A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Peluang terbuka kepada lebih ramai wakil rakyat BN sertai PR

Peluang terbuka kepada lebih ramai wakil rakyat BN sertai PR PDF Print
Posted by admin   
Monday, 02 February 2009 10:56

(Hrkh) - Sikap para pemimpin Umno membuka peluang kepada lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan menyertai Pakatan Rakyat (PR), kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, jika para pemimpin Umno dan BN boleh menerima ADUN PR melompat parti menyertai parti pemerintah itu, mereka tidak lagi boleh bercakap mengenai undang-undang anti lompat malah mereka tidak lagi boleh menyekat lebih ramai ADUN dan Ahli Parlimen mereka menyertai PR.

"Jika Umno dan BN boleh menerima adanya ADUN PR menyeberangi parti itu, Umno dan BN sepatutnya tidak lagi boleh menyekat ADUN dan Ahli Parlimen mereka lebih ramai menyertai PR.

"Ini peluang terbuka kepada lebih ramai ADUN dan Ahli Parlimen Umno dan BN membuat keputusan mereka dalam masa terdekat, lebih-lebih selepas patern pemilihan UMNO selesai akhir Mac ini," kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Husam juga menyifatkan Umno dan BN lebih tergugat kedudukannya dengan sikap para pemimpin Umno itu.

"Kalau akhbar The Star online pagi ini menulis kerajaan Perak di ambang tumbang dengan isu dua ADUN ini, kedudukan kerajaan BN lebih-lebih lagi tergugat.

"Ia mungkin tumbang dengan polisi kerajaan BN bahawa bertukar pemain diizinkan. Satu lagi penyeberangan, Umno akan goyang," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari PR di Perak akan menyertai BN.

"(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN... menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Perdana Menteri.

Husam menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu membawa maksud BN boleh menerima konsep pertukaran kedudukan parti.

"Undang-undang lompat nampaknya bukan pilihan BN bila ada ADUN atau Ahli Parlimen yang akan menyertai BN," katanya.

Beliau juga menyindir ADUN yang dijangka akan melompat parti dan para pemimpin Umno apabila ADUN tersebut tiba-tiba keluar dari persembunyiannya apabila Speaker DUN Perak, V Sivakumar mengumumkan beliau menerima surat pengosongan kerusi dua ADUN yang disebut 'hilang' kerana 'dikurung' dan gagal dihubungi itu.

"Berita pengosongan kerusi dua ADUN berkenaan segera menggemparkan negara. Jam sepuluh malam tadi, bekas ADUN Behrang tiba-tiba muncul dari 'kurungan' atau kehilangan misteri.

"Beliau tiba-tiba ada. Beliau menafikan bersetuju meletakkan jawatan ADUN. Beliau mengesahkan akan keluar dari PKR tetapi akan menjadi ADUN bebas.

"Inikah salah seorang yang didakwa PM akan menyertai BN?" kata Husam dengan nada menyindir.

Dilihat dari gaya berita tersebut, katanya, Jamaluddin sebenarnya tidak berhasrat meletakan jawatan sebagai ADUN tetapi surat persetujuannya meletakkan jawatan ADUN yang telah ditandatangani sebelum ini mungkin telah digunakan untuk dimajukan kepada Speaker.

"Maknanya, Jamaluddin bersetuju keluar parti dalam proses menjayakan apa yang disebut Abdullah tetapi tidak mengjangka langkahnya dihalang dengan tindakan pengosongan kerusi.

"Jamaluddin mungkin terkejut. Itu menyusahkan beliau," katanya.

Pemimpin Umno yang mungkin bersama merancang penyeberangan juga sudah tentu terkejut, katanya lagi.

Husam menyifatkan reaksi tersebut menunjukkan pilihan raya semula adalah sesuatu yang tidak mereka gemari kerana "mereka nak kerusi percuma dan tak mahu berhadapan semula dengan pengundi".

"Bagi Jamaluddin, pilihanraya semula bererti 'mati'? Jamaluddin tentu bertambah cemas menjelang perbicaraan kes beliau 10 Februari ini.

"Jika tiba-tiba kes beliau gugur, tentulah dunia mengesyaki kerajaan BN sudah sedemikian teruk dan rule of law adalah menjadi mainan semata-mata. Kalau kes diteruskan, 'perniagaan' beliau ternyata amat tidak menguntungkan." kata Husam.

Berikutan pengumuman pengosongan kerusi itu, kata beliau lagi, adalah mustahak untuk dilihat samada pemimpin Umno menyokong atau tidak satu pilihan raya kecil diadakan.

"Jika tidak, Umno telah tersilap langkah dan pengumuman Abdullah telah menjejaskan strategi Umno samada untuk mendapatkan ADUN percuma maupun stand Umno dan BN tentang lompat parti. Selepas ini, Umno dan BN tidak lagi boleh bercakap mengenai undang-undang anti lompat.

"Abdullah yang pada mulanya telah ceria dengan bakal berita penyeberangan, sudah tentu tercabar kredibilitinya. Watak beliau kelihatan seperti Pak Kadok - pengumuman Pak Kadok mengundang malang."kata Husam.

Comments (8)Add Comment
...
written by DreamLady, February 02, 2009 11:17:00
It is ironical to watch people of different mindset playing musical chairs based on how much gold pieces they could salvage at the end of the game. They dump their dignity in the sewage tank, they trade in their morality, they beg for breadcrumbs and pawn their wives just to be able to bask in the limelight of power!!! I would classify these people as the poorest since they are stripped naked of all virtues of mankind!!!
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by kislean, February 02, 2009 11:17:38
Memang betul !
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Ben, February 02, 2009 11:28:45
YB Husam, jikalau ada bakat dalam parti PR janganlah kita ambil yang keruh untuk mengganti yang jernih. Pengundi telah membuat kenyataan menyokong PR dalam pilihanraya umum dan lain-lain selama ini, jangan hampakan harapan kami dengan mengundang buah-buah armno yang sekian lama merosot prestasinya. Biarlah mereka gugur dan dikuburkan. فَإِذْ قَالَ «جَدِيدًا» عَتَّقَ الأَوَّلَ. وَأَمَّا مَا عَتَقَ وَشَاخَ فَهُوَ قَرِيبٌ مِنْ الاضْمِحْلاَ٠„ِHebrews 8:13 "By calling this covenant "new," he has made the first one obsolete; and what is obsolete and aging will soon disappear."
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by pinsysu, February 02, 2009 11:31:56
bull's-eye! dun we all like da year of ox! tis we call levelling da playing field! after da playing field is levelled, they will be digging their own holes. tis da sequel to last season's "lompat katak katak merata-rata tempat" is definitely worth watching. potential ox-office hit! da exodus into da light has begun. time to walk away from da darkside. pls lompat to da PR side!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by othman hitam, February 02, 2009 12:19:28
A good defence is to ATTACK. umno and bn are vulnerable in Negeri Sembilan and even in Perak. PR should aggressively coax the umno and bn reps to abandon ship. This will put pressure on bn and umno. Meanwhile, was made to understand that tajol rosli has also sought audience with the Sultan and another SD has surfaced implicating umno trying to 'buy' PR's reps after the March 08 GE
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by JJ Kuyong, February 02, 2009 14:50:49
Hahahah!, apatai ko no baino UMNO, senjata makan tuan. Anything hidden in the Dark will be reveal in the light!, dulu saya masih menyanjung AAB, tapi sekarang nak dengar nama dia pun saya meluat. Saya nampak bagaimana AAB begitu bongkak sekali mengumumkan bahawa 2 Adun PKR akan menyertai UMNO. Pergi jahanam kamu semua UMNO termasuk UMNO di Sabah yang menjadi orang suruhan UMNO Pusat untuk merosak orang Sabah.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by AUTAR, February 02, 2009 15:48:39
Siapa nak masuk ameno tu? apa kapt bersara tu ke? bukan kapt bersara tapi kapt short service. Tak usah cerita ngan saya lah bekas Adun tu. Duduk dalam askar tak boleh pakai. Jika boleh pakai orang tak berhenti seperti dia sebagai kapt. Kerana bodoh dalam askar lah dapat hanya setakat kapt je. Saya pun bekas askar dan pernah jadi ameno tapi bukan lagi sekarang ini. Hampeh punya ameno.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Rock, February 05, 2009 17:34:24
Dont worry, what comes eazy, will go eazy too. This episode indicates only one thing, BN has won a battle, but eventually will lose the war. Be patient my countrymen. Rome didnt build in one day!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM