|
KUGAN MAKA KAMU DIMATIKAN LAH |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Friday, 30 January 2009 20:06 |
|

DARI JELEBU Hishamuddin Rais Kugan maka kamu pun dimatikanlah Lalu kamu di kebumikan
Kita tidak pernah berjumpa Tidak ada apa yang mempertemukan kita Aku juga tidak tahu di mana rumah kamu Siapa ibu kamu Dimana sekolah kamu Apakah kamu telah bertunang
Aku hanya melihat tangisan tangisan di muka-muka akhbar Merekalah yang menangis Tangisan yang menjerat hati aku Panas lah air mata di pipi Panas lagi kulit yang dilalui Kereta kuning yang membawa kamu ke perkuburan Dengan pokok pisang dan mayang kelapa 2000 orang menghantar kamu Kau sendiri pun tidak tahu Mata-mata dan mata di sana sini Mengalirlah si air mata itu
Pedro maka kamu pun dimatikanlah Lalu kamu di bawa ke gereja Maka kamu pun di sembahyangkan Semuanya kelihatan hitam
Aku hanya melihat wajah kamu didalam youtube Bogota kota kamu tidak pernah aku jejaki Aku tidak tahu kenapa muda kamu terputus cepat sekali Maka menagislah kawan-kawan kamu di lorong-lorong favella Semalam mereka berlabon tentang kamu Ketika mayat kamu di gereja Lilin lilin itu terbakar Datanglah hendaknya mariam yang air matanya mengalir Melihat kaki Isa berdarah terpaku
Blako aku baca berita kamu dimatikan tergantung Dalam bilik bilik sempit di kota perth Dinding dinding sempit ini menyesakkan nafas kamu Dunia kamu tidak lagi seluas gunung jarra Mata kamu tidak memandang seluas padang nallabor yang panas Tidak ada suara kokobara Sahutan dingo hanya tinggal dalam ingatan Maka kamu pun dimatikanlah
Al-Walid Pagi itu berita sampai di laman web Ketika itu aku baru sahaja selesai minum kopi Telah enam minggu kamu hilang Ibu mu ke hulu ke hilir Seribu kali ibu mu bertanyakan pada si badwi penungang kaldai Seribu kali ibu mu berdoa dari masjid ke masjid Di pandang pasir mana kamu menghilang Di negev atau di hebron Tidak mungkin kamu tenggelam di laut mati
Pagi itu sesudah aku minum kopi Maka mayat kamu yang telah dimatikankan pun sampailah
Ya Walid Apakah tangan kamu di ikat Dan dada kamu di curahi air panas
Ya ali ya hussein ya hassan Ya isa ya krishna ya mariam Yahwe om segala om Jauhilah nakba dari kami
Dari sentul ke brickfeild Dari negev ke hebron Dari nallabor ke bagota Daging daging yang tidak bernyawa Paru paru yang tidak berudara
Kugan maka kamu pun dimatikanlah Kugan maka gambar kamu pun dilihatlah Kugan kita tidak pernah berkenal sapa Kugan nakba kamu adalah nakba kita semua Kugan kamu pun selamatlah di kebumikan Kugan ketahuilah apabila kamu dimatikan Jasad kamu di perut bumi sedang meruntuh nakba dunia
|