"But in political and legal theory it has come to be read in a narrow sense, that the government shall be ruled by law and be subject to it.

"The ideal of the Rule of Law in this sense is often expressed by the phrase 'government by law and not by man'."

The Sultan's refusal to dissolve the state legislative assembly upon request by the menteri besar was controversial. When the Sultan instructed the menteri besar to resign, the controversy became a constitutional crisis. But when the Sultan swore in the BN-installed menteri besar, he effectively conjured a new government to parallel the existing, democratically-elected one. This effectively turned the crisis into a "coup".

Pushing the constitutional crisis into a constitutional coup is disastrous both politically and economically.

(corrected) The last of such coups happened in Sabah in April 1985, half a year after Sultan Azlan Shah's speech. At that time, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan's Parti Bersatu Sabah won a slim majority. But in a dramatic development following the counting of votes, a delegation headed by Tun Mustapha Harun of the United Sabah National Organisation went to governor Tun Mohamed Adnan's official residence in the early hours of 22 April and got Adnan to swear Mustapha in as chief minister. Later the same morning, Adnan revoked the appointment and then swore in Pairin as chief minister due to huge public pressure.

The only democratic way out of this mess now is for the Pakatan Rakyat to challenge the legality of the BN government in court. The courts are the last resort to save democracy in Perak......"

report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by IbnAbdHalim, February 08, 2009 18:36:52
Rafidah mahu diambil tindakan terhadap Nizar
Feb 8, 09 4:04pm
Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz meminta pihak berkuasa di Perak mengambil tindakan sewajarnya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berkeras untuk terus menderhaka terhadap Sultan Perak.

Katanya perbuatan mereka enggan meletak jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Azlan Shah untuk berbuat demikian merupakan perbuatan yang sangat memalukan dan sangat biadap, lapor Bernama.

"Mereka jelas tidak langsung menerima dan menghormati keputusan Sultan, dalam Tuanku melaksanakan kuasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafidah yang juga ahli Parlimen Kuala Kangsar, mahu tindakan turut diambil ke atas mereka kerana mengadakan "mesyuarat Exco Kerajaan Negeri" dan membuat beberapa keputusan sedangkan pada hakikatnya mereka tidak lagi berkuasa dalam kerajaan.

Tindakan itu sangat perlu diambil kerana perbuatan mereka itu boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat, katanya.

Semalam, Mohammad Nizar telah mempengerusikan 'mesyuarat khas Exco' di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh dan telah membuat keputusan kononnya 'meluluskan' empat perkara berkaitan pentadbiran negeri.

Rafidah menegaskan bahawa pada masa ini hanya ada satu kerajaan negeri di Perak iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) dan semua pihak perlu menghormati proses yang jelas termaktub dalam perlembagaan.

Berdasarkan perbuatan Mohammad Nizar, rakyat seharusnya boleh menilai sikap kurang sopan, cara-cara tak beretika, dan politik jalanan yang membawa kekacauan yang diamalkan pembangkang.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat ialah gabungan parti politik yang tidak berkemampuan dan tidak berwibawa untuk mentadbir kerajaan negeri Perak dan rakyat seharusnya menolak mereka, katanya.
======================================================= ===========================

Inilah penyakit yang menimpa kebanyakan pemimpin UMNO dan penyokong-penyokongnya. Mereka sudah hilang kewarasan dan tak dapat berfikir. Mungkin dek kerana terlalu banyak makan rezeki HARAM kot. Ialah, politik wang (rasuah) tak haram dan menjadi hak ahli UMNO. Sebab itulah mereka berdemonstrasi terhadap SPRM kerana badan itu menyiasat pemimpin mereka. Rasuah merupakan hak ahli UMNO, itulah tanggapan mereka.

Si nenek AP Kuala Kangsar ni dah menopause politik dan tak boleh berdfikir langsung. Dia hanya nampak hanya UMNO saja betul, orang lain semuanya salah. Hakikat sebenar dia tak dapat lihat. Pintu hati orang sepertinya nAllah dah tutup rapat-rapat sehinggakan yang betul dinampaknya salah dan yang salah dinampaknya betul.

Dalam kemelut politik di negeri Perak ini majoriti rakyat nampak terang tanpa perlu bersuluh siapa betul dan siapa salah tapi UMNO totok seperti Rafidah dan Zahid Allah butakan matahati mereka. Jadi mereka nampak Mohd Nizar Jamaludddin yang bersalah. Mereka mahu tindakan diambil terhadap pemimpin PR, tapi yang membuat kesalah BESAR ialah mereka. Mereka peralatkan sultan untuk kepentingan mereka dan tuduh PR membuat onar. Tak tahulah nak gelar apa manusia jenis ini. Mungkin mereka bukan dari golongan manusia kot.

Mereka kata keengganan Mohd Nizar meletakkan jawatan merupakan derhaka dan memalukan. Adakah mereka sedare apa yang mereka ucapkan? Adakah mereka buta undang-undang? Atau adakah mereka siuman?
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by SL Chan, February 08, 2009 19:00:19
YAB Nizar,

You are a true stateman and a person with humility...You are still the MB of Perak as far as i am concern...We will support you all the way as you have the heart for the people...

We are PROUD OF YOU!!!
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by gorshan, February 08, 2009 19:13:24
someday in a not too long distance future Malaysia will be internationally recognized at the United Nation as 'Republic of Malaysia' .till that day comes bow humbly towards all the royalty and bide your time smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by kavidibaku, February 08, 2009 19:23:18
God save GazaPerak.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Task Force 101, February 08, 2009 19:45:16
You are a good man and no one can break the eyes of Allah.

You will be safe and Allah will ensure you lead again.

Allah is with you. And so are we. Have no fear.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Alice, February 08, 2009 19:48:48
YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin -- YOU ARE A TRUE MUSLIM LEADER AND THE WORLD NEEDS LEADERS LIKE YOU. MAY GOD BE WITH YOU.

PERAKIANS GIVE HIM THE SUPPORT THAT HE BADLY NEEDS!
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by BUTEK, February 08, 2009 20:09:14
DON'T EVER RESIGN EVEN IF YOU WERE FORCED BY DSAI.... THE RULERS OF ISLAMIC NATION TODAY (ACCEPT ERDOGAN AND AHMADINEJAD) ARE MERELY PUPPET OF BRITISH/AMERICAN AND JEWS.....

PROUD TO BE SUPPORTER OF ISLAM....

AND PROUD TO DEFEND THE RULE OF ALLAH.....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by bknight, February 08, 2009 21:58:29
I salute you Datuk Nizar smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by bknight, February 08, 2009 22:02:15
setakat yang aku tau, YAB Datuk Nizar - Mentri Besar Perak yang SAH
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by chriscym, February 08, 2009 22:32:36
DS Nizar, although the battle seem to lose this time, Perakians love you. Come GE13, we want you to be our MB again. I was told by my colleague who his brother in law is your Personal Assistant, said that you are a very humble person. U have our support! Its saddening to see how you were being treated. Stay strong and healthy.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by syedgolafshah, February 08, 2009 23:16:19
DS Nizar you are a PM material. We need a character like you to provide leadership for Malaysians. You provide direction and inspire Malaysians. Your integrity is solid like rock. You are our next PM...no two ways about it.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ultraman3, February 09, 2009 00:10:33
kalau menyanjung betul institusi Raja...just let it go man...BN will definitely die in the next elections...you are a learned man ...have faith in god....this is just a small dugaan for you & your followers...kena hormat sikit orang yang bagi awak that position...eventhough your party won less than UMNO..you will get it back later...Yang gelojoh sangat ni hanyalah org yang tak yakin dgn Qada & Qadar..

Dunia ni hanya sementara...akhirat yg berkekalan...TAKBIR
report abuse
disagree 2
agree 1
...
written by wood, February 09, 2009 01:26:06
YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, The rakyat of Malaysia respects you.
May God bless you and all your PR team.
smilies/wink.gif smilies/wink.gif smilies/wink.gif smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Siapabohong, February 09, 2009 03:23:03
Dear ultraman3,
Betullah kita kena yakin dengan Qada & Qadar tetapi tidak boleh hanya berpeluk tubuh mengharapkan sesuatu itu berlaku secara spontan. Dalam meyakini Qada & Qadar itu tersebut juga usaha untuk mencapai sesuatu itu, bukan semata-mata berpeluk tubuh macam menunggu habuan jatuh dari langit. Dalam isu MB ini, DS Ir Nizar mahu mempertahankan kedaulatan undang-undang dan prinsip-prinsip demokrasi yang telah dimaktubkan dalam sistem pemerintahan di Perak serta hak yang ada padanya. Jadi bukan isu DS MB itu gelojoh sangat nak berkuasa tetapi isu prinsip yang nak dipertahnakan dan hak yang masih ada padanya. Ini sepertilah mempertahankan prinsip-perinsip yang terkandung dalam sesuatu agama.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by raven1958, February 09, 2009 05:45:52
Today is all ABOUT GE13, if they can do this to a legitimate government, there is nothing to stop them from even not having GE13 or even calling in the army or imposing emergency rule if they loose the elections. You dont stand your ground now, the fight IS LOST. PAS , especially PAS youth has done an excellent job being in the forefront. PKR and the DAP need to do more. This is not the time for faint hearts.....it's a time for a thousand bravehearts....it's going to get ugly...hold on to your seats.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by CPY, February 09, 2009 10:17:58
Si UMNO tu membayangkan kita bagai derhaka, tetapi Mahatahi sendiri cabar Sultan demi lebih kuasa je! Kiat cabar dari sudut perundangan lah!

HIDUP HIDUP! HIDUP PAKATAN!
HIDUP HIDUP! HIDUP DAP!
HIDUP HIDUP! HIDUP PAS!
HISUP HIDUP! HIDUP PKR!

HANCUR HANCUR! HANCUR BN!
HANCUR HANCUR! HANCUR UMNO!
HANCUR HANCUR! HANCUR MCA!
HANCUR HANCUR! HANCUR MIC!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by CPY, February 09, 2009 10:23:28
maaf, maksud saya hiudp, bukan hisup! smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by WaKaliKong101, February 09, 2009 10:40:07
Saudara Nizar, Someday, the children of your grandchildren will remember the legacy you will be leaving behind for all of them, your standing up for what is right in God's eyes.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM