A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tingkat keselamatan elak terperangkap strategi kotor BN

Tingkat keselamatan elak terperangkap strategi kotor BN PDF Print
Posted by admin   
Monday, 02 February 2009 10:57

(Hrkh) - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Selangor perlu mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga untuk mengelak terperangkap dengan strategi kotor pimpinan BN.

Demikian peringatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Perancangan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad berikutan perkembangan terkini politik di Perak yang melibatkan dua Adun dari KeADILan.

Mengulas situasi itu katanya, pada tahun 1960an Adun-Adun PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong Umno dan ia merupakan satu usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu.

Bagaimanapun beliau berkata, usaha itu gagal setelah beberapa orang Adun yang diculik menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya berharap Adun-Adun akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil supaya tidak terdedah dengan sebarang usaha untuk menculik mereka," katanya melalui sistem pesanan rengkas (SMS).

Beliau bimbang jika taktik itu akan digunakan untuk memaksa mana -mana Adun berpaling tadah.

Menurut beliau, walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi semua Adun perlu sentiasa berwaspada.

Beliau menegaskan, BN sekarang tertekan selepas kalah dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ekoran daripada itu apa sahaja boleh berlaku.

"Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan." jelasnya.

Ini kerana tambah beliau, dahulu seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini._

Comments (8)Add Comment
...
written by DreamLady, February 02, 2009 11:05:49
To all my dear members of PAKATAN RAKYAT, stay away from fraud, greed, manipulation, and complacency, I gurantee you 100% you shall be fine and emerge as true patriots!!!
report abuse
disagree 1
agree 26
...
written by thum, February 02, 2009 11:07:14
If any PR reps goes missing, it is definitely BN(UMNO)'s doing. smilies/angry.gif
I hope Sharibuu goes to the international court and seek justice for his daughter

report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Susanna, February 02, 2009 11:21:52
Those who have skeletons in their closets will certainly become prime targets. Be careful of entrapments. In all my life, I never ever thought it possible for our government leaders to resort to such low, dirty tactics. Now I am believing everything is ;possible; with this present corrupt government. Someone please make sure no one tries to transfer or divert our nation monies to their private accounts as what happened by the transferring of Balkis funds. Anytbhing is possible man in this boleh land! May Allah deal with them as they deserve
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Tompios, February 02, 2009 11:39:50
Perkara membeli dan mengancam keluarga wakil rakyat atau wakil parlimen sudah diamal-gunakan oleh BN sejak sekian lama. Yes, tiada bukti penglibatan mereka tetapi bagi orang2 dalam PBS, keluarga wakil rakyat sewaktu bergelar Pembangkang, strategy ini sudah digunakan oleh BN sekian lama.

Barisan National akan menggunakan pasukan elit keselamatan untuk menjalankan teknik menbeli dan menculik keluarga wakil rakyat. Saya masih ingat bagaimana limosin hitam Merc Benz dgn dua orang berpakaian hitam berserta beg besar datang ke rumah salahsatu YB di Bandau, Kota Marudu, Sabah untuk tawar menawar kepada YB yang kini sudah meninggal untuk lompat ke Barisan National. Malangnya, YB berkenaan tidak menerimanya walaupun wang yang ditawarkan berjuta-juta RM. Selama 6 bulan pelbagai teknik dari pasukan 'baju hitam' ala mafia untuk mengganggu dan menawarkan pelbagai habuan kepada keluarga YB tersebut. Terakhir ialah cubaan menculik isteri YB dgn manusia berbaju hitam berpura-pura menjadi agen sebagai wakil NGO.

Berhati-hati! UTK akan digunakan untuk menculik dan memerangkap Anda wahai PKR, DAP, PAS dan semua warga politicians yang cintakan perubahan ke atas Malaysia.

report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by michaelT, February 02, 2009 11:50:06
No wonder Najib is so keen to take control over Perak UMNO from Tajol. After all it is only an interim period till March. He just want to dismantle The PR state government. As DSAI has said that he is involved with the missing PR ADUN. Eventhough if a fresh election is called PR will win with more seats.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Beezee_Beezee, February 02, 2009 11:57:35
Besar keTPM diSendikitkan olih AZAM MN...kitakan maklum dia ini berkehendakan sesuatu dari kepimpinan baru UMNO. Sekarang ini kita akan nampak sendiri warna Bulunya...
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Badrol, February 02, 2009 12:27:32
It's backfiring umno ... backfiring. Whatever ulterior motives you do, it hits back at you. Padan muka, your days are numbered.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by AUTAR, February 02, 2009 12:42:31
Tak hairan suatu hari nanti akan ada belaku sembelih beramai ramai di negara ini.
report abuse
disagree 1
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM