A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow PAS Perak sedia hadapi dua pilihan raya kecil serentak

PAS Perak sedia hadapi dua pilihan raya kecil serentak PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 03 February 2009 09:42

(Hrkh) - PAS Perak telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya kecil di Dun Behrang dan Changkat Jering jika sah dua adun kawasan itu melepaskan jawatan mereka.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang semasa mengulas keadaan terkini di Perak berikutan isu surat perletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bersedia memandangkan PAS Perak telah mengadakan seminar dalamannya pada 31 Januari lalu berhubung persediaan bagi menghadapi pilihan raya ke-13.

"Kita juga bersedia jika ada sebarang kemungkinan pilihan raya kecil negeri Perak jika Dun dibubarkan," tegasnya.

Beliau bagaimanapun percaya dua Adun yang didakwa akan menyertai Barisan Nasional itu tidak akan berbuat demikian kerana telah menyatakan ikrar taat setia kepada Sultan Perak bagi pembentukan kerajaan pada Mac 2008.

Mengulas ura-ura berkaitan Timbalan Speaker Dun Perak, Hee Yit Fong akan menyertai MCA, Ahmad Awnag berkata, setakat ini Adun Jelapang itu komited menyokong kerajaan Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Laporan media yang menyatakan Yit Fong akan menyertai MCA hanyalah 'perang psikologi' sahaja, sedangkan katanya Adun Jelapang itu sendiri tidak berminat sertai BN.

Ujarnya Yit Fong bukan bermasalah dengan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sebaliknya dengan kepimpinan DAP sahaja, justeru isu beliau mahu lompat parti tidak timbul.

Pada 2 Februari, Speaker Dun Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Beliau menemui Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Adli Abdullah pada jam 8.00 pagi 2 Februari lalu.

Sementara pada 1 Februari, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.

Comments (1)Add Comment
...
written by DreamLady, February 03, 2009 09:54:29
All the supporters have faith in Pakatan Rakyat, based on how they worked hand in hand, during by-elections in Permatang Pauh and KT. DAP and Keadilan members were in full force providing moral support for Pas, Pas and Dap did the same in Permatang Pauh for Keadilan. The strength of Unity knows no bounds as it glues the 3 components with contradicting ideologies to form the unique coalition. May God bless the people of Malaysia!

PAKATAN RAKYAT MENANG!
report abuse
disagree 1
agree 6

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM