A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kekalahan BN di KT akan berulang di Behrang, Changkat Jering

Kekalahan BN di KT akan berulang di Behrang, Changkat Jering PDF Print
Posted by admin   
Monday, 02 February 2009 10:58

(Hrkh) - Kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan berulang jika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering diadakan, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Trend sekarang ialah trend menolak Umno dan Barisan Nasional. Rakyat tidak mahu apa yang dibimbangi oleh (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) akan berlaku di mana beliau berkata, kita akan dapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah selepas pemilihan Umno Mac ini jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih," katanya.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Bagaimanapun, Jamaluddin menafikan mereka meletakkan jawatan.

Menurut laporan The Star Online, beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.

Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing.

"Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.

Mengulas penafian Jamaluddin itu, Mahfuz berkata, jika surat tersebut telah ditandatangani dan ia jelas menyebutkan pengosongan kerusi, kedua-duanya dengan sendirinya terlucut jawatan mereka.

"Eloklah mereka mengosongkan kerusi kerana mereka tidak menjalankan tugas dengan baik. Mereka hilang berhari-hari tanpa dapat dikesan ketika Perdana Menteri menyatakan ada kemungkinan Adun dari Pakatan Rakyat (PR) di Perak akan menyertai BN.

"Kita amat yakin BN menyambut baik pengosongan kerusi kedua-dua Adun itu kerana para pemimpin mereka jugalah yang sebelum ini mahu supaya wakil rakyat yang melompat parti supaya mengosongkan kerusi.

"Sekarang sudah terlaksana. Kita yakin BN pasti akan menyambut baik perkembangan ini," katanya.

Anak kepada Jamaluddin pula mendakwa bapanya mungkin menjadi wakil rakyat Bebas.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai BN seperti dilaporkan media.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini, Ali juga mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lalu.

Comments (10)Add Comment
...
written by DreamLady, February 02, 2009 11:03:11
Yes, PAKTAN RAKYAT akan MENANG lagi, dan lebih hebat sekali!!!!
report abuse
disagree 2
agree 30
...
written by thum, February 02, 2009 11:05:04
are these 2 reps so short sighted kah? Very disappointed in them.
Anyway, I hope there is snap elections in Perak and PR win bigger.
anyone implicated in murder cannot be allowed to hold the top job in our country
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by Ben, February 02, 2009 11:10:40
Puji Allah yang memberi kebijaksanaan kepada tauladan pemimpin PR supaya semua pemimpin dikehendaki memberi jaminan tidak menjadi katak dengan memberi surat letak jawatan jika perkara sedemikian berlaku. Sekarang kita pasti amanah penyokong PR akan berterusan demi negara dan Bangsa Malaysia.

Ini adalah satu pengajaran yang sangat berniali. Jikalau nak politik pasal gila wang sila jumpa parti keris pelbagai yang sedia mengumpan kamu selaku mp; yang bukan mp tidak bernilai. Jangan pula nak salahkan PR jika terpinggir.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Beezee_Beezee, February 02, 2009 11:44:28
Thum, I was thinking the same way you did. After reading and understanding the whole situation, They were TRAP by the UMNO syndicate to catch then in a discussion room by dropping bags of money under the table and basically this UMNO goons has earlier informed the ACA on the trap and immediately when they leave the ACA raid the room and found those money and arrestted them.
So that is why we want to ALERT all the PR leaders to be aware of the TRAPs which is coming like a STORM from BN/UMNO.....
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by johntyc, February 02, 2009 11:59:04
Like RPK said, they have no choice. Once trapped, very difficult to free. Only way is PKR help them resign and call for new PRK. I'm optimistic PR will win again.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by othman hitam, February 02, 2009 12:01:03
There has been a precedent where such letter was declared as invalid by the court. That being the case, state election will be the best alternative.... Once and for all, we bury umno and bn for good. My advice to current umno and bn ADUNs in Perak, jump ship before its too late. umno and its leaders will not and can never change. All the wealth they have accumulated, needs to be protected at all cost. So if you still have some thoughts for the rakyat, let's join hands to hammer the last nail to umno's coffin in Perak
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by AUTAR, February 02, 2009 12:54:13
Umno tolong antar calon yang kuat sedikit. Kalau setakat ikan bilis lebih baik tak payah. PR, pastikan malu sekali buat BN di Perak ni, biar mereka rasa betapa rakyat tak perlukan BN (Umno). Tolong jangan hantar Najib lagi. Dia dah 2 X gagal. Saya cadangkan Rosmah pulak untuk mengendalikan PRK ini. Kali ini duit rakyat akan habis begitu saja lagi untuk PRK. Cuba ubah trend baru pula, tak guna duit tapi guna jalang untuk raih undi.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by 4country, February 02, 2009 15:00:13
Yang buruk biarlah pergi ke BN.

Kalau tiada kekosongan, maka tiada peluang bagi kita memalukan BN.

Gelanggang dah buka, BN sila masuk. Kami akan menampar muka BN sekali lagi!
Kali ini mesti lagi kuat daripada 308!

Rakyat dah mulai bersatu hati sekaligus melingkupkan BN! Lihatlah apa akan jadi nanti!

Peperangan menghapuskan kezaliman Najis akan menjadi tugas bersama Rakyat Malaysia!!!


Israel bom GAZA, bini Najis masuk TV,
C4 bom Altantuya, siapa kasihankan??????

Najis Ghairah mendapat kemenangan dalam pilihanraya sebagai landasan kuat ke arah menjadi PM, Marilah kita bersama-sama menganding bahu melenyiapkan impian Najis/Tahi!


Hidup Pakatan!Lenyiap BN!Tumbangkan UMNO dan kroni!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Goodbites, February 02, 2009 16:47:10
These two jokers should be delivered to BN as a gift. BN do not need to train them further.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by asguard, February 03, 2009 08:54:58
BN adalah segala bagi apa yang berlaku di Perak... mari kita hancur peluang BN dalam PRK di Perak dan pastikan PR ...menang semula kerusi tersebut!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM