A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kes dua Adun KeADILan, Anwar dakwa Najib terbabit

Kes dua Adun KeADILan, Anwar dakwa Najib terbabit PDF Print
Posted by admin   
Monday, 02 February 2009 19:22

Anwar Ibrahim, HARAKAH

SEMALAM saya di Bukit Mertajam, Machang Bubok, Penanti dan Seberang Jaya. Ada majlis Kong Xi Fa Cai, pelancaran cawangan parti, majlis perkahwinan dan jamuan. 

Pastinya sibuk lantaran drama "kehilangan" dua ADUN Perak. Maka majlis terganggu dengan deringan telefon dari pimpinan KeADILan Perak, Menteri Besar Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan pimpinan PAS serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pimpnan DAP.

Semua keenam-enam ADUN Perak termasuk Dato' Nasaruddin menemui saya di Yayasan Aman, Penanti. Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai.

Ulasan saya mengenai episod terbaru:

Pertama, babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Dato' Seri Najib terlibat secara langsung!

Malah dalam ucapan menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan Umno-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Dato' Nasa di Bota!

Kedua, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kongkalikong mengalu-alukan kehadhiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut!

Ketiga, apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu? Dato' Seri Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua ADUN tersebut.

Akhirulkalam, kita yakin insya-Allah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak.

Comments (11)Add Comment
...
written by boeytahan, February 02, 2009 19:27:52
Yes DSAI, bring them on!
report abuse
disagree 4
agree 53
...
written by JJ Kuyong, February 02, 2009 19:33:12
Jika ini benar, maka kita rakyat Malaysia harus ada tanggungjawab untuk menidakkan orang yang berkenaan untuk menerajui kepimpinan negara kerana dikhuatiri akan ujud seorang lagi Idi Amin di Malaysia yang akhirnya membawa kesengsaraan rakyat Malaysia.

Sebelum pun memegang tampuk tertinggi pemerentahan orang yang berkenaan telah menunjukkan belang sebenarnya apatah lagi apabila sudah menjadi orang nombor satu kelak. Kita Rakyat Malaysia harus menolak kepimpinan yang zalim dan tidak bermoral ini. Mari adakan pilihanraya semula dan dari situ biar rakyat yang menentukan jika kepimpinan orang yang berkenan diterima atau ditolak.
report abuse
disagree 4
agree 25
...
written by rajaphillips, February 02, 2009 20:15:31
Ya betul. Najib bersama dengan orang suruhannya Datuk Hamzah Zainuddin, Pengerusi Felcra
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by Alamak, February 02, 2009 20:47:31
Taktik kotor UMNO/BN ini sedang diawasi dengan dekat oleh rakyat S'wak dan sikap mereka ini akan memberi kesan yang sangat buruk kepada mereka menjelang pilihanraya yang akan datang ni... Dunia kiamat UMNO/BN dan kuncu-kuncunya pastinya akan tiba...
report abuse
disagree 1
agree 19
...
written by Clive, February 02, 2009 21:07:28
If those two are clean, do you believe that they will be threaten???? The reasons being that their body has glue with shits. Let us get rip of those corrupted leader and re-elect the clean and good leader.
In any religion "Corruption" are prohibited. smilies/angry.gif
report abuse
disagree 2
agree 16
...
written by kodoktua, February 02, 2009 21:54:05
Nampaknya sindrom "politik katak" yang sangat popular diamalkan di Sabah, menular juga ke Semenanjung akhirnya, ye!!! Parti-parti politik Semenanjung tak sepatutnya datang ke Sabah pada mulanya kerana "sindrom" ini senang berjangkit. Sekarang dah terbukti, kan! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by inoi, February 02, 2009 22:18:54
Desperado UMNO will try anything even will harm the RAKYAT,please be careful with malicious spread by UMNO>
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by AzizKadir2u, February 02, 2009 22:20:20
kita rakyat jelata sedia membantu pakatan rakyat, Rakyat bersatupadu menghadapi Umnoputra dan Bn yang rasuah, tamak, bangga, mereka Umno putra Kroni kaya, kita rakyat menderita.
kita insaf, kita undi hati hati. we vote peacefully. for change, yes we can. kita malaysia boleh, orang hilang, bala hilang, altantuya hilang, adun hilang, wang ehsan hilang, Umno dan cronikroni kaya, rakyat jelata menderita.. kita mesti insaf. undilah pakatan rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Kunta Kinte, February 02, 2009 23:36:20
Ok...time for Ezam to bring his six boxes of secrets again.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by wongnoball, February 03, 2009 06:59:29
Anwar, Please Don't try to Defend those Losers in your Party if it is proven true. Start educating your Malay Dominated PKR that to form government we do not need this Malay MP, Islam MP ideology...either we are all Malaysian or Dogs...!!

Stuff those MT editors who still want to promote the numbers and Race game....Ooi Bangsat Obama first Black American President lah....ini tahun 2009. Masih bawah Tempurung??
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by evaangel, February 03, 2009 07:35:01
What does kongkalikong mean? smilies/shocked.gif smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM