A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow LEMBU-LEMBU DAN LEMBU YANG WAJIB DIKORBANKAN

LEMBU-LEMBU DAN LEMBU YANG WAJIB DIKORBANKAN PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 28 January 2009 14:55

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Saya hanya membaca berita diakhbar tentang kesah lembu-lembu korban yang membawa padah politik kepada Menteri Besar Selangor. Ketika ini kesah lembu-lembu korban ini masih belum mengenap dan pasti tidak akan mengenap untuk sementara waktu.

Tetapi dalam melihat kes lembu-lembu ini ada satu pekara yang wajib kita sama-sama teliti. Pekara ini ialah pemahaman kita sendiri tentang amalan dan konsep 'korban' ketika hari Raya Haji ini.

Disini saya berani berkata bahawa pesta 'korban di pagi hari raya haji' yang sedang meresap dalam budaya Melayu ini tidak ada sangkut paut dengan ajaran agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad.

Saya berani berkata demikian berasaskan penelitian dan pengkajian saya. Pada satu ketika dahulu - lembu, kerbau atau kambing amat jarang di korbankan di masjid di kampong saya. Mukim dan warga kampung saya bukanlah warga yang mewah. Jadi jika ada korban lembu di pagi raya maka kami bersyukur kerana ada si Polan yang panen padinya telah melimpah ruah. Atau harga getah telah melonjak naik.

Lembu akan dikorban sesudah selesai sembahyang di pagi raya. Daging korban Raya Haji ini akan di agih-agihkan terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik – mereka yang amat jarang merasa nimat makan daging.

Tetapi ini amat jarang berlaku. Dua tiga tahun sekali mungkin ada yang berkorban. Mungkin dua tiga tahun berikutnya langsung tidak ada. Ada atau tidak ada lembu yang dikorbankan tidak pula menggangu sambutan penduduk kampong terhadap hari Raya Haji. Apa yang kami pentingkan bukan lembu-lembu tetapi untuk sama-sama merayakan hari kebesaran agama. Justeru tidak pernah ada orang kampung saya menjadi lembu atau mendahulukan lembu-lembu dari berhari raya.

Sekarang ini lembu-lembu semakin banyak. Kita semakin di kelilingi oleh para lembu. Lembu-lembu ini kelihatan sama banyaknya dengan kemunculan kontrektor kelas F dari gerombolan United Malays National Organisation. Sehinggakan, di kebelakangan ini terutama di musim Raya Haji amat susah hendak kita bezakan yang mana lembu dan yang mana kontrektor kelas F.

Akhirnya budaya melembu dan membawa lembu-lembu ke masjid ketika hari Raya Haji ini semakin tersebar luas. Saya ada terbaca dua tahun dahulu – ada sebuah masjid di Utara – telah menjadi masjid lembu kerana ada 150 ekor lembu yang berkumpul untuk di korbankan. Rasanya bertong-tong darah lembu mencurah-curah di sekitar masjid. Maka semakin ramailah warga yang mendapat rezki lembu.

Kerana lembu-lembu ini telah semakin banyak dan dilihat tidak lagi istemewa maka ada pula lembu yang ingin menjadi unta. Binatang unta ini di sabitkan dengan padang pasir. Padang pasir disabitkan dengan Saudi Arabia. Saudi Arabia di sabitkan dengan tanah kelahiran Muhamad. Lalu lembu-lembu ini melihat jika menjadi unta adalah lebih afdal dari jadi lembu.

Yang pelik tetapi benar - unta ini ialah unta-unta yang bukan penduduk asli dari bumi ibnu Saud. Unta ini telah didatangkan khusus dari benua Australia – bukan unta Arab. Unta-unta ini diharap akan menambahkan lagi 'kesucian' korban di pagi raya. Unta-unta ini juga akan menjemput borak borak kosong dari orang-orang kampong tentang si Polan dan si Polan yang dulunya lembu tetapi telah dapat projek maka telah berkeupayaan untuk menjadi unta. Inilah kesah lembu-lembu Melayu yang ada kereta besar dan sudah pandai menjadi unta.

Disini saya ingin nayatkan sekali lagi : tiadalah pekara yang paling bodoh untuk dilakukan melainkan meniru dan membuat apa yang telah dibuat oleh musuh kita. Dalam kesah lembu-lembu di Selangor ini rasa saya adalah paling tidak bijak jika kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan budaya yang telah di teroka dan di kembangkan oleh musuh mereka. Musuh kerajaan Pakatan dalam konteks kerajaan Selangor ialah Barisan Nasional. Taiko gerombolan Barisan Nasional ialah United Malays National Organisation.

Budaya lembu yang diamalkan oleh United Malays National Organisation ini saya yakin tidak ada bersangkut paut dengan niat dan cita-cita untuk bersedekah jariah di pagi raya. Ahli-ahli gerombolan menghadiahkan lembu-lembu ini dengan tujuan untuk memperlihatkan kepada orang Melayu/Islam tentang betapa waraknya dan sucinya kehidupan mereka. Mereka menjadikan lembu-lembu ini sebagai jurucakap dan warga contoh tentang betapa tebalnya keIslaman mereka. Sehinggakan mereka sanggup bersedekah kepada fakir miskin.

Tetapi mereka buat-buat tidak sedar. Punca kemiskinan itu datang dari lembu-lembu ini juga. Lembu-lembu inilah yang merampok tanah rakyat. Lembu-lembu ini jugalah yang menjadi 'kontrekor subcon' yang membuat sekolah yang akhirnya runtuh rantah. Lembu-lembu ini juga yang membuat hospital yang tidak boleh diguna pakai. Lembu-lembu ini juga yang merembat duit rasuah dengan harga 'mark-up' yang tinggi terhadap apa sahaja kontrek dari kerajaan.

Di pagi hari Raya Haji lembu-lembu ini menyucikan diri datang ke masjid dengan unta-untanya.

Dalam pentabiran moden – dalam konteks Selangor dan Malaysia hari ini – saya rasa bukan tugas sebuah pentabiran kerajaan untuk memberi sedekah kepada warga. Kita bukan lagi hidup di zaman Harun Aminul Rasheed di Baghdad yang keluar menyamar diwaktu malam sambil bertanya-bertanya tentang kesusahan penduduk. Bersedekah menaburkan duit di jalan-jalan raya pada zaman ini akan dilihat lucah.

Dalam pentabiran daulah moden seharusnya ada lembaga-lembaga yang di wujudkan untuk memastikan tidak ada warga yang tercicir, daif dan hidup dalam kebejatan. Mendirikan dan memastikan lembaga-lembaga ini memiliki dana yang cukup untuk menjaga kebajikan orang ramai adalah tugas pemimpin dan pentabiran sesebuah kerajaan. Malah, inilah yang di ajukan oleh Islam dan agama-agama lain agar membuat kebajikan antara kita sesama manusia.

Menyembelih lembu setahun akan dilihat sebagai propaganda kosong. Bukan daging lembu yang seharusnya di berikan oleh sebuah kerajaan moden seperti di Selangor. Memberi daging lembu untuk warga tidak akan menyelesaikan masaalah. Daging lembu ini mungkin hanya cukup untuk di buat rendang dan kurma untuk dua kali makan. Kehidupan warga lebih dari kari lembu atau rendang lembu.

Memang tepat anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor wajib memiliki tanggung jawab sosial. Pada hemat saya memberi daging lembu bukan khidmat sosial. Khidmat sosial ialah memberi dana kepada lembaga-lembaga Ngo, badan-badan seni budaya, badan-badan amal dimana khidmat-khidmat sosial ini akan berterusan sepanjang tahun.

Harus para pemimpian kerajaan Selangor menyoal diri mereka sendiri - jika lembu untuk hari Raya Haji binatang apa pula untuk Tahun Baru Cina, Depavali, Krismas, Hari Vesak - ini kerana warga Selangor terdiri dari berbagai agama dan kepercayaan. Jika ini ada dalam kepala maka inilah contoh kerajaan adil untuk semua.

Lebih tepat lagi sebuah kerajaan yang adil akan berusaha untuk mendidik warganya tentang cara dan teknik permiliharan lembu. Menyediakan kawasan-kawasan ragut untuk penternakan lembu. Bukan membuat kerja macam lembu tetapi melahirkan ladang-ladang lembu yang dapat terus menerus menyedikan bahan makanan.

Sayugia diingati rakyat tidak hendak menjadi lembu. Rakyat juga tidak hendak pemimpin lembu. Rakyat juga tidak selesa jika Menteri Besar di kelilingi oleh lembu-lembu. Rakyat tidak hendak agihan daging lembu setahun sekali di pagi hari Raya Haji.

Apa yang wajib di agihkan kepada rakyat ialah keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sesebuah pentabiran. Rakyat hendak kerajaan yang berkiblatkan kebajikan bukan kepada lembu.

Jika ada susuk-susuk yang sedang berkeliaran menjadi lembu atau membawa towkay-towkay kontrek lembu - maka mereka ini wajib di korbankan. Inilah jenis lembu-lembu jika dikorbankan rakyat pasti akan bertepuk tangan gumbira. Korbankan mereka sekarang sebelum rakyat melembukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Comments (8)Add Comment
...
written by michael chick, January 28, 2009 15:00:19
UMNO always asks the Rakyat to SHUT UP.



It's about time that UMNO SHUT DOWN !!!
report abuse
disagree 2
agree 30
...
written by fromamovingtrain, January 28, 2009 15:51:46
Saya setuju pesanan tuan kepada PR agar jangan teruskan budaya yang telah dimulakan oleh musuh kita. Orang2 munafik menjual aqidah mereka dengan sedikit harga dunia. Bersedekah dengan niat memperbaiki 'political standing' atau menunjukkan keperihatinan kebajikan adalah riak.

Tapi saya ingin juga mengikuti penjelasan sebenar oleh yab mb selangor, sebaik2nya di mt ini. Biar semua dapat menilainya, dan jangan dari apa yang ditonyoh media ke muka kita saja. Maybe some things are not what they seem.

Before then, i'm willing to give him the benefit of the doubt.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by arazak, January 28, 2009 16:26:56
"Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.

"Give a man some lembu meat on Hari Raya Korban day, and you feed him for a day. Teach a man how tor raise lembu, he will feed for a lifetime".

The Selangor state government should teach a man how to fish or to raise lembu! That would be better.
report abuse
disagree 1
agree 21
...
written by zanie, January 28, 2009 16:45:40
Bro, Ibadah korban itu dituntut seperti sabda nabi (s.a.w) di bawah;

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Mafhumnya: " Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini (iduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban".

Kita disunatkan menyembelih binatang ternakan untuk diberi kepada fakir-miskin. Soalnya, adakah korban kita selama ini sampai kepada orang yang layak? Saya sendiripun lebih suka mewakilkan korban saya kepada orang-orang miskin di Kemboja kerana di kampung saya hanya ada dua tiga kerat orang yang layak yang biasanya sentiasa mendapat limpahan daging dari para dermawan.

Tapi jangan kita terlepas cakap..korban memang dituntut dan apa yang YB Selangor itu lakukan adalah memenuhi tuntutan sunnah Rasullullah. Wassalam.
report abuse
disagree 2
agree 23
...
written by Raja Chulan, January 28, 2009 16:55:55
It appears that the UMNO are trying to corrupt Allah SWT by making massive sacrifices of Camels.
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by quietguy, January 28, 2009 17:37:53
Memang ibadah korban itu dituntut oleh Islam bagi individu-individu yang mampu. Tapi saya sedikit sebanyak setuju dengan saudara Hishamuddin Rais bahawa bukanlah hak kerajaan untuk melakukan ibadah korban menggunakan wang rakyat. Wang rakyat harus diutamakan untuk kebajikan rakyat secara umum. Kalau ada rakyat yang ingin ber'korban', bolehlah mereka sempurnakan sendiri, tidak perlu untuk kerajaan ber'korban' bagi pihak mereka.
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by Sudahlah tu, January 28, 2009 20:06:59
duti dr gigi itu dekat k.selangor bersama konco-konconya itu haram.
memiliki tanah secara tidak halal itu lagi memalukan Allah.
siapa yang berdosa besar sekarang .... dr gigi bersama rambut putih lah.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by AUTAR, February 02, 2009 17:38:16
Tidak ada di malaysia ini lembu lembu seindah lembu lembu peliharaan anggota PDRM. Lembu lembu ini memang boleh beri belanja selain darah. Lembu lembu ni tak ada darah tapi ada belanja. Belanja pula boleh di pilih nak kutip macamana. Nak hari hari pun boleh dan nak bulan bulan pun boleh. Ini lah dia polis malaysia. Cari lah di malaysia ini mana ada bekas polis ada merempat sebab mereka dah mentadarah lebih dulu sebelum tua dan tak berkerja lagi.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM