A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Pakatan Rakyat bantah SPR, ketepikan kuasa Speaker

Pakatan Rakyat bantah SPR, ketepikan kuasa Speaker PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 04 February 2009 10:15

(Hrkh) - PAS bersama Pakatan Rakyat sepakat membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang secara jelas mengenepikan bidang kuasa Speaker yang termaktub dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan SPR di mana perlu mengadakan pilihan raya kecil setelah keputusan Speaker menghantar notis makluman kekosongan kerusi dua Dun kepada badan itu.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi Harakahdaily lewat tengah malam tadi memberitahu bahawa bidang kuasa Speaker sudah jelas dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menolak notis pengosongan tersebut.

"SPR hanya boleh terima keputusan Speaker dan bukannya menyiasat atau membuat inkuiri. Asasnya pilihan raya kecil mesti disyhtiharkan oleh SPR dan sebarang keraguan yang berbangkit boleh dicabar dimahkamah.

"Setakat ini PAS bersama Pakatan Rakyat beranggapan dua Adun tersebut telah meletakkan jawatan," katanya yang telah pun mengadakan perbincangan dengan pimpinan komponen Pakatan Rakyat berhubung keputusan SPR itu.

Beliau dalam pada itu menyeru kepada rakyat khususnya penduduk Negeri Perak supaya terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan bersedia untuk mengahadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak berikutan tindakan dua Adun yang dilihat cuba untuk menggugat kestabilan politik Perak.

Image"Tindakan undang-undang sedang dirancang oleh Pakatan Rakyat untuk menangani hal terbabit," katanya ringkas dan mahu seluruh rakyat berdoa supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak semakin kukuh sekaligus terus mentadbir dan memimpin rakyat amnya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

"Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sementara itu DAP memberi tempoh 48 jam untuk SPR menarik balik keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil. Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

"SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau dalam sidang akhbar di ibu Pejabat DAP negeri dekat sini.

Sementara itu Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mahu penduduk Perak menolak keputusan SPR yang tidak menghormati malah tidak berhak sama sekali mengenepikan Perlembagaan Persekutuan.

"Kepada penduduk Perak, anda supaya perlu tahu bahawa kerajaan yang anda sendiri pilih juga mempunyai haknya," katanya yang mahu semua pihak bertenang dan terus menjalani kehipan seperti biasa tanpa mengambil kira propaganda Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat sudah goyah sedangkan ianya masih kukuh dan stabil.

Comments (2)Add Comment
...
written by muhammad sabri, February 04, 2009 10:41:37
Najib sudah kekeringan idea

1) Gunakan SPR untuk menawan Perak
2) Merasuah 2 adun Perak untuk join UMNO, tapi tak menjadi.

Najib is finish...
Altantuya is waiting for him anxiously
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by CPY, February 04, 2009 11:04:03
Muhd Sabri, kalau BN guna SPR, pengaruh internet & PR akan melemahkan keberkesanan ini. Kalau ada Pilihanraya mengejut, mungkin PR ada sedikit kelebihan sahaja yg semakin meguat!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM