A+ | A- | Reset
Home

Umno hilang upaya tarik simpati rakyat PDF Print
Posted by admin   
Monday, 02 February 2009 19:18

(Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) kini 'hilang upaya' bagi mempertahankan kerajaan yang dikuasai mereka sekarang memandangkan isu pembangunan dan projek sudah ditolak rakyat.

Taktik yang dipertahankan sejak merdeka ternyata ditolak rakyat terutamanya golongan muda berdasar petunjuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan pilihan raya umum lalu.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata, selama ini BN hanya menggunakan senjata pembangunan dan projek segera setiap kali menghadapi pilihan raya bagi menarik simpati rakyat.

"Kempen pembangunan sudah tidak terkesan lagi di hati rakyat. Politik ugut dan umpan itu sudah ketinggalan zaman. Apa yang rakyat mahu ketelusan pemimpin dan parti yang diwakilinya.

"Isu pembangunan menjadi propaganda yang diulang-ulang pada setiap kali pilihan raya diadakan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Batu berkata, selepas menyedari taktik tersebut kurang mendapat sambutan, mereka cuba pula mempermainkan sentimen bersikap perkauman.

"Dalam kempen BN di Kuala Terengganu baru-baru ini, mereka menghasut orang Tionghua supaya menentang hudud yang dibawa PAS. Dan PAS pula dianggap ekstrem.

"Manakala ketika berkempen di kawasan orang Melayu pula Umno mendakwa PAS sudah lupa janjinya mahu melaksanakan hudud.

"Inilah sikap talam dua muka yang diamalkan pemimpin Umno dan BN sehingga akhirnya mereka ditolak rakyat di Kuala Terengganu," ujarnya.

Beliau juga yakin rakyat semakin cenderong kepada Pakatan Rakyat selepas melihat sendiri kejayaan mentadbir lima negeri sekarang.

Menurutnya keadaan itu cukup merimaskan pemimpin Umno dan BN sekarang, lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Pensiangan, Sabah tidak lama lagi.

Selain itu, mereka juga cukup bimbang bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Beliau juga mencadangkan Menteri Luar mengambil langkah yang konsisten bagi menentang keganasan yang berlaku di Palestin dan Sri Lanka sekarang.

"Pakatan Rakyat juga mengambil satu pendirian yang tegas dalam isu ini. Kita selama ini konsisten menyokong perjuangan bagi menegak keadilan," katanya.
Comments (6)Add Comment
...
written by JJ Kuyong, February 02, 2009 19:40:48
Di Pensiangan kami orang tempatan sini tahu apa nak buat, yang pastinya Menteri Luar dan Zahid Hamidi telah pun memberitahu kami bahawa calun BN (Siapa pun dia) harus ditolak dan di kalahkan. mereka telah menyakitkan hati kami yang rata-rata berugama keristian di sini. Kami tidak pernah mencabar ugama islam dan orang melayu malah ada diantar kami mempunyai saudara mara yang berugama islam.

Terima kasih Menteri Luar dan YB. Dato' Dr. Zahid Hamidi kerana telah memberikan kami satu CLUE calun yang mana harus ditolak dalam pilihan raya kecil pensiangan.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Beezee_Beezee, February 02, 2009 20:37:11
Hoi orang SABAH...Cakap tak serupa Bikin....Kalau mengikut rekod, Orang Sabah cuma CAKAP saja lah. Kalaulah kamu semua sungguh-sungguh, buktikan lah undi Pembangkang.
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by JJ Kuyong, February 02, 2009 21:05:46
Hai Kawan,

Kita Sudah juga undi PKR tapi itu PTI lagi banyak mari, apa macam mau buat. Sekarang, lagi ramai dan UMNO/BN buat pendaftaran kasih Kad Pengenalan Hijau sama itu PTI, awak pun tahu itu najis ada cakap sabah ini adalag Fix Deposit UMNO! apa mau buat, mari datang tolong kami sini.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by DreamLady, February 02, 2009 21:18:50
Wahai saudara kuyong, terima kasih atas sokongan kamu terhadap pakatan rakyat. Saya minta supaya saudara ajak kawan kawan dan jiran jiran undi PR, lebih elok lagi kalau saudara cerita lebih lanjut sebab sebab kita harus undi party yang bermoral, party yang timbang rasa, dan party yang berperikemanusian. kemungkinan besar kita akan pergi menyaksikan pilihan raya kecil atau besar di negeri saudara.....

Saya doa semoga saudara dan sekeluarga sentiasa di lindungi Allah!!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by AzizKadir2u, February 02, 2009 22:25:41
Umnoputra, Najis dan kronikroni ini, mereka terang terang rompak rakyat dengan,
tol tol jalan raya, mereka terangterang rompak rakyat dengan wang ehsan, orang hilang, Bala hilang, Altantuya C4 mati/hilang, Adun perak hilang, duit helicopter hilang, duit submarine hilang, hanya Umnoputra dan KroniCronies kaya, rakyat jelata menderita.
Macam mana, mana ada undang undang ? kita rakyat mesti insaf, insyaallah kita rakyat jelata bersatupadu mengundi pakatan rakyat, kita ada govermen baru, kalau tidak Umno dosa, Rakyat lagi menderita.
ingat, kita kali ini, semua rakyat pilih dan pangkah Bulan, Roket dan Mata....
kita pakai Mata, naik Roket pergi ke Bulan. kita rakyat boleh, memdiamkan dan memhapuskan Umno. Malaysia boleh ! Kroni boleh pergi jauh jauh. rakyat ada kuasa.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by asguard, February 03, 2009 09:06:20
UMNO sudah jadi parti tiga suku..apa lagi nak!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM